Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#KembaraMediaDesaru | Desaru Fruit Farm

Assalammualaikum,

Kisah percutian YY bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel ke Desaru bersambung untuk hari ke-2. Kisah hari pertama SINI dan pasal LEGOLAND MALAYSIA SINI. Kami bersarapan dengan pelbagai jenis menu termasuk Dim Sum. Dim Sum di Bayu Marina Beach Resort nie sedaaap dan memenuhi citarasa tekak YY. Agak menarik , sebab tak pernah lagi YY bekpes dengan makan Dim Sum.

Desaru Fruits Farm301Desaru Fruits Farm302
Menu for bekpes, Dim Sum

Selesai bekpes, kami di bawa ke Desaru Fruits Farm , kat sini kita boleh lihat pelbagai jenis pokok buah-buahan dan tanaman herba. Ada yang mungkin korang tak pernah tengok pun. Terutama nya YY teruja apabila melihat Pisang seribu Biji. Serius YY tak tahu pun wujudnya pokok pisang yang panjang berjela nie. Siapa ada pantang tak leh pegang, sebab kalau perempuan takut beranak ramai sangat. Dan kalau lelaki jadi ‘gatal’ terlebih. Memasing amik gambar, memang tak ler berani nak pegang kan.


Desaru Fruits Farm012
Selamat Datang ke Desaru Fruit Farm

DSC_4135DSC_4141
Sebelum dan selepas ( Buah Naga )

Desaru Fruits Farm003Desaru Fruits Farm010Desaru Fruits Farm400Desaru Fruits Farm401
Kedongdong , Limau Bali , Markisa , Durian Belanda


Desaru Fruits Farm093Desaru Fruits Farm094Desaru Fruits Farm095
Punya teruja tengok pokok pisang unik nie.



Dan, di Fruit Farm nie jugak pertama kali YY cuba air markisa, memula tue nampak buah. Dalam hati duk kata, issh sedap nie kalau dapat rasa. Camne eh rupa dalam buah markisa nie. Sekali, ada peluang minum air markisa. Sedap nya, memang kena dengan tekak YY sebab rasa dia macam masam-masam sikit. Siap biji markisa nie YY kunyah-kunyah jerk. Memang pengalaman baru bagi YY, di tambah pulak bila tengok buah durian dan mangga duk bergayut rendah atas kepala YY jerk.



Desaru Fruits Farm098Desaru Fruits Farm501
Air Markisa dan buah markisa yang masak.


Desaru Fruits Farm101Desaru Fruits Farm212
Mangga dan Durian bergayut di atas kepala jer.



Bukan setakat buah-buahan, dalam Desaru fruits Farm jugak ada Mini Zoo. Ada kambing, Arnab , Ayam serama, Burung unta , Kura – kura , Beruk , dan macam – macam lagi. Korang boleh pegang dan bagi makan. Satu sifat yang YY baru tahu tentang kambing masa lawatan nie. Bahawa, kambing tidak akan makan sisa kambing lain. Contoh : YY bg kambing A sayur kangkung, then kambing A gigit dan YY tarik. Kira air liur kambing A dah kena lah kat sayur tue kan. Bila YY bagi sayur tue ke kambing B , C , D dan lain-lain. memang kambing – kambing tue akan hidu ja. Taknak langsung di makan sayur tue. Bila YY bagi balik kat kambing A, habis semua sayur di kunyahnya.



Desaru Fruits Farm700


Desaru Fruits Farm300
Arnab yang jinak , pandai duduk diam ja.

Desaru Fruits Farm013Desaru Fruits Farm014
Ayam serama dan Kura - Kura


Desaru Fruits Farm509Desaru Fruits Farm514
Bagi makan Kambung dan Burung Unta


Sangat tak sama kan dengan kita manusia. Blasah jer apa depan mata. Kata Sharing Is Caring. Tue belum part share makan dengan ibu ke, adik – beradik ke. Konsep nya tak nak membazir. kan, Kalau korang ada peluang, boleh try kalau korang ada jumpa kambing jinak lah. Jangan pulak pi try kat kambing ganas, takut korang terbang nanti kena tanduk. Muhahahahhaha.


Desaru Fruits Farm405
Bloggers Santai melepas kan lelah jap.


Lepas seronok bermain dengan binatang – binatang yang jinak, kami di bawa untuk mendengar penerangan mengenai madu lebah. Madu lebah Asli yerr. Banyak khasiat madu lebah nie rupanya. Diantara yang YY dapat pasal madu lebah nie. Kalau yang asli, cara simpan tak leh letak dalam peti sejuk. Biarkan pada suhu bilik. Dan lagi lama madu di simpan, adalah bagus. Dan warna akan menjadi semakin gelap jika madu disimpan lebih lama. Siap YY dapat rasa madu lebah tongkat ali. Rasa nyer manis2 kelat gitue.


Desaru Fruits Farm018Desaru Fruits Farm021
Pelbagai jenis madu

Desaru Fruits Farm221
Tongkat Ali

Bila sampai waktu makan tengahari, kami di jamu dengan pelbagai jenis lauk, yang juga ada di campur dengan buah-buahan. Siap dapat makan pelbagai jenis buah, memang puas hati. Durian depan mata, melambak sangat. Larat dengan tak jerk nak makan. Sambil makan, siap boleh karaoke. Orang pertama yang nyanyi, terus hujan turun dengan lebat nya. Muhahahaha, memang terbaik lah. Sejuk sikit bumi yang masa tue agak sedikit panas.

Desaru Fruits Farm022Desaru Fruits Farm027
Masa untuk menjamu selera. Semua buah itu adalah original dan boleh dimakan yaa.


Desaru Fruits Farm601Desaru Fruits Farm603Desaru Fruits Farm604Desaru Fruits Farm630Desaru Fruits Farm631
1. Asam Pedas Pari Desaru ( menggunakan buah markisa ) . Lauk yang paling best.
2. Udang Butter
3. Sotong goreng tepung
4. Gulai Pisang masak lemak Cili Api.
5. Tomyam bebola ( Menggunakan Air Kelapa )


Desaru Fruits Farm750Desaru Fruits Farm036
Menkmati durian dan teh cina


Desaru Fruits Farm043Desaru Fruits Farm223
Masa untuk karaoke , Boleh tahan jugak suara team RTM ( Selamat Pagi Malaysia nie )
Ali dan Akmal *Bila kita nak pi karokss niee*





Dalam suasana hujan lebat, hari pun sudah melewati waktu petang. Tamat lah lawatan kami ke Desaru fruit Farm. Terima Kasih banyak kenapa yang berkenaan. Korang kalau nak merasa pengalaman melihat pelbagai Agro Tourism boleh terjah Desaru Fruit farm.


Desaru Fruit Farm
No. 1 Hentian Penawar,
Sg Cemaran, 81900, Desaru Kota Tinggi, Johor.
Telephone: +607 822 5886/ +607 822 3886
Fax: +607 822 4886



 
Balik ke Bayu Marina beach resort untuk Press Confrence dan makan malam. Nanti sambung citer lagi eh. ~~~~
 



 
P/S : Makan buah baik untuk kesihatan.





2 comments:

  1. Desaru fruit farm
    walaupun xjauh dari rumah xpernh lagi nak menjejakkan kaki ke situ..Insyallah teruja jugk nie nak gi..hehe

    ReplyDelete
  2. gambar yang last lelaki sebelah kiri tu mr.henry kan ? hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah