Assalammualaikum,
Eastin Hotel Petaling Jaya pun akan ada Buffet Ramadan. Berbuka Puasa di Eastin Hotel akan menyediakan Menu Berbuka Puasa di Swez Brasserie . Tahun ini Eastin Hotel berbangga memperkenalkan menu special “Lagenda Sudirman” iaitu pilihan makanan kegemaran Allahyarham Sudirman.
Tahun lepas 2012 , Eastin Hotel memperkenalkan menu “Nostalgia P.Ramlee” dan tahun nie dengan “Lagenda Sudirman” dalam usaha mempromosikan art and cultural heritage Malaysia. Semua orang pun tahu Sudirman adalah Lagenda yang tak asing lagi, so dengan ada nya tema camginie, generasi muda boleh mengenali siapa itu Sudirman seorang Penghibur tersohor satu ketika dulu.
Kambing Panggang
Cold Dish
Menu “Lagenda Sudirman”
Buffet Ramadan di Swez Brasserie menyediakan lebih 200 pilihan makanan seperti selera tempatan , Timur tengah , Japanese dan western termasuk pilihan menu kegemaran Dato’ Sudirman seperti Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak , Samabal Ikan Bilis Petai , Pais Ketam Bunga , Nasi Arab , Kambing Panggang dan banyak lagi.
Pilihan Pencuci mulut pula seperti Rainbow Sago , Pengat Pisang , Bubur Durian , Bubur Jagung , Durian Macaroons dan memacam lagi.
Bukan setakat menyediakan menu pilihan Dato’ Sudirman , Eastin Hotel turut mengadakan events , memain kan lagu – lagu Dato’ Sudir dan mengadakan kan kuiz bagi para tetamu yang berbuka puasa di Eastin Hotel nie.
Buffet Ramadan di Eastin Hotel ini akan bermula dari 10 Julai 2013 – 7 Ogos 2013 . Dengan harga Buffet RM 98.00 ++ bagi dewasa dan RM 49.00 ++ untuk kanak – kanak untuk Minggu pertama Ramadan dan RM 110.00 ++ bagi dewasa dan RM 55.00 ++ untuk kanak – kanak bagi minggu ke-2 sehingga minggu ke-4 Ramadan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan , sila hubungi Swez Brasserie Eastin Hotel, Petaling Jaya di talian 03 – 7655111 ext 183 .
wow..kambing panggang...hehe
ReplyDeletegerun or mengiurkan? haha
wow... seronoknya....
ReplyDeletesedapnye makanan2 die ^^
ReplyDeleteYana seronoknya dpt mkn ajer dia..♥
ReplyDelete