Assalammualaikum,
Sushi ?? Makanan Jepun ?? korang suka x ?? Kekadang tue, mesti korang cam was – was nak makan sebab status halal ke tidok. YY memang suka makan sushi, tambahan tang yang ada telor ikan. Memang suka sangat .
So, bila dapat jemputan ke Food Review RESTORAN JEPUN AGEHAN , iaitu Restoran Jepun Halal yang pertama di Hotel Bertaraf Lima Bintang Malaysia iaitu Hotel Grand BlueWave Shah Alam . Satu Majlis khas penyerahan sijil Halal Restoran Jepun Agehan diadakan pada 16 Mei 2013 yang di sempurnakan oleh YBhg Dato’ Hj. Marzuki b. Hussin, Pengarah JAIS . Ini adalah satu pengiktirafan yang terbaik dalam meyakinkan komuniti muslim dalam menikmati sajian Jepun asli yang Halal tanpa ragu – ragu .
Restoran Jepun Agehan Grand BlueWave Hotel Shah Alam ( GBWHSA ) berlokasi di Aras 1A dikendalikan oleh Master Chef Jepun, Eiji Tokuda bersama seliaan Chef Azmi Md. Sidek selaku Chef Eksekutif mula beroperasi seawal jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang untuk makan tengahari dan dibuka semula pada jam 6.00 petang hingga 10.30 malam setiap hati Isnin hingga Sabtu.
Antara Tawaran sajian termasuk “All You Can Eat” Buffet makan tengahari dan malam pada harga RM 69.00++ dewasa ( 15% diskaun warga emas & Kanak – kanak ) , Menu makan Malam Harian Istimewa berharga RM 25.00 ++ , dengan seleksi sajian A la Carte dan juga menu Pilihan Promosi Bulanan.
Sedaaaaaaaaaaaap, itu lah yang YY asik ulang bila menikmati semua menu makanan Jepun di Agehan nie. Serius , banyak dah YY try makanan Jepun, di Restoran Jepun Agehan nie memang terbaik dan paling sedap yang YY pernah rasa. Puas hati tekak iolsss. Menikmati sampai ke titisan terakhir.
Kami Bloggers yang teruja dengan makanan Jepun di Restoran Agehan.
Tempahan dan pertanyaan boleh di buat di talian Restoran Jepun Agehan
di talian 03 – 55118811 sambungan 2623 .
wah nampak sedap =D tp fiqa takot nk try mknn jepun tatau nape huhu mknn korea ok lak..
ReplyDeletebestnye. i love japanese food! :)
ReplyDeletenot into japanese food, but konsep restoran ni buat gua nak try mkn sekali
ReplyDeletetak bape suka sangat..ahaa..blogpost semua pasal makanan je ni..:P
ReplyDelete