Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#TripMediaCherating | Batik Dan Aktiviti Surfing

Assalammualaikum,

Trip Media ke Cherating penuh dengan aktiviti, Selepas bermesra dengan gajah – SINI , Aktiviti ngan Penyu – SINI , so now YY nak citer bila di beri peluang melihat sendiri pembuatan batik dan merasa sendiri pengalaman mencanting batik. Kalau dah ‘berseni’ sangat tue, hasil nya korang jangan terkejut plak eh. Batik takde jual punya yang YY dah design. Muhahhaha, gelak guling2 hokey.

Cherating306-DSC_2625surfing     
Batik yang kami Terjah 

Batik303_DSC_2567cherating    
Semangat wakil Media Tengok orang duk Cop Batik

Cherating300-DSC_2568surfing     
YY pun teruja jugak

Cherating301-DSC_2607surfing   
Cuba Skill, Sumpah tak berseni

Batik300_DSC_2603cherating
Inilah hasil kesenian saya, Muhahahhaha.

Di Natural Batik Village nie, kitaorg di beri penerangan macam mana sehelai batik di hasilkan. Memang menarik dan menggagumkan.Patut lah, bila bab baju batik harga nyer agak mahal, sebab cara nak buat pun dah susah. Bagi YY yang terlebih seni nie, memang nampak susah lah kan. Bagi yang dah biasa, sambil canting siap boleh makan cikedis lagik.

Cherating304-DSC_2619surfing
Seeha membuat liputan untuk Brita TV9

Kitaorg diberi peluang melihat sendiri camne batik dihasilkan. Ada pelbagai cara, diantara nya cop dan canting. Bukan senang yerrr, pelbagai proses perluu dilakukan untuk menghasilkan sepasang kain batik. Kagum YY melihat kecantikan dan keindahan seni batik. Macam YY sendirik, setiap khamis memang kena berpakaian batik pun pi keje, Bila dah tgk sendiri depan mata cara pembuatan dan kepayahan ( bg YY yg mencuba ), terus berbangga nak memperkenalkan industri batik Malaysia.

Batik310_DSC_2624cherating

Settle bab melihat Batik, kini tiba lah masa untuk aktiviti surfing. Haai, korang ingat kat obersea jer ke ada aktiviti surfing. Kat Malaysia pun ada tau, terutamanya di Pantai Cherating. Diantara pantai yang sangat sesuai membuat aktiviti ini di antara September hingga Mac. Pengalaman baru bagi semua, sebab memang tak pernah mencuba aktiviti surfing. Korang pi jer kat Kg. Cherating, memang ada pakej untuk surfing nie tau. Siap ada klinik nak belajor bg yang baru-baru nak berjinak.


Cherating312-DSC_2677surfingCherating313-DSC_2684surfing
Cherating318-DSC_2724surfingCherating322-DSC_2713surfing
Belajar cara surf dulu.

Cherating319-DSC_2767surfing
Begini Cara surfing ya kengkawan.


554116_384023401657447_2069384791_n

Aksi Wajib bila Trip.

Seeha ( TV9 ) , Nisa Kay , Yana Yassin , Aween ( Bernama TV ) , Ruby , Mejah 

Then, aktiviti surfing tak leh nak lama bebenor, sebab kitaorg kena bergegas balik hotel untuk sidang media plak. Setiap Trip Media, PC adalah wajib. Maklum lah, kot2 lah ada benda nak tanya ke, musykil ke , tak puas hati ke, masa nie lah kita nak bersuara pun. Wakil sponsor turut menghadirkan diri untuk sama-sama berkongsi dan menjawab segala persoalan media.

Batik303_DSC_2800cherating
Dewan di Impiana Beach resort for Sidang Media.

Batik300_DSC_2807cherating    
Diantara orang-orang penting dan Sponsor.

Batik301_DSC_2821cherating

Then, bila dah habis beramah mesra dengan pelbagai soalan, masa untuk dinner. Yeaaah, pelbagai menu disediakan. Memang kenyang perut lah. Part yang paling best, sambil makan ada live penyanyi buat show. Macam-macam lagu di persembahkan, dan YY terjebak untuk aktiviti Poco – Poco. Aduhh !! dah macam apa ntah tergedix-gedix, tak sangka ramai yang nak join sama menari tarian wajib setiap kali opis YY ada function. Auwww, kitaorg siap ada kelas poco-poco yer uolss, jgn marah kalau YY ‘terlebih’ pandai . Ahaaaaksss.

Yeaaah, itu lah dia aktiviti hari ke-2 YY di Cherating. Nanti sambung citer hari ke-3 plak yer. Nak balik pun, ada lagik benda yang kami buat. The best part is, bila kami dibawa untuk kenduri durian, dan belajar sesikit cara untuk mengenal durian melalui rupa duri dan bentuk durian. Ilmu jugak tue tau.


*** Opss, silap. Lepas jer Sidang Media, sebelum Dinner. Kitaorg di beri peluang menarik sekali lagi. Dengan membuat aktiviti melepas kan anak penyu kepantai. Lebih kurang 50 ekor anak penyu yang akan kami lepaskan kepantai bagi meneruskan kehidupan di habitat sebenar. Sedih kot bile dapat tahu, yang anak-anak penyu nie susah nak hidup, purata kalau dari 50 ekor tue, hanya 4 ekor sahaja yang akan hidup. Auww, moga penyu-penyu yang kitaorg lepas kan ini, banyak yang dapat hidup dan membantu dalam proses pembiakan supaya penyu tidak pupus.


Batik300_DSC_2825cherating
Anak Penyu yang akan dilepaskan.


Batik301_DSC_2832cheratingBatik302_DSC_2850cherating
Teruja tapi sedih jugak, harap anak penyu selamat di lautan



Batik300_DSC_2844cherating


Trip Media nie, dah macam lawatan sambil belajar tau. Hari ke 2 macam-macam benda baru yang YY dah belajar. Memang tak rugi lah ikut trip nie. Dapat ilmu baru, dan dapat kawan baru jugak.

So, nanti kita sambung hari terakhir YY di Cherating dan apa yang kami buat sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.













7 comments:

  1. wow..bestnyer..singgah dan follow..dari blog mak Dara..

    p/s : http://nyteamlife.blogspot.com/2012/07/islamic-cinta-sejati.html

    ReplyDelete
  2. bestnyer dpt join trip camni..canting batik tu nk sgt2 try..xpnh try even duk ganu jer..hehe

    ReplyDelete
  3. saya terjah dari blog mak dara ^__^

    http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. untunglah hehe....dpt belajar benda baru dan melawat dalam Malaysia dulu...tu la, I rasa I nak melawat seluruh Msia dulu baru pgi luar negara...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. waaahhh... seronok dan nampak enjoy nyaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. tu surfing atas pasir ke atas air??hehehe

    ReplyDelete
  7. nampak seronokkkkkkkk.


    #fyqa dtg dr blog Mak Dara :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah