Assalammualaikum,
Sape suka makan, angkat kaki. Eh, jangan kaki lah macam tak sopan plak. Meh angkat tangan. Wooo ramainyaa,dah3 turun tangn tue, pengsan plak orang sebelah kang. Muhahahhaa. Sape yang x suka makan kan. Nak tanya niee, korang pernah makan Laksa pahang tak. Laksa Pahang yang terkenal di daerah Pekan tempat Dato’ Seri Najib Perdana Menteri Malaysia sekarang. Laksa yang dibuat sendiri menggunakan tepung gandum.
Laksa pahang nie Mee Laksa nyer di buat sendiri dan dipanggil chap. kira satu gulung, adalah 1 chap. Kuah pulak sedap, x banyak sampah maksud pelbagai bahan dalam kuah tuee. Bersih dengan kuah ikan sahaja. dimakan dengan sedikit sambal dan ketulan belacan. Ada sedikit persamaan dengan Laksa Johor, cuma kuah Laksa Pahang menggunakan Ikan selayang atau Ikan termenung dan sedikit Ikan Masin.
Belacan & Sambal
Ulam & Kuah Laksa
Serius YY pestime cuba. Sedap tau. Rasa puas hati. Harga murah bebenor. Hanya RM 1 satu chap. Ada jugak ang jual RM0.50 jer 1 chap, tapi mee laksa tue kurus sikit lah. Kalau gemok tue yang jadi singgit.
1 gulungan , dinamakan 1 chap.
Memula makan 1 chap dulu yaaa, kuah macam terlebih plak.
Tahu tak napa YY kata kuah terlebih, ebab stail sebenar makan nya adalah dengan kuah yang sedikit dan di gaul menggunakan tangan. Kira ulam, belacan , sambal dan mee di gaul sekali. Dan unik nyer makan juga menggunakan tangan. Takde sudu dan garfu yaaa. So, YY pun cuba jugak guna tangan, cuma kuah terlebih aaarrrr .
jari tembam YY , auwww .
Duk menaip nie pun dah terliuq, takpe3 nanti nak suh ibu YY buat. Sebab Ibu siap amik resepi tau. Semangat nak try buat. Sebab memang sedap kot. Mee Laksa tue, makan camtue pun sedap tau. Nampak macam spaggeti, tapi bukan. no no no, . Dengar citer macam susah jer nak buat mee tue, kena gaul2 lah. rendam air sejuk, baru boleh gulung2. Camtue lah yang YY dengar.
Percaya tak kalau YY cakap budak kenit nie boleh makan laksa sampai 6 chap dia sorang. YY makan 2 chap jer dah kenyang. Nampak tak betapa sedap nya sampai budak pun suka. Memang yummeeehhh lah. Unik jugak kan bila Laksa kena makan pakai tangan. Sebab best nya laksa kalau makan kuah banyak, yerr daaak. Duk hirup kuah sesaja, YY kalau beli Laksa mesti nak minta kuah lebih.
P/S : Sebelum balik KL, sempat beli Murtabak Mengkasar yang pemes tuee.
Hai yana. .saya tak pernah mkn laksa pahang lagi. Saya org kedah jd selalu laksa utara jer yg saya jumpa kat melaka ni.
ReplyDeleteTp mcm nak try jugak la..
nampak macam sedap je.. tapi kid kena kurangkan makan belacan.. hehehehe
ReplyDeletesaya pernah jumpa dua laksa je. laksa penang dengan laksa johor.. nampak macam menarik jugak laksa pahang ni
ReplyDeletesedapnya kalau taruk belacan banyak2 dalam laksa nie..nyummm nyummm
ReplyDeletelaksa pahang memang sedap sampai menjilaT jari
ReplyDelete