Assalammualaikum,
Wee ~~~ Sape pernah berangan nak jadi Halimunan . Hilang dari pandangan mata orang dan boleh buat sesuka hati. Lepas tue boleh plak masuk dan pergi kemana saja tanpa dilihat orang. Siap boleh buat apa saje dengan percuma sebab xde nampak kan.
Yeaaah, YY berpeluang sekali lagi ke Preview Filem. Terima Kasih MIG dan RR Empire kerana menjemput YY ke Tayangan Ekslusif niee. Kali nie Filem Halimmunan terbitan RR Empire dan MIG. Arahan pengarah muda MIG iaitu Hashim Rejab. Diantara hasil keje tangan beliau Sekali Lagi , Papa I Love U dan 3 Temujanji. Semua pun Filem yang sweet jaa. So, kali nie Filem Halimmunan bergenre Komedi Seram . Lakonan Fizo Omar, Intan Ldyana , Gbob Raja Lawak , Zul Suphian , Syuk Balas dan Fendi Balas.
Sinopsis :
Filem ini mengisahkan Halim bin Munan (Fizo Omar) yang seringkali dibuli oleh rakan-rakannya kerana sifat yang lurus dan nama yang dianggap pelik. Malah Halim sendiri turut menganggap dirinya tidak dapat dilihat dan suka menari 'puf' serta berangan menjadi halimunan. Satu hari, Halim telah difitnah oleh orang kampung kerana mengintai Suriyati (Fiza). Untuk membersihkan namanya, Halim sanggup bertemu seorang bomoh bagi merealisasikan hajatnya.
Halimmunan yang di pujuk kerana sering di buli
Keasyikan seorang bomoh, Wak Mali melayan irama tiupan seruling kesayangannya di serambi rumah mistik di kelilingi kolam ikan, terhenti seketika. Matanya tiba-tiba menjadi liar.
Sebaik menjawab salam dihulur, wajahnya berkerut-kerut bingung kerana tidak nampak atau melihat sesiapa memberi salam di depannya. Ketika masih tercari-cari dan mengamati dari mana datang suara itu, dia pengsan apabila mendapati suara salam datangnya dari seorang anak muda yang dianggap penduduk kampung banyak memberi masalah.
Jumpa Bomoh nak jadi Halimunan.
Halim muncul di depan rumah Wak Mali sebagai ‘halimunan’ selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum pun sempat Halim datang menyerahkan separuh kain kafan seperti diminta Wak Mali sebagai syarat ‘minta ilmu’, dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.
Berusaha menggali kubur untuk mendapatkan kain kapan.
Bagaimanapun, kain kafan kubur dibawa Halim tidak menepati apa diminta Wak Mali. Halim yang memiliki karakter lurus bendul dan suka berangan menjadi halimunan sejak kecil, bukannya membawa kain kafan wanita mati malam Jumaat seperti diminta, tetapi kain kafan seorang pawang hitam baru meninggal dunia.
Kisah cinta antara Suriyati dan Halim.
Keadaan menyebabkan Halim resah kerana menyedari dirinya tidak lagi dapat dilihat orang lain. Pada masa sama, penduduk yang mencarinya bersama ibunya, melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya bertukar menjadi pocong mengacau ketenteraman selepas insiden mencuri kain kafan di tanah kubur.
Trailer :
Review :
Filem yang menggunakan Teknik CGI yang agak menjadi bagi YY . Bagus jugak, takde lah orang kata Filem tangkap Muat ja. Watak Fizo sebagai orang yang dibuli, dan kemudian menjadi Halimunan, buat kita merasai penderitaan nya apabila di buli sejak kecil.
Watak Gbob sebagai kawan baik, menjadi dan kelakar. Bekas peserta Raja Lawak, Gbob boleh pergi jauh dalam bidang lakonan. Gbob buat Filem nie kelakar dan menarik dengan watak nya yang selumber dan bermulut lepas. Memula YY ingatkan Gbob adik beradik ngan Fizo Omar dalam citer nie, ngupernya tidak. Mereka kawan baik sejak kecil lagi. Jadi, Gbob ada lah pembantu yang menyelesaikan masalah Halimmunan yang sering di buli.
Intan Ldyana watak tak baper besar dalam citer nie. Kuar pun dalam 4 scene kot. Sikit sangat. Tapi ok lah, penyeri bagi Filem nie, Kalau ada Hero, mesti ada Heroin kan.
4 / 5 Bintang
***************************************************
Bersama Abam Halim bin Munan ( Fizo Omar )
Harap Maklung yang Fizo Omar memang tak dapat Hadir malam Preview Filem nie. Sebab ada urusan keje kat Korea. Nie YY tepek gambar masa Majlis Berbuka Puasa Bersama Team Halimmunan di Restoran AlAndalus. Restoran Rab uolss, Malam Preview kitaorang siap dapat Voucher makan kat restoran tue tau.
Bersama Suriyati ( Intan Ldyana )
Antara Pelakon yang daat Hadir cuma Intan Ldyana dan Gbob Raja Lawak. Tapi stil meriah yaaa. Kira Filem yang YY rasa tak rugi lah kalau nak tonton pun. Jom Tonton, Kalau korang nak tengok satu lagi kelianan Filem Melayu yang menggunakan teknik CGI .
TERJAH PANGGUNG 13 September 2012
P/S : Jangan lah banding kan Filem kita ngan Hollywood :P
citer hantu lagi.. hohoho
ReplyDeleteintan ladyana... ngeeeeeee!!!!
ReplyDeletemacam best jer citer nie...hari nie ey start..jom terjah panggung :p
ReplyDelete