Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Mari hulurkan Bantuan kepada rakan Blogger #SaveJejai

Assalammualaikum,

Kisah yang YY nak citer nie, sebuah kisah benar yang sedang berlaku ketika semua ummat islam nak sambut raya. Memula YY ternampak kat twitter orang duk citer pasal Bro Jejai. So, YY usha dan skodeng lagi di blog2 rakan rapat Bro Jejai, akhirnya memang benar yang Bro Jejai sedang mengidang Lung Cancer Stage 4. Pemilik blog teratakarmo.com ini memerlukan bantuan semua untuk kos rawatan cancer yang sedang dihadapi beliau.

jejai

Ohmaaaii, YY kenal Bro Jejai bila pi event Nuffnang. Dan ternyata Bro Jejai memang seorang yang ramah sebab pertama kali jumpa, dia yang tegur YY dulu. Maklum lah YY nie kan penyegan nak tegur blogger otai nie, sebab YY sekadar Blog picisan. Dan YY sungguh tak sangka selama ini memang Bro Jejai sedang menanggung kesakitan tapi langsung tak tunjuk. Sehingga berita ini tersebar pun, sebenarnya Bro Jejai tak mahu menyusahkan rakan-rakan tapi sesuatu harus dilakukan. Ini semua kerana kos perubatan semakin meningkat dan Bro Jejai mempunyai 4 orang anak dan isteri yang masih memerlukan beliau. 

Surat dari seorang anak kepada ayahnya ( Bro jejai ), :(

Diharap, dengan sedikit sumbangan dari para sahabat dan rakyat Malaysia mampu mengurangkan beban yang sedang di tanggung keluarga Bro Jejai. Di tambah pulak dengan mood raya sekarang nie. YY paling tersentuh bila baca entry khas dari Bro Eyriqaz , sampai mengalir air mata nie mengenang penderitaan yang Bro Jejai alami. 


Bantuan boleh dihulurkan ke akaun ini :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )


Diantara Blog yang menceritakan pasal Bro Jejai .


Bantuan untuk menyebarkan perkara ini. Moga dengan sedikit bantuan dan sumbangan meringankan beban keluarga Bro Jejai. Diharap Bro Jejai tabah dan cepat sembuh. Hanya Allah yang mengetahui apa yang berlaku dan mengapa. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa moga semua nya selamat.









2 comments:

  1. sama2 lah kita doakan agar bro jejai akan kuat untuk melawan penyakit ni, dan semoga semangat kita bakal mencetus semangat dia utk harungi kehidupan ni..

    ReplyDelete
  2. semoga usaha kita diberkati oleh Allah..

    #saveJejai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah