Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

LIVE LIFE LARGER LG’s | 84 Inch TV jadi rebutan Bloggers


Assalammualaikum,

Weee ~~ nak habaq nie. Alaah , dengar lah apa yang YY nak story mory nie. Ok3, nak bagi tau betapa excited nya YY sebab berpeluang ke LIVE LIFE LARGER LG’s Bloggers Event di The Curve dekat The Piazza pada 8 June 2013 niee . Woww super excited tau sebab dapat ghatering dengan para Blogger dan melihat sendiri produk LG yang terbaru. Comfirm meriah nie kalau semua dah ketemu. Maklum lah memasing sibuk, time ada event camginie jer lah baru dapat jumpa pun.


IMG_2270
Salah sati Event yang YY hadirkan diri bersama Geng Bloggers.


Event nie akan ada pelbagai acara menarik dan permainan untuk semua bloggers dan dah tentulah ada hadiah terbaik dan best dari LG . Dan the best part is Blogger berpeluang menang hadiah besor lagi ke baabooom dengan satu contest yang LG akan anjurkan itu Blogpost terbaik untuk para blogger. Nampaaak. betapa syiokkk nyer. Hadiah nya adalah TV84 inch . Giler besar kan, boleh buat panggung kat rumah uolsss.



Headline


TV 84 inch dari LG ini adalah satu lagi produk terbaik dari LG. Ciri – ciri yang canggih seperti 8 Juta pixels pada setiap bingkai dan empat kali resolusi ( 3840 x 2160 ) panel TV Full HD . Ciri tambahan Resolusi Upscaler Plus membolehkan imej dari sumber luar seperti cakera keras , peranti mudah alih dan pengguna yang menggunakan laman web adalah lebih sempurna. Turut dilengkapi dengan teknologi CINEMA 3D dan 2.2 Speaker System. Ce bayang kan TV 84 inch bersamaan dengan 4 kali TV 42 inch yang menjanjikan keelesaan dan kepuasan korang kat rumah.


Nak lebih detail lagi, korang boleh terjah di LG LIFE's GOOD  .


lg-84-inch-udtv.jpg



So, korang pun kalau nak merasakan kemeriahan acara LG Roadshow nie, boleh jugak ke The Curve ( The Piazza ) dari 7-9 June 2013, 10am hingga 10pm. Jom lihat sendiri TV yang besor gedabak nie di depan mata korang. Untung- untung kita boleh ketemu nanti.




P/S : TV YY memang dah lama rosak, adakah ??




3 Tahun Berlalu ~



Assalammualaikum,




Tarikh 28 Mei 2013 menjadi tarikh keramat buat adik YY , Anis Yassin. 3 tahun lalu 2010 tarikh ini lah menukar status nyer menjadi Isteri kepada Nazri Mispan. Kalau nak tunggu kakak nya along ngan angah kawin, memang ntah bila lah. So, diorang kawan pun dah lama, jadi mari kita kawin kan.





Cuma agak terkilan sebab arwah ayah memang tak dapat nak tgk anak nyer ke jinjang pelamin. Sebab Masa arwah ayah meninggal tahun 2008 memang semua single mingle lagi. Dan adik pun belum plan nak kawin pung masa tuee. Rinduuuu arwah ayah , Al-Fatihah.



Selepas 2 tahun kawin, di kurniakan seorang bayi comel lelaki bernama Muhammad Nabil Zaim, tapi Allah lebih sayangkan dia. Hanya sempat di pinjam kan selama 77 hari . Tabahnya adik YY menghadapi ujian Allah ini.



Al-Fatihah Buat arwah Nabil Zaim


Entri ini dedikasi buat Anis Yassin dan Nazri Mispan, Moga perkahwinan korang berkekalan hingga ke Jannah. Tabah lah menghadapi ujian Allah, semua yang berlaku pasti ada hikmah nyaa. Sayang korang ketat - ketat .



Sehari lepas adik YY bernikah 3 tahun lalu YY turut bertukar status. Mungkin ada yang tak tahu kot YY memegang status tunangan orang selama 3 tahun nie. Tapi apa kan daya, jodoh tak panjang. YY meminta untuk membawa haluan masing - masing . Mungkin kami di takdir kan menjadi tunang sahaja, bukan sebagai pasangan suami isteri. YY doakan kamu mendapat jodoh yang baik, dan terima kasih kerana pernah menjadi tunangan kita. Percaya lah, Kita minta putus tiada pengaruh sesiapa tapi anggap lah kita takde jodoh. Harap kamu boleh berubah menjadi orang yang lebih bertanggungjawab. Walaupun kamu tak leh terima keputusan kita nie, tapi percayalah ini untuk kebaikan kita bersama. Sayangi lah keluarga kamu.




P/S : 3 tahun berlalu, banyak pahit manis nyaa.








Soalan Cepu Cemas | Bila nak makan nasi minyak ??


Assalammualaikum,

Wee ~~ happy monday uolss. Selepas 3 hari cuti dari Jumaat ke Ahad, comfirm hari nie bekerja dengan kemalasan. Sama lah YY pun, plus semalam YY seharian dari pagi ke Negeri Sembilan dan balik semula ke KL petang tuee. Penat kot, walaupun bukan YY yang drive. 




Pepagi seawal 6 pagi dah gerak dengan 'dia' . Misi nak sampai ke Serting Ilir sebelum 8pg, serius memang sampai pun. Dalam 7.40pg dah sampai destinasi. Fuhhh patut perjalanan biasa 2 Jam setengah kalau YY yang drive tapi nie di belasah nya x sampai 2 jam. Haiyaaak, dah macam drift Fast Furious pulaak. Mahu x bising ibu yang dah sampai sehari awal. Laju bebenor, kang jadi apa2 tak sempat YY nak naik pelamin. Opss , krrikk krrrikkk.

Sebenarnya balik sebab nak pi wedding cousin YY di Simpang Pertang. Ini Wedding satu - satu nya pakcik ( pakngah ) adik-beradik kepada arwah ayah YY yang masih hidup. Time wedding2 camginie lah baru dapat berjumpa dengan sedara mara, sepapat sepupu , berkongsi cerita berkongsi rasa. Haa, gituee.

Cantik Tema Hijau.



Siap ada Gamelan, rinduuu nak bergamelan lagi.
Pengalaman YY bergamelan di rumah Camelia ( SINI )


Bila jumpa sedara - mara nie yang tak leh tahan bila orang duk tanya. Along bila lagi ?? Bila lagi nak makan nasi minyak ?? Ayoyoyoyoyo, soklan cepu cemas tul. Susah nak jawab tue. Kalau ada jodoh kawin lah YY nanti kan. Korang pun doa2 kan sama lah eh. Kot2 YY menamatkan zaman bujang nanti, ntah bila lah nanti tue kan.



Pasangan Pengantin yang di rai.

Haaa, korang nak tahu satu rahsia tak ?? dedulu kan kalau sesape citer bab kawin jer mesti YY nangis. Sebab YY x nak kawin, padahal bukan pernah bercinta pun. Putus cinta lagi lah tak pernah. Tetiba citer bab kawin fobia. Apa daaarrr , nie semua gegara tengok pengalaman kengkawan putus cinta, kengkawan jadi Janda. Semua gegara lelaki. Haiyooo, drama queen kan. Pengaruh novel sungguh. Macam xde dah lelaki baik dalam dunia nie.


Ibu , Angah , Alang ( Dukung anak Cousin ) , Adik dan YY - Happy Family


But sekarang YY dah ok, boleh jer nak citer bab kawin. Kekadang bila kengkawan dah kawin minta pendapat, boleh Sharing Is Caring lagi kekonon yang YY nie ada pengalaman berumahtangga kan. Semua nya belajar dari pengalaman kengkawan, bercerita , berkongsi moga boleh jadi panduan untuk diri sendiri kan.





P/S : Ada hikmah setiap yang berlaku :)




Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati


Assalammualaikum,

Wee ~~ kalau korang follow Insta YY mesti korang perasan yang YY ada join Seminar Buat duit dengan Blog anjuran Denaihati.com . Memula tue YY macam segan lah nak join kan, tapi atas kata – kata semangat kengkawan yang berkobar- kobar ajak YY join, kebetulan tarikh yang ditunda tue YY memang Free, so menjoinkan diri jugak lah. Untung – untung ilmu yang di perolehi mampu membuat kan YY lebih bersemangat untuk blogging.






IMG_3794[1]
VVIP di Seminar Buat Duit Dengan Blog



Dalam seminar nie, ada beberapa panel yang di jemput untuk berkongsi segala informasi dan tips – tips terbaik dalam blogging. Kira cara nak dapat income dengan hanya menulis di blog. Macam YY dedulu memang buat blog semata nak meroyan, membebel , merapu dan macam diari , duk citer segala aktiviti YY. So, YY sendiri tak sedar macam mana boleh terjebak secara serius sehingga dapat income dari blogging. Tak sangka duk meroyan dan membebel pun boleh dapat income kan.



IMG_3790[1]
Kami dah sedia untuk mendapat ilmu baru



IMG_3798[1]
Makan karipap mini yang diberi kepada semua peserta seminar




Ok, lah. Kan dah kata kalau dah mula membebel tak leh nak berenti. YY nak kongsi satu perkara menarik di seminar nie yang YY rasa berbaloi – baloi pengetahuan nya. Iaitu tips dari En. Titan yang mempunyai banyak blog. En. Titan berkongsi tentang affiliate yang unik iaitu Teknik SEO Merah Jambu. Teknik nie bagus dengan cara setiap tajuk entri mesti ada keyword yang dipromosikan. Begitu juga dengan isi kandungan entri dan juga di penutup. Sekurang-kurangan 5 artikel, lagi banyak lagi bagus. Selain itu, memaksimumkan penggunaan tag dan category.




IMG_3808[1]
Ahli Panel – Amanz.my , Nisakay.com , Abg Ensem,
Shuth founder Forum WangCyber , En. Titan




IMG_3814[1]
Rayyan Haries berkongsi pengalaman sebagai Travel Blogger




Memula blogging dulu memang YY tak pandai bab keyword nie, tapi alhamdulillah ada keyword yang meletakkan YY di page pertama carian google. Dan perkara yang terbaik adalah kita kena ada niche blog, sebab lebih senang di kenali .Bila dah siap entri , ping lah entri korang ke media social seperti Facebook dan Twitter.



So, dunia blogging sekarang dah makin maju dan jugak turut dikenali sebagai New Media di dalam sesetengah event . Blogger jugak mampu menjadi penyampai maklumat yang berkesan dan tak mustahil lah pengiklanan di Blog jugak semakin mendapat tempat. Benar lah dengan Blog kita boleh buat duit.




P/S : Blogging bukan sekadar buat duit, jugak boleh dapat ramai kawan baru. 

Korang KLIK Lah G+ tuee ya, TQ.



Fast Furious 6 , Makan dan Shopping

Assalammualaikum,

Happy Holiday Korang, hari nie korang buat apa jerk. Kan cuti Wesak Day. YY hari nie berdating pi menonton Fast Furious 6 again , padahal semalam baru jer tengok dengan Geng Blogger. Terima Kasih pada Adverlets yang sponsor tiket. Terima Kasih jua pada Bro Framestone yang mengajak YY memeriahkan suasana. 



Diantara Blogger yang Hadir tayangan Fast Furious 6 tajaan Adverlets





Camwhore Wajib.






Keek pun Wajib. - Follow Keek YY yaa





Disebabkan ke best san , eh ada ke ayat tue. Muhahahaha. Di sebabkan Fast Furious 6 nie best gilerr, so bila ada yang mengajak YY menonton lagi, harus lah sudi kan. Citer best kot. Apa adahal tengok lagi.



Sebelum tengok wayang tadi, YY mengidam nak makan Ayam Penyet Wong Solo Again. Again ??? haruslah again sebab YY memang kerap pun makan kat Wong Solo cawangan Ampang niee. Memang favourite. Sedap bab sambal yang pedas, nasi yang lembut dan ayam yang rangup. Aduhh !!! duk naip nie pun dah terbayang lagi kesedapan nyaa.




Tengok wayang kat MBO Galaxy Ampang, dari situ ke Wangsa Walk, Lepas tue ke KL Festival , Lepas tue Ke Pertama Kompleks, tahu apa kes pergi banyak tempat tuee, sebab nya misi ‘dia’ mencari belt . Hurrm, sekali sekala bila ‘dia’ shopping boleh tahan jugak, payah nak dapat yang berkenan kat hati. Tue yang habis semua tempat nak pi. Tapi ok lah, x sia-sia sebab benda yang di cari dapat dibeli.


Bila dah dari siang sampai ke malam, haruslah lapar kan. So, mari kita makan lagi. Kali nie kat HR Steak House. Salah satu tempat makan yang YY suka terjah jugak. Menu Western yang pelbagai dan harga yang berpatutan. Bak kata orang “harga student” . Kali nie pi, tempat nya dah berlaku sedikit perubahan. Lebih teratur dan kemas, cahaya pun dah tak malap sangat seperti sebelum nie. Good Job HR Steak House.


Bila dab sampai umah baru rasa kepenatan. Sampai terlelap jap YY depan lappy nie haa. Terjaga terus rasa nak menaip. Ok lah, sekian bebelan hari nie.




P/S : Sape kata lelaki tak pandai shopping.




Review Filem Oh Mak Kau - OMK | Sinopsis dan Trailer

Assalammualaikum,

Ok satu lagi Filem yang YY nak citer kat korang. Sorry lah sebab lambat sangat review kan. Tapi tatap nak citer dari sudut pandangan YY lah. Filem OMK atau Oh Mak Kau di terbitkan oleh Star Scope Production dan diarahkan oleh Nurul Ain Nordin. Nurul Ain juga penulis skrip Filem Oh Mak kau ini. OMK di bintangi oleh pelakon baru dan lama seperti Sepahtu Jepp dan Shuib , Ain Nordin , Syamsul Yusof , Abon , Didie Alias , Wan Maimunah dan ramai lagi.

Sinopsis :

Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka.
 
Filem OMK Oh Mak Kau101

 
Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.

 
Filem OMK Oh Mak Kau114


Filem OMK Oh Mak Kau135


Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun.


 
Filem OMK Oh Mak Kau129Filem OMK Oh Mak Kau147

 
Filem OMK Oh Mak Kau117


Filem OMK Oh Mak Kau119

 
Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka - Lutfan.


 
Filem OMK Oh Mak Kau105


Filem OMK Oh Mak Kau145

 
Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que? Siapakah sebenarnya Que? Segalanya terjawab dalam filem OMK di pawagam pada 16 Mei 2013.

 
 
TRAILER ::



 
Kalau korang biasa tengok Kumpulah Sepahtu si Jep dan Shuib berlawak, korang mesti leh bayangkan betapa lawak nya citer Oh Mak kau ni. Gandingan Jp dan Shuib memang tak leh nak pertikaikan lagi. Korang kalau suka citer lawak memang boleh layan Filem Oh Mak Kau nie.
 
Gandingan Pelakon lama dan Baru dalam Filem nie, agak baik. Kira takde lah korang tgk Pelakon baru jer kan, Pelakon lama turut memeriah kan Filem nie dengan Aksi Abon yang ada Magic gituee, Nak tahu magic apa korang kena lah tengok OMK a.k.a Oh Mak kau.
 
Oh Mak kau, lebih kepada mnceritakan tentang Kasih sayang di antara adik – beradik dan ibu bapa. Setinggi mana kita, sehebat mana kita yang penting ikatan silaturrahim antara darah daging tue. Susah senang harungi bersama, pasti setiap masalah ada jalan penyelesaian.
 
 
***********************************************
 
Gambar skitar Malam Gala Tayangan Filem Oh Mak Kau

 
Oh Mak Kau104
Nurul Ain – Pengarah dan Penulis Skrip termasuk Pelakon Filem OMK

Oh Mak Kau116


Oh Mak Kau118


Oh Mak Kau126



P/S : Oh Mak Kau, lebih kepada penceritaan tentang Kasih Sayang





Bertukar Sudah, Sila Bagi komen :)



Assalammualaikum,

Alhamdulillah, korang perasan tak ?? haaa, Nampak tak apa-apa perubahan kat blog YY . Yeaaaah, akhirnya selepas 6 tahun berblog kejap on , kejap off. Akhirnya template blog YY berubah wajah. Terima Kasih kepada Kozumi pemilik blog Budak Nakal yang sudi merelisasikan impian YY untuk menukar baju Blog YY nie, termasuk header yaa. Memang puas hati. Bila Blog dah jadi sebahagian dari hidup YY, so nak jugak lah berubah sekali – sekala sebab kekadang bosan pulak tgk benda sama lelama kan.

Maklumlah, lepas Seminar Buat Duit dengan Blog dari Denaihati.com . Kozumi memang rajin terlebih, so pantas jer dia buat keje. Memula YY nak buat sendiri lah konon macam pandai,sangat tapi akhirnya serah pada yang pakar lah. Hari nie buat keje pun dengan senyuman, rasa macam dapat Anugerah Cemerlang kali ke 18 dah. Muhahahhahaha.

Korang kalau nak bertukar apa – apa kat Blog korang pun boleh roger Kozumi . Orang nyer comel jer tau, Blog jer bernama Budak Nakal tapi orang nya baik *Motif Puji. Hihihihihi, Tak kenal maka Tak mesra Gituee. Boleh jugak korang contact dia di email : kozumi_ro@yahoo.com

Sebenarnya nak bebel panjang lagi, tapi ada keje hakiki yang YY nak kena buat. Ok, harap korang leh komen dengan perubahan Blog YY yang baru nie. Suka ke tidokkkkkk ?????






#Wordless Wednesday | Sama Tak Serupa

Assalammualaikum,

Sama tapi x serupa. Kenapa?? sebab Satu ada Juara, satu lagi takde Juara. Yang Juara tue payah nak dapat, sebab banyak sangat tapisan dan interview nak kena lepas. Tapi kalau dah rezki kan, Alhamdulillah.





Bukan Anugerah yang kita kejar, penting nya ikhlas dengan keje yang kita buat. YY pun tak sangka dapat 2 Anugerah nie dalam masa tak sampai 10 tahun pun berkhidmat. Kan rezeki nama nya tuee.




P/S : Kena happy dengan apa yang kita buat,




99 Kali Rindu Filem Islamik MIG | Sinopsis & Trailer

Assalammualaikum,

Satu lagi Filem dari MIG ditayangkan di panggung berhampian korang. 99 Kali rindu, Filem yang diarahkan oleh Azhari Zain adalah Filem ke 76 Mig . Filem bercorak Islamik menampilkan pelakon – pelakon seperti Wawa Zainal , Aeril Zafril , Afiera Riana , Adey Syafrien , Eddy Rauf , Niezam Zaidi, Siti Aziz dan ramai lagi. Seiring dengan motto MIG “Bintang Dicipta Bkan Dilahirkan”, nama – nama baru perlu di beri peluang dan di cungkil bakatnya untuk generasi pelapis yang akan datang dalam industri perfileman.


99 Kali Rindu Draft 1


Sinopsis :

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya,Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita -Fatin Qalbie (Wawa Zainal) dan Zazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.

 
99 Kali rindu502


99 Kali rindu506

 
Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya  yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya.

 
99 Kali rindu513


99 Kali rindu514



99 Kali rindu516



99 Kali rindu518


 
Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali.


 
99 Kali rindu50599 Kali rindu519



99 Kali rindu52199 Kali rindu524
 
 
TRAILER

 
Filem Islamik yang terdapat pengajaran buat kita semua. Setiap yang berlaku adalah dengan kekuasaan Allah. Kita hanya mampu merancang, kalau Allah tak izinkan ia tidak akan terjadi. Kita kena percaya dengan Qada’ dan Qadar.

 
********************************************************************

Sekitar Majlis Malam Pratonton
 
99 Kali rindu102


99 Kali rindu104


99 Kali rindu11499 Kali rindu116

 
 
Saksikan 99 Kali rindu di panggung bermula 9 Mei 2013 di panggung berhampiran korang.























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah