Assalammualaikum,
Hai uolss. Masih mood raya yaa. Puasa sebulan, semangat nak raya pun sebulan. Ahaakss, ( macam lah puasa penuh kan ). Maklum pompuan memang ada time ‘cuti’, yer daaak. Jadi, bila time raya memang aktiviti nyer makan sesaja. Ziarah menziarah dan makan. Sangat sinonim.
So, opis YY pun semangat gak buat jamuan raya. Kali nie xmo buat dalam kawasan opis, nak kat hotel uolss. Pilihan adalah Hotel Lagend. Alah, yang dekat sebelah The Mall tuee. Tema warna warni. Siap ada pertandingan persembahan raya mengikut seksyen dan cabutan bertuah.
Pentas persembahan, Ada karaoke yaaa.
Hadiah Cabutan Bertuah
Pendaftaran , amik no Bertuah yaaa.
Tetamu VIP Dato’ Rahim kesayang ramai. Dato’ yang paling sporting yang pernah jumpa. Mana tak nyer, bila suh nyanyi 2 lagu terus dia sumbangkan. Suara boleh tahan. Bila Poco-poco, semangat join sama. Best dapat Bos camginie. Sempoi habis. Bila bab cabutan bertuah, department YY semua dapat. Ada dapat hamper , pemakar roti , iron dan YY dapat duit raya RM10 . Ok lah tue kan, rasa jugak diri bertuah.
Kemeriahan suasana Majlis.
Sempat lagi buat kejutan sambut besday Dato’ dan semua yang lahir pada Julai, Ogos dan September. Sekali harung senang. Tak yah susah2 nak buat banyak kali. Eh Dato’ kita sebintang lah. Leo Kan,… ??
Potong kek time.
Diantara menu yang disediakan. Takde yang berasaskan raya pun.
Seronok jugak bila dapat berkumpul reramai satu bahagian. Maklum lah, memasing opis jejauh. jarang jumpa. Time event camnie lah baru dapat beramas mesra kan. Dan, BFF YY yang tengh cuti lama menjaga anak pun datang join sekali.
Tahun nie x dan nak tempah baju raya sekayu kan.
Ok, ini saje laporan kisah beraya opis YY. Tetiba kan tak berapa nak amik gambar sangat. Malas kekonon. Ke Faktor usia. Huhuhuhu.
P/S : Beraya sakan..
untung laaaaa makan kat hotel.. hehehee.. ermmm.. ni bahagian ape ek? E6, E7?
ReplyDelete