Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Fakta Menarik tentang Beijing

Assalammualaikum,

Weeee ~~banyak benda menarik yang YY dapat tahu atau belajar sepanjang berada di Beijing nie. Meh share dengan korang eh. Mana tahu boleh jadi panduan tuk korang yang teringin nak ke Beijing atau bekerja di Beijing mungkin.






1.  Beijing ada 28 Juta Penduduk, dan 20 ribu penduduk Muslim.

2. Kerajaan Beijing ada mengamalkan hari-hari tertentu kereta tidak boleh berada di jalan raya. Contoh nya, plat kereta no terakhir 1 dan 6 pada setiap isnin bulan berkenaan , tak boleh berada diatas jalan raya. Dan harus menggunakan pengangkutan awam. Jika di tangkap akan di saman sebanyak RMB200.

3. Harga rumah di Beijing di kategori kan antara yang termahal di dunia, dikira mengikut kaki persegi. 1meter persegi sama dengan RMB30,000 ( RM15,000) Termasuk sewa rumah, turut di kira mengikut meter persegi iaitu 1 meter persegi = RMB1,000 . Kalau ada rumah sewa, ibarat tak yah keje dah kalau duk Beijing nie. Sebab boleh kutip sewa jerrk. Giler mahal kan harga rumah dan sewa di Beijing.

4. Harga kereta buatan China murah di bandingkan dengan buatan luar iaitu kalau kete kechik lebih kurang RMB30,000. Kalau duit Malaysia dalam RM15,000. So far sepanjang YY di Beijing paling banyak nampak penduduk Beijing menggunakan kereta Wolkswagon.

5. Teksi kat Beijing mahal. Buka pintu jer dah RMB12 (RM6) untuk 3 km pertama. Dan kilometer berikutnya, 1km – RMB3 (RM1.50) . Selepas 15km – akan naik jadi 1km –RMB4 ( RM2 ). So, lagi jauh perjalanan, lagi mahal lerr.

6. Hospital pun mahal, kalau demam pun sekali pergi dh RMB1,000( RM500 ) . Jadi ada pepatah China “Biar takde duit xpe , tapi jangan sakit”.

7. Kesesakan lalulintas di Beijing agak melampau. Kalau YY lah yang kena menghadapinyaa, mahu muntah darah. Muhahahaha.



Kesesakan lalulintas di Beijing, Adalah pemandangan biasa setiap hari. 


8. Setiap pasangan suami isteri di Beijing hanya boleh ada seorang anak berkuat kuasa dari tahun 1979 . Jika lebih akan didenda yang sangat mahal.

9. Kaum minoriti seperti Muslim di Beijing boleh 2 orang anak.

10. Jika melahirkan anak kembar, tidak akan didenda.

11. Jika lelaki tunggal berkahwin dengan perempuan tunggal , boleh mempunyai 2 anak tetapi selepas 5 tahun dari kelahiran anak pertama.

12. Subway atau keretapi bawah tanah tambang cuma RMB2 ( RM1 ) ke mana-mana destinasi. Tak kira jauh atau dekat. Sangat murah ya.



13. Tandas awam di Beijing tidak perlu bayar dan semuanya percuma. Cuma biasalah , mana ada paip air. Main pakai tisu ja. yang xleh terima orang Beijing nie x suka kunci pintu tandas. Membuang selumber je. Banyak kali lah terkena buka-buka pintu ada orang dalam tandas buat ‘aktiviti’ sambil main phone. Tapi diorang memang x kisah pun.

14. Kos untuk menguruskan kematian sangat mahal , kalau sakit, kos berubat d hospital pun sangat mahal termasuk hospital kerajaan . Jadi ungkapan popular di Beijing. “ Di Beijing hidup pun duit , mati pun duit . Baik mati terjun laut “.

15. Airport Beijing nie kechik jer. So, kalau korang ada duit lebih memang xdpt lah kalau ada niat nak habiskan kat Airport. Sebab xde apa yang menarik di jual pun.








Ok, buat masa nie, ini shaja yang YY ingat. Nanti kalau ada yg terjengah kat kepala, YY tulis lagi yaaa.




P/S : Jom JOIN MEGA GA YY
masih ada masa lagi yaaa. Banyak hadiah menarik. :)) . Termasuk ole-ole dari Beijing tau.



8 comments:

  1. wahh bestnya..bila la nk smpai..haha..

    ReplyDelete
  2. hamboih2 hamboih..syoknya dia..hehehe

    ReplyDelete
  3. fakta lg menarik... lelaki bahaya jln2 sendirian, nanti kena kejar. haha...

    ReplyDelete
  4. wahh.... memang fakta yg sgt menarik... kalau de lagi... jangan lupe share lagi yek..! ;-)

    ReplyDelete
  5. wahhh.. dasatnyer rules kt beijing tu. x boleh ada lebihi dr sorang anak.. huhu.. tp yg patut diamalkan kt mesia yg rules kereta dgn no plat tertentu saja yg boleh ada kt jln raya pd hari tertentu..

    ReplyDelete
  6. tetiba rindu beijing. dua gambar yg sy ada jugak depan nike building tu dgn signboard bird nest..

    best part, shopping. ha3

    ReplyDelete
  7. Saya baru tiba dari di bejing...paling best dan tak dpt dilupakan adalah tempat2 besejarah...cthny great wall dan forbidden city....membeli-belah bagi saya biasa saja di beijing....kadang2 jika kita tak pandai tawar-menawar,silap haribulan lebih mahal dari harga Malaysia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah