Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem 8 Jam | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum, 

Haaa, 8 Jam adalah Filem yang ditunggu-tunggu ramai orang. Filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham, dah mula keluar semalam. Tapi, belum ada kesempatan nak tengok. Alah, kan semalam YY ke Majlis Anugerah Stail EH 2012. So, kebetulan tengah bizi duk jadi paparazi, snap gambar artis sana, snap gambar artis sini. YY dapat call, berpeluang join Movie Day Out 8 Jam , malam nie. Arghh , seronok nya nak pi nonton wayang sama Yana Samsudin dan Saheizy Sam.


Hokey, nanti dah tengok baru YY boleh review ya sayang. Nak siap-siap nie. Harap2 jalan tak jem nak menuju ke Subang nun. Cuaca pun nampak macam nak ujan jaa. Happy nak kenal-kenal dengan geng YSF. Auww, tema pink kita malam nie yaa. :))



Hero 8 Jam - Saheizy Sam.

Heroin 8 Jam - Yana Samsudin


SINOPIS FILEM 8 JAM



ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.



Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.



Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.



Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.



Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.



Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.


TRAILER
















P/S : Sokong Industri Filem Malaysia.






6 comments:

  1. eeee...besh nyer......msti swonok nnti kan.......

    ReplyDelete
  2. waa.. bestnya.. xajak pun.. ha ha..

    ReplyDelete
  3. macam menarik je filem ni.. mcm filem2 cina yang berkisarkan tentang kehidupan kongsi gelap di jalanan

    ReplyDelete
  4. perghhh... lama giler kot tak join press screening nie... tengok sendiri je la nanti...

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhh mcm menariksss tertarikssss la filem ni.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah