Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pemenang Pertama MTV Pimp My Ride | Celcom Whatchuwant


Assalammualaikum,


Weee ~~ akhirnya sudah ada pemenang. Pemenang ?? Apakah ?? Alah, mest korang ingat lagi kan. YY ada citer pasal Whatchuwant Pimp My Ride. Pakej terhebat dari Celcom yang boleh kasi korang impian jadi kenyataan. Impian memiliki kereta idaman gituee.

So, now dah ada pemenang. Tahniah kepada Mohd Zariq kerana telah menjadi pemenang pertama Whatchuwant Pimp My Ride. Berasal dari Kuantan Pahang, memang tak sangka telah menjadi pemenang yang kereta nya akan di ubahsuai.

Mohd Zariq  memula saje lah kan langgan Whatchuwant pilihan untuk penjimatan. Dengan hanya mendail *128# dan pilih pakej penjimatan yang diinginkan dan tak disangka-sangka pengacara Pimp My Ride Malaysia telah menerjah rumahnya. Tahniah dan bertuah sungguh Mohd Zariq, dah ler guna tipon boleh jimat, siap menang lagi kete untuk diubahsuai.

Kereta yang selalu digunakan oleh Mohd Zariq adalah kete ayahnya yang selalu digunakan untuk ke kolej dan menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan . Kereta lama yang diubahsuai mengikut pilihan idaman pasti membuatkan Mohd Zariq teruja , berasa bangga  dan tidak malu lagi membawa kereta ke kolej atau bersiar-siar. Tak sia-sia lah ayahnya menghadiahkan kereta lama tue kepada dia, sebab lepas nie kereta itu akan menjadi bualan ramai kerana dapat masuk MTV Pimp My Ride yang pertama di Asia. Kira orang kampung pun berebut nak naik kot sebab kete dah cun melecun.. Muhahhahaha.




Mohd Zariq dan kereta hadiah dari ayahnya


Kereta Mohd Zariq di Pimp My Ride

Sedang di ubahsuai

Bagaimana Hasilnya nanti yaaa.



Kenderaan Zariq akan mendapat pembaikan penuh dan diubahsuai menjadi kelihatan seperti kenderaan baru. Apa agaknya hasil pengubahsuaian kereta Zariq nanti?

Untuk mendapat jawapannya, kenalah tonton episod pertama MTV Pimp My Ride Malaysia



Inilah pemenang pertama Pimp My Ride

Mohd Zariq bersama pengacara MTV Pimp My Ride - Altimet

Haaa, jeles tak ,.. Jeles tak. Harus lah jeles kan. Sape tak nak kete diubahsuai cam kete baru dan jadi lebih menarik kan. Percuma lak tuee. So, jangan sedih eh. Masih ada peluang untuk korang menang. Apa lagi, jangan buang masa, cecepat dial *128# dan pilih penjimatan yang sesuai dengan penggunaan tipon korang. Ada 6 pilihan iaitu Surf Pack, Talk Text Surf Pack, Talk Text Pack, Talk Surf Pack, Text Surf Pack and Fun Pack .




Gajet berjumlah RM10,000 juga menanti pemenang setiap hari! Jika korang ingin menjadi pemenang bertuah dipilih menyertai MTV Pimp My Ride Malaysia bersama Altimet dan MTV VJ Rich, pastikan sentiasa mendapatkan maklumat terkini di www.xpax.com.my dan halaman Facebook Xpax (http://facebook.com/Xpaxfb) untuk pengumuman pemenang.

Korang pasti tidak mahu terlepas peluang untuk mendapat pengubahsuaian kenderaan dan keluar di kaca TV bukan?

Ikuti langkah mudah berikut untuk sertai Whatchuwant dan perpeluang untuk menang:





Langkah 1: Dail * 128 # untuk mengakses menu Whatchuwant
Langkah 2: Pilih Pek Whatchuwant bagi tawaran istimewa. Tekan 1 dan hantar.


Keluarkan telefon korang yang canggih tue, Tekan * 128 # dan Dial . Korang semakin hampir untuk mendapat pilihan whatchuwant seperti panggilan , melayari internet , pesanan ringkas dan pelbagai lagi.




Yeaaah, hanya dengan menekan * 128 # dan Dial, Hadiah bernilai RM10,000 dan PIMP MY RIDE bakal menjadi milik korang. Apa tunggu lagi. Langgan lah sekarang. 



Inginkan maklumat lanjut? Terjah www.xpax.com.my atau ke facebook Xpax diwww.facebook.com/Xpaxfb.










Maybank2u Perbankan Gaya Hidup Moden Masa Kini


Assalammualaikum,

Weee ~~ korang tahu apakah itu Maybank2u . Comfirm ramai yang dah tahu kan. Tapi ada jugak yang masih blur, cam compius je apakah Maybank2u kan. Dalam kecanggihan teknologi sekarang, Masa itu emas. Jadi Maybank2u adalah jawapan bagi korang yang sentiasa sibuk.



Ini adalah masa nya untuk kita mengenali sesuatu yang memudahkan kerja seharian. Bila guna Maybank2u, banyak benda yang korang boleh selesaikan dengan mudah. Terutama urusan perbankan dan membayar bil. Semua nyer hanya du hujung jari. Tak perlu lagi korang nak pergi sampai 10 tempat nak uruskan semua, nak merdah kesesakan lalulintas dengan masalah parking lagi.Lepas tue nak mengada kaunter yang mungkin ramai orang , kan dah banyak masa terbuang tue. Dengan Maybank2u semua masalah selesai dengan mudah. 

Hidup akan lebih mudah dengan hanya satu klik sahaja . Maybank2u lah jawapan nya.Perbankan internet dan e-dagang telah lama diperkenalkan, tapi masih ada yang tidak mengetahui kegunaannya secara keseluruhan.  Sistem perbakan digital menyediakan aplikasi yang mudah , pantas dan percuma. Urusniaga , pembayaran pinjaman dan perkara-perkara kewangan lain boleh dilakukan tanpa perlu menggunakan apa-apa tenaga fizikal mahupun tenaga mental. Penjimatan Masa dan perbankan digital memberi faedah yang besar.

Rakyat Malaysia juga kini menyedari faedah perbankan dalam talian. Dengan cara semasa hidup di mana pengantaraan sosial dalam talian adalah menjadi tren di kalangan belia negara, perbankan internet melihat peningkatan dalam kepenggunaan daripada ia mempunyai sebelumnya. Jelas, mereka bersungguh-sungguh menyesuaikan diri kepada ciri-ciri perbankan dalam talian untuk memudahkan jelas dalam melakukan banyak hal kewangan serentak. Sama ada transaksi, penyata, laporan atau membeli-belah dalam talian.




Memberi contoh bagi dua orang bernilai perbankan digital, Daniel Tok adalah penyokong e-perbankan yang telah memeluk sistem sepenuhnya. Beliau merasakan bahawa ia telah meningkatkan gaya hidupnya yang lebih baik."Saya berasa perbankan digital telah benar-benar berkembang dan berkembang untuk memenuhi keperluan kita sebagai pelanggan" kata tahun 33 lama menyokong pengurus IT. "Bukan sahaja ia menyediakan perkhidmatan yang cepat dan serta-merta, tetapi ia benar-benar adalah satu penyelesaian yang mudah bebas untuk saya kerana saya pejabat yang terikat dalam kerja saya. Ia menyediakan kemudahan penuh dan menyelamatkan saya banyak masa, terutamanya kerana saya tidak lagi perlu menghabiskan minit berharga memandu melalui lalu lintas yang tidak berkesudahan atau mencari tempat letak kereta hanya untuk melakukan apa yang saya perlukan di bank ".


 "Saya fikir penggunaan perbankan online adalah begitu meluas kerana mereka telah tinggal yang relevan kepada pengguna" Mervin Dass, kata seorang eksekutif akaun. "Berada dalam talian saya kerja, saya dapati perkhidmatan dalam talian mereka begitu mudah dan ia begitu cepat menyesuaikan diri dengan gaya hidup saya, terutamanya dengan memudahkan pembayaran balik pinjaman, laporan penyata kewangan dan pemindahan dana". Beliau menambah, "Hari ini, saya menggunakan keseluruhan perkhidmatan daripada membayar bil-bil dan cukai, untuk membeli-belah dalam talian dan membeli tiket untuk filem atau penerbangan. Proses mereka adalah user-friendly dan saya boleh berurusan dengan keperluan perbankan saya dengan hanya satu klik tetikus! Tidak beratur lebih untuk saya! "


Vasenta Selvanayagam, seorang penulis dalam talian adalah seorang mukmin yang kuat perbankan digital. "Perbankan Online adalah seperti alat yang praktikal untuk saya, keluarga dan rakan-rakan saya. Ia memudahkan tekanan dalam hidup saya kerana saya tahu saya boleh bergantung kepada ia untuk membawa saya melalui hari saya. Saya rasa seperti saya disambungkan ke dunia menggunakan sistem "katanya.



Daniel menyatakan bahawa seberapa banyak perbankan digital dan e-dagang semakin berkembang dan popular, ramai yang masih tidak sedar kemudahan, bersama-sama dengan kesan bahawa ia telah. Satu contoh yang beliau menekankan bahawa orang menyedari kemudahan e-filing cukai pendapatan mereka, tetapi tidak menyedari bahawa mereka boleh membayar jumlah tertunggak mereka secara online melalui sistem.


"Terdapat banyak ciri-ciri bahawa perbankan digital kepada pengguna yang benar-benar boleh meringankan masalah mereka perlu berlari untuk melakukan urusan tugasan mereka" katanya. "Lapisan di bank adalah satu perkara yang telah lalu. Mengapa perlu pergi melalui semua masalah yang berada di 10 tempat-tempat yang berbeza untuk melakukan 10 perkara yang berbeza, apabila mereka boleh mengakses semua yang mereka perlukan cuma klik butang! "Katanya.


Perbincangan perbankan internet berdasarkan kesan pengguna menunjukkan bahawa perbankan internet mencerminkan keperluan pengguna untuk mengendalikan perkara-perkara tentang wang dengan cara yang cepat, mudah dan akhirnya selamat. Cukup menarik, ia juga mencerminkan budaya berteknologi tinggi dan gaya hidup yang kita hidup masuk Ia menggesa kita untuk mengakui bahawa perbankan online adalah cara ke hadapan dalam menggerakkan diri kita untuk memenuhi masa depan dalam pandangan revolusioner untuk kebaikan kualiti kehidupan kita .













P/S : segala benda di hujung jari sekarang. 







Tips - tips Percutian ke Beijing | Muslim Pakej


Wee ~~ korang pun sedia maklum yang YY bercuti ke Beijing. Now nak citer kisah percutian nie dari mula.  Pagi esok kul 2.05 pagi adalah penerbangan balik ke bumi tercinta Malaysia. Memang betul kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri uolss. Rindu makanan Malaysia. Rindu Family kat Malaysia. Rindu teman-teman kat Malaysia. Padahal baru seminggu kot. Sebab, tak tahan hari-hari kena makan telur dadar. Muhahhahaha.



Perancangan secara tak sangka nie bermula selepas kitaorang bercuti ke KOREA tahun lepas. Balik dari negara K-pop tue, AA buat promo flight. So, apa lagi keje angah lah membooking. Tetiba angah msg, Ok DONE next year kita ke Beijing, Mahu naik tembuk besar China lah. Tiket Flight dalam RM 900++ untuk pergi dan balik. 

Kisah nya masa booking, memang takde flight direct ke Beijing, jadi kitaorang akan turun di Tianjin, dan ICT Travel akan pickup dari situ dan bawa ke Beijing. Bila AA buat direct Flight ke Beijing, AA telah mengubah jadual penerbangan. So, kitaorang dah kurang sehari dari masa asal 7 hari. Ada hikmah jugak, sebab 6 hari pun dah panjang kalau di Beijing nie. Sampai May si pemandu pelancong tak tahu dah nak bawa kemana .


Bermula dari booking tiket lah kita orang bermula aktiviti mengumpul duit. Bila nak bercuti, harus lah pakai duit kan. Kebetulan angah ada contact dengan Muslim Pakej direct terus dengan orang kat Beijing. We all tak guna orang tengah pun. Jadi jimat sikit lah. Sebab bila survey dekat Matta Fare dengan 7 hari memang takkan jumpa yang bawah 1K . Agak mahal yaa. Kalau murah pun, pakej yang kena campur dengan orang lain naik bus.

May , pemandu pelancong kitaorang yang baru 7 bulan belajar bahasa Indonesia. Kamus sentiasa di bawa.


Harga yang kami dapat dari ICT Travel, Muslim Pakej 
cuma USD220 untuk 6hari , 6malam ( RM 600++)

Dalam pakej termasuk :

* Hotel dengan kemudahan internet.

* Sarapan , Makan Tengahari dan Makan Malam di Muslim Restoran.

* Solat di masjid sekitar Beijing.

* Pengangkutan sebuah van termasuk pemandu dan pemandu pelancong berbahasa indonesia. ( Tak campur dengan pelancong lain, hanya kami berempat )

* Dibawa melawat tempat-tempat menarik dan membeli- belah .

* Jadual lawatan yang flexibel, boleh bertolak -ansur.


Yang best sebab kita tak campur dengan orang lain. Bukan tak best kalau campur dan beramai-ramai naik bus nie. Cuma leceh kot nak jaga reramai, nanti banyak sangat kerenah. Puas hati lah dengan perkhidmatan dari ICT Travel nie. Dan kalau korang nak tahu, sebenar nya kebanyakkan Travel Agency di Malaysia menggunakan kan ICT Travel nie, sebab Ini adalah Agency terbesar di Beijing yang ada Pakej Muslim. Owner nya memang seorang muslim. Kira Travel Agency di Malaysia dapat untung atas angin ja. Amik komisyen.


Harga yang kitaorang dapat untuk penerbangan dan pakej muslim 6hari , 6malam lebih kurang RM 1,500 ++ .


Muncung itik, muhahahhaa.


Tips-Tips bercuti di Beijing .

1. Bawa baju bersesuai mengikut musim , masa YY pergi nie musim sejuk. Suhu antara 10 - 20 darjah celcius. kalau bole bawa sarung tangan and pakai long john sbgai pemanas badan..

2. Jangan terus percaya dengan harga murah yang di tawarkan ketika membeli - belah. Cuba untuk kurang kan sehingga 80% dari harga yang di tawarkan. Kalau tak bagi, buat-buat nak pergi. Mesti diorang kasi punya. Ada sesetengah kedai sahaja yang tak kisah kalau kita taknak beli.

3. Jangan tawar-menawar dah dapat harga korang nak, dah tue x jadi beli. Memang diorang akan marah. Kebanyakkan penjual agak kasar dan pembengis.

4. Bawak memory card standby, sebab korang akan amik gambar yang banyak. Cam kitaorang balik bilik, terus transfer kat lappy. Kalau tak memang tak muat untuk sepanjang percutian hanya 8G memory card.

5. Bawak cili padi, sambal ikan bilis , maggie dan milo 3 in 1 sewaktu dengan nya. Takut tak kena selera dan tak kenyang jer makan di Beijing nie.

6. Masa kitaorang nie panjang, sebab dah book flight baru cari pakej ground. Sebenarnya masa untuk lawatan di Beijing cuma 5hari 4 malam jer. So, macam kitaorang nie masa panjang, masa lawatan agak santai dan tidak terkejar-kejar.

7. Bawak botol air kosong sepanjang berjalan di Beijing, sebab memang takde paip air yang disediakan dalam tandas diorang.

8. bawak lotion secukupnya sebab kulit akan mudah kering dan mengelupas sbb cuaca kat sini sangat sejuk. ( musim sejuk )

9. bawak baju tebal sekurangnya 2 helai , seluar jeans pon kalau bole pakai yang jenis penebat haba..( kat uniqlo-klcc banyak baju/sluar yg sesuai ngan suhu sejuk )

10.Tak perlu risau if naik tren dan x pasti dah sampai kat stesen mana, sebabnya setiap kali tren berhenti akan ade lampu berkelip di nama stesen yang tren berhenti.. so senang crite kena berdiri betul2 dekat ngan pintu tren untuk tau stesen mana yang dah sampai.

11.  lagi tips,..... akan di tambah bila ingat. :)







P/S : ada sesape yang plan nak bercuti ke?? 










Petua Awet Muda Cara Islam

Wee ~~~ nak share ngan korang petua Awet Muda cara Islam. Kira petua berguna gak lah , bagi korang yang memang suka dengan kecantikan niee. Kata Sharing Is caring kan.



Muka korang biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah korang dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari korang ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah korang dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur


~~`` Selamat mencuba korang ~~~



Mega GiveAway www.yanayassin.com | Ole-ole dari Beijing




Wee ~~ Salam dari Beijing korang. Saje lah nak bagi tau lagi 2 hari jer YY akan berada di Beijing nie. YY dah beli ole-ole dari Beijing tau. Korang dah joi belum Mega GiveAway YY . Ada banyak hadiah tau. Jom lah ajak kengkawan reramai menjoinkan diri. Lagi ramai, lagi lah meriah kan.


Detail tentang MegaGiveAway SINI.

Membeli-belah dan promote tokei kedai terbaik. Takde paksaan membeli tue yang best.


Mahal, bergambar jer lah.

Pilih mana yang berkenan

Mampu pegang tiang jerk, Kawasan mahal oiii . macam Bukit Bintang lor.


Jom3, masih ada masa lagi korang nak join Mega GA nie. Mungkin akan ada pertambahan hadiah. Mana tahu masih ada yang sudi nak sponsor hadiah kan. 




P/S : Esok ada lagi 2 tempat untuk shooppig. Yahuuuuuu !!! kopak. Muhahahhaha.









( Live from Beijing ) | Makanan Halal


Wee~~ masih lagi cerita dari Beijing. Kali nie nak cerita pasal Pakej Muslim yang YY dan kengkawan amik.  Pakej yang kitaorang dapat nie, merangkumi hotel , makan , pengangkutan , berjalan dan melawat termasuk shopping dan tourist guide sekali. Kira senang sangat lah sebab semua nya di uruskan. Harga pakej, memang murah. Bak kata orang berbaloi-baloi.

So, korang nak tengok apa menu yang paling kerap di makan oleh YY dan kengkawan. Tak kira restoran muslim mana yang di bawa, harus ada lauk-lauk nie. Nasi sudah pasti. Cuma biasa lah, makanan versi chinese style haruslah takde rasa sangat. Tawar dan kurang pedas. Nasib ler kita orang memang dah standby sambal ikan bilis dan cili padi bawak dari Malaysia.

Meh tengok makanan yang kita orang makan di Beijing niee.


Telur Dadar, hari-hari. Comfirm makin bertelur pipi nie bila balik Malaysia.








Giler wei, rindu nak makan nasi lemak , roti canai , Mee goreng mamak , McDonald , KFC . Eeee~~ semua lah makanan yang ada kat Malaysia. Tinggal 2 hari jer lagi kat sini. Cuaca agak sejuk. Habis bibir semua merekah. Kulit pun kering. Nampak cam panas, tapi sejuk sangat. 


Di Stadium Olympic Beijing 




P/S : Rindu makanan Malaysia konon, padahal bagi makan apa pun blasah ja. Muhahahhaha.




Cerita Yana Yassin dan Fazura Gojes



Assalammualaikum,

Wee ~~ lepas jer YY letak Video dari Miss Fazura Gojes kat sini. Ramai rupanya peminat Fazura yang sangat humble dan tak sombong nie. So, saje lah nak share dengan korang gambar-gambar di kesempatan YY bertemu dengan pelakon Fazura yang gojes.


123_8052

Masa nie Fazura , Maya Karin dan Fara Fauzana belanja tengok wayang citer ombak rindu. Memang meriah panggung bila ada yang terperasan pelakon utama ada sekali dalam panggung. Semua duk pakat tepuk tangan gituee. Best3x.




Anugerah EH306_DSC_34692012

Di Anugerah EH, memang tak nafi Miss Fazura memang best. Baik hati sangat. Sanggup tunggu punya ramai peminat yang nak bergambar dengan beliau. Daripada seorang pelakon yang nyombong bebenor . Nak tahu kisah pelakon sombong itu ada kat SINI. Malam Anugerah EH , Fazura menang Anugerah Selebreti Wanita Paling Bergaya.




Filem Zaiton Ceritaku  183

Dan yang terbaru jumpa di Majlis Tayangan Ekslusif Filem Zaiton Ceritaku. Walaupun tak berlakon dalam Filem nie, tapi Fazura datang bagi sokongan. Memula sampai, ramai media beria nak amik gambar dia tapi secara baik Fazura kata xnak over shadow pelakon-pelakon Zaiton Ceritaku tapi tetap posing untuk pihak media snap picture gojes dia. Siap tunggu sampai habis pc tau, selalu nya lah yang YY pasan kalau artis yang tak terlibat dengan Filem yang di tayangankan, memang tak lah diorang nak tggu sampai habis. Bagus lah Fazura, boleh lepak lama-lama. Borak2, siap buat lawak gelak-gelak lagi. Memang tak nafi Fazura langsung tak sombong. Sesape yang amik gambar dengan dia, comfirm Fazura yang ucap terima kasih dulu. senyuman? memang tak lekang dari bibir.



P/S : Gojes dan ramah, Bagus lah.




Tips Penjagaan Rambut bagi pemakai Tudung



Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tak jagapenjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:




1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala korang.


2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya korang begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung korang semakin sukar rambut korang bernafas.


3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukar untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.

4. Jika korang memakai tudung, sebaiknya potong rambut korang pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut korang melebihi 60sm.

5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.




Selamat mencuba!!!!











(GAMBAR) Live from Beijing | Great Wall




Wee ~~Salam dari Beijing uolss. Akhir nya semalam kami dah naik ke great Wall. Salah satu yang menjadi kebanggaan China. Panjang nyer 6,300km dan disiap kan dalam masa 2,000 tahun. Fuhh !!! gigih tau kitaorang naik bukit yang tinggi itu. Dari bawah, dah terfikir boleh ke naik sampai atas nie. Tapi bila tengok ada orang tua siap bertongkat boleh naik, tak kan kita yang muda tak boleh kan. So, dengan berbekalkan doa. Kitaorang berjaya sampai ke atas. Tapi xde ler sampai hujung sebab masa yang di bagi cuma 2 jam.

So,, apa kata korang layan gambar dulu. YY nak turun berkpes nie. Hari nie nak pergi lagi beberapa tempat. Cuaca agak sejuk kira-kira 15 darjah celsius. Dan yang buat lagi sejuk sebab pagi nie ujan. 

Great Wall here we come


Aksi Wajib .

Pemandangan


Maintain Ayu sebelum naik Great Wall

Tiket naik ke Great Wall


May - Pemandu Wisata Kami ( Tourist Guide )

Muka Budget boleh naik sampai hujung


Letiih woo,.. Baru naik suku jaa.

Oppa Jahanam Style @ Beijing

Rindu Malaysia

Klau boleh nak terbang naik, tak perlu mendaki



P/S : China Facebook kena Block, so layan gambar kat sini dulu yerrr.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah