Cinta Jangan Pergi ,
Assalammualaikum,
Hurrm, nape pulok duk sebut Cinta Jangan Pergi Pulok nie. Adakah YY sedang bercinta. Aik, dah bercinta nak pergi kemana pulak. Ok3, korang jangan nak pening, pening. Nak runsing, runsing yaaaa. Ini bukan kisah YY putus cinta ke apa. Ini adalah Tajuk Drama siri terbaru yang akan bersiaran di TV9.
Iyerrr, Drama Siri yang akan bersiaran di TV9 setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 4 April 2013. Antara Drama Siri yang korang wajib tengok tau. Memang best dan terbaik. Hasil Arahan Khabir Bhatia. Alaaah, pengarah yang buat citer Nur Kasih tuee. Comfirm lah best kan.
Pelakon?? Haaa, tau dah mesti korang tertanya – tanya kan,
Pelakon utama Remy Ishak dan Tiz Zakiyah. Keserasian diorang sebagai pasangan kekasih memang dah terbukti setelah digabungkan di dalam drama dan Filem Nur Kasih telah mencetuskan idea pengarah kaliber Khabir Bhatia untuk meneruskan rantaian keserasian mereka menerusi drama bersiri yang mengandungi 26 episod ini.
Cinta Jangan Pergi ini tidak hanya bersandarkan pada kekuatan kedua pelakon itu sahaja, malhan turut dibantu oleh Nadia Nissa , Josiah Hogan , Bil Azali , Esma Danial , Ramona Zam Zam , Aleza Shadan dan Kartina Ayoob yang menjadi penguat jalan cerita drama ini.
Drama bersiri yang termahal setakat ini tau. Penggambaran di buat di tempat – tempat menarik sekitar eropah dan Malaysia. Serius memang cantik giler view dalam drama nie. Lebih – lebih lagi part masa kat New Zealand. Wowwww, memang YY terpegun. Rasa nak pergi sana jugak. Huntung sungguh pelakon dapat pi tengok tempat orang sambil bekerja kan.
Eh, korang pelik eh. Mana YY tahu citer nie best lah, view cantik lah. Alaaah, korang kena percaya cakap YY nie,
sebab,
YY berpeluang menonton 2 episod dari 26 episod drama siri yang bakal ke baboooom nie. Malam gala tayangan untuk media baru – baru nie , buat YY teruja nak story mory dengan korang kebest an citer nie. Kekemiaan Remy Ishak dan Tiz Zakiah memang korang x kan regret, plus watak Nadia Nissa yang kelakar spontan tau. Apa jer dialog yang keluar dari Nadia boleh buat korang gelak. Dengan Aksi giler2 dia sebagai kawan baik kepada Tiz Zakiyah.
Pelakon – Pelakon Cinta Jangan Pergi
Sinopsis :
Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua insan kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya ( Tiz Zaqyah ) dan Khalil ( Remy Ishak ) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.
Mulanya , Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit – bibit cinta mula terbit dihati dan mereka mula mengikat janji. Kalil membuktikan cintanya bukan hanya semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun tanpa disangka, dalam sekelip mata segala yang di rancang berubah tanpa di duga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Khalil.
Apakah Kesudahan Cinta Lea dan Kalil ??
Haaaa, itu yang korang kena tengok di TV9 bermula 6 April 2013, setiap Sabtu dan Ahad pukul 8.30 malam. Memang tak nyesal punyaaa .
Maklumat lanjut korang boleh terjah :: www.tv9.com.my /cintajanganpergi
****************************************************************************
Meh layan gambar di sekitar Majlis Malam Gala Tayangan Khas Media Cinta Jangan Pergi .
Ole – Ole dari team Cinta Jangan Pergi.
Abaikan mata cam nak tido tuee.
Camwhore With Tiz Zaqyah
Terima Kasih buat BFF YY yang buat masa nie rajin bebenor follow YY ke Preview Filem or Event. Terima Kasih Angah, terharu along tau. Ngeh3x.
YY dan Angah Nanie.
Kami enjoy menonton 2 episod jer, tapi memang tak sabar nak nengok kat TV. Kalau terlepas kan, korang boleh terjah www.tonton.com.my
Yana... ai is jeles gambar dengan Remy Ishak tu occay...ekekeke... oh inilah dia cerita di sebalik gambar yang di-post di FB tu... hu hu hu...best best...
ReplyDeleteAkk jarang tengok tv. Pkl 10 dah masuk tido..
ReplyDeleteassalamualaikum yana...sedap juga cite ni nak tengok juga la nanti...:)
ReplyDeleteremy ishak.. tiz zaqyah... ngam hooo!!! melekat laaa depan tv my wife.. hik3
ReplyDeleteErm rasa diorg pegi Switzerland instead of New Zealand tu. Hehe
ReplyDelete