Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Tips Penjagaan Rambut bagi pemakai Tudung



Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tak jagapenjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:




1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala korang.


2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya korang begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung korang semakin sukar rambut korang bernafas.


3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukar untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.

4. Jika korang memakai tudung, sebaiknya potong rambut korang pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut korang melebihi 60sm.

5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.




Selamat mencuba!!!!











8 comments:

  1. thanks for da info.. kdg2 kalo pkai lama2 tdung boleh gatal kepala... jgn pkai tdung masa rmbt basah n lembab.. kasi kering dulu>.<

    ReplyDelete
  2. saya pun memang tak akan simpan rambut panjang-panjang...susah nak diuruskan bila pakai tudung..

    ReplyDelete
  3. Salam, lagi satu keringkan rambut dulu sebelum pakai tudung he he :)

    ReplyDelete
  4. saya akan cuba semua tu.terima kasih ye yy..hehehehe :P

    ReplyDelete
  5. dkna suka pakai hitam sebab boleh maching ngan semua baju heheee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah