Assalammualaikum,
Kisah Buffet ramadan lagi. Kali nie YY nak citer pasal Buffet Ramadan di Rajang Hall G Tower Hotel. Bertempat di Jalan Tun Razak, tempat yang agak strategik kalau korang nak berbuka puasa di bulan Ramadan nanti. Boleh bawak keluarga , kengkawan dan ramai lagi berbuka di Rajang Hall G Tower nie yang telah 3 tahun menyediakan Buffet Ramadan.
Segala menu makanan tempatan halal nie di sediakan oleh chef selebriti G Tower, Chef Johnny Fua dan team . So, korang jangan ragu – ragu lah kalau nak menikmati juadah berbuka puasa di Rajang Hall G Tower Hotel . Ada pelbagai pilihan menu dari Pembuka selera , menu utama dan desert .
Pilihan menu Pembuka selera seperti Kerabu Perut, Penang Pasembor, Kerabu jantung Pisang dan sambal. Ada jugak sup dengan menu buatan sendiri roti & mentega dengan Oxtail Sopup dan Bubur Lambuk. Sup memang superb, pekat dan menepati selera tekak YY yang memang suka makan sup.
Kalau peminat kambing, mana boleh kalau takde kambing bakar kan kalau menerjah buffet ramadan kan, jadi Pencinta kambing pasti akan teruja dengan menu utama di mana Roast Lamb Shoulder dihidangkan dengan Arabic Rice. Udang dengan Kek lapis, dalca Kambing dan banyak lagi. Paling YY suka ialah sambal Udang tue, Fuhhhh memang buat tambah nasi uolss. Nasi Hujan panas nyer pun not bad jugak.
Roast lamb
Sate Kambing , Ayam dan Daging
Pilihan menu utama pulak , ada Nasi Hujan Panas dengan pelbagai pilihan lauk seperti Ayam Kari , Sambal Udang , Ayam goreng Lengkuas , Ikan Keli Goreng Cili Padi , Daging Salai , Paru goreng Berlada dan ada jugang sate kambing dan ayam.
Akhir sekali pilihan pencuci mulut yang pelbagai dan sadap – sedap belaka . Diantaranya seperti Cendol Pisang & Orange Triffle, Pengat Labu dan Sagu, Rojak Buah , Kuih - muih dan buah-buahan .
Buffet Ramadhan pada harga RM 90++ untuk dewasa dan RM 45 ++ setiap kanak-kanak (umur 7 hingga 12), manakala anak-anak di bawah 6 tahun akan makan secara percuma.
Untuk Tempahan Buffet Ramadan :
Rajang HallTingkat Mezzanine
G Tower
199 Jalan Tun Razak
G Tower
199 Jalan Tun Razak
No Tel : 03 2168 1919 ext 7040
Email : fnb.admin @ gtower.com.my
roast lamb tu yg paling syok tu!
ReplyDeletehttp://sabrinatajudin.com
yana.. teman laparrr..
ReplyDeletememang best kalau ada roast lamb dan juga sate!! yeayyyy
ReplyDeleteSemua sedap222
ReplyDeletewahh grab too delicious to resist. anyway..., "Life is TOO short to be unhappy." #grammarnazi mode. hehe
ReplyDelete