Assalammualaikum,
Weee ~~ untuk pengetahuan lah. Keluarga YY nie memang lah penggemar Pizza. Kekadang tue, bekpes pun kitaorang boleh blasah Pizza tau. Jadi, bila YY di beri kesempatan untuk menjadi salah sorang yang bertuah untuk mencuba Pizza Cheesy 7 yang akan keluar tak lama lagi, ini adalah teruja yaaa. Plsss, bring it back Cheesy 7 owwwhh Pizza Hut.
Pizza Hut Cheesy 7 Tasting Party nie special untuk Media dan Blogger jer. So, we all adalah diantara orang pertama yang akan merasa Pizza Hut Cheesy 7 yang diperbaharui. Kalau korang pasan, kan dedulu dah pernah ada. Tapi kali nie Pizza Hut nak keluarkan balik atas permintaan ramai.
Suasana sebelum kemeriah terjadi.
Sebelum makan kita mendaftar dulu yaa.
Acara dimulakan dengan ucapan dari orang kuat Pizza Hut, di samping aktiviti makan Pizza, ada jugak contest tweet. Gigih YY duk tweeting tau. Dengan harapan menang . Boleh makan Pizza lagi sampai lebam. Muhahhahaha.
Nampak tak Tweet yang sedang dipertandingkan.
Kitaorang dilayan baik punya, sampai kena tutup mata uolss. Yer lah, kita nak merasa makan, bukan nak tengok rupa kan. Jadi, haruslah di layan dengan istimewa. Pizza di hidang dihadapan kitaorang. Memula amik bau, kemudian makan dengan penuh nikmat. Hailah, x biasa makan sambil mata pejam, macam-macam style kecomotan berlaku. Nasib memasing memang mata di tutup, so x nampak lah kegelojohan memasing makan Cheesy 7.
Masa untuk Makan , Cheeeessssssyyyy 7 .
Pizza Hut Cheesy 7 pertama
Jessica , Mari bau dulu sebelum makan yaaa.
Rasa memang sedap dan kena dengan tekak YY . Ada cendawan yang lazat sangat, dan jugak cebisan ayam. Kira makan Pizza pertama, dah rasa macam arrghh, walaupun mata ku ditutup, tapi rasa pizza Hut Cheesy 7 pertama kasik mata rasa terang dalam kegelapan. Ewaaah, ayat nak kasik tau betapa sedap nyer Cheesy 7 yang pertama niee. Memang Cheesy sangat uolss. Sampai sekarang masih terasa-terasa kat tekak kesedapan cendawan dalam Pizza Hut Cheesy 7 yang pertama.
Pizza Hut Cheesy 7 Kedua.
Chris sedang menikmati .
Yang nie kalau ikut rasa tekak, Adalah rasa seafood. Sebab kita boleh rasa ada ketam , sotong dan potongan nenas . Sedap, menepati selera YY. Seafood rasa fresh uolss , setiap gigitan puas hati dengan rasa yang penuh dengan keju dan seafood . Sape yang suka seafood, comfirm korang akan makan Pizza Hut Cheesy 7 kedua niee.
Pizza Hut Cheesy 7 Ketiga.
Ruby macam geram ngan Pizza Cheesy 7 Jer.
Cheesy 7 ketiga nie, YY rasa adalah berasaskan daging. Cuma agak masin sikit, myba dari keju yang melimpah ruah kot. Sebab, bila gigit jer memang ada rasa daging dan keju yang banyak bebenor. Tak berapa mengikut selera YY. Maap yaa.
Pizza Hut Cheesy 7 keempat
Alamak, tembam . Muhahahaha.
Pizza terakhir yang diberikan , pertama kali jer YY dah terbau macam rendang. Eh, tak kan lah Pizza Hut keluarkan Pizza Rendang kot. Ada rasa cam ayam, ketulan nenas dan rasa tuna pun ya jugak. Tapi memang sambil makan , mulut duk bebel bau macam rendang ayam. Muhahhaha, nie lah bahana kalau makan mata tutup, boleh rasa dan bau jer. Macam-macam spekulasi timbul.
Nurul dan YY yang sudah kenyang uolss.
Habis mencuba ke empat-empat Pizza Hut Cheesy 7 , kitaorang di jamu dengan pelbagai lagi menu yang ada di Pizza Hut. Siap boleh pilih lagi apa-apa air yang nak. Haiisshh, betul-betul di layan bagai permaisuri. Duduk jer, makanan sampai depan mata. Best sangat.
Diantara Menu yang dihidangkan.
Dah ler dapat makan, dan tak sangka yang YY turut menang contest Twitter . Dapat Voucher Pizza Hut RM50. Dah bawak Family makan pun . Terima kasih banyak lah Pizza Hut yang secara tak langsung buat Family YY gembira dapat berkumpul makan-makan di Pizza Hut. Aktiviti santai gituee.
Please Bring it Back Cheesy 7.
Kesimpulannya, Cheesy 7 semua sedap. Dan memang patut di keluarkan balik. Memang pilihan Media dan Blogger mengatakan Cheesy 7 terbaik. Terutamanya Pizza nombor 1.
Terima Kasih Pizza Hut Malaysia .
Sedapnya! Kena serbu Pizza Hut la nampak gaya nya ni...
ReplyDeleteisk..buat pertandingan makan pizza..sape yang tak nak.hahaha
ReplyDeletewahhhhhhh..kene p pizza la pas ni...tapi tunggu gaji la...hehehehe...lain la YY dapat voucher...
ReplyDeleteNak pizzzaaaa....
ReplyDeleteheyyy...bestttnyerrrr...
ReplyDelete