Assalammualaikum,
Hai uolss, brenti jap cerita pasal travel. Maklum lah, banyak sangat bercuti, so banyak pulak yang nak kena hupdate. Semput2 nak kejar dateline. Sampai tak terkejar dah, rasa macam wartawan bertauliah taaau. Muhahhaha.
Restoran Brisik
So, YY nak citer pasal makan-makan di Brisik Restoran yang menyajikan makanan Indonesia dan Thailand. Xyah korang nak susah-susah pergi 2 tempat berbeza untuk memenuhi citarasa Jawa dan Siam. Food Review Ramadhan nie dianjurkan oleh Restoran Brisik dengan kerjasama My Little Wing dan ditaja bersama Semplot , Heinz dan Majalah Aroma dari Suri Media.
Cara nak ke Restoran Brisik yang terletak di dalam bangunan Jaya One, Petaling Jaya. Haa, tak tahu eh kat mana Jaya One nie, alah kalau korang lalu Federal Highway, then ikut sign macam nak pi PPUM, then korang terus ja, sampai nampak Jaya One kat belah kiri korang. Taraaa, dah sampai. kejap jer dari Federal ke Jaya One dalam 10 minit gituee.
Demo Masakan oleh Restoran Brisik
Sempena Bulan Ramadhan , Brisik Restaurant menydiakan menu Buffet dengan harga yang berpatutan iaitu RM45nett bagi Dewasa dan RM22.50nett bagi kanak – kanak. Dengan menamakan sebagai Juadah @ Maghrib pelbaga menu disediakan. Buffet Ramadhan disediakan dari 23 Julai 2012 – 15 Ogos 2012.
Terima Kasih Hartina jemput YY ke Food review nie.
Kami dengan produk tajaan Hashbrown Simplot dan Majalah Aroma
Barang tajaan dari Heinz
Barang tajaan dari Heinz
:: DI Antara Menu Juadah @ Maghrib ::
RESTORAN BRISIK
STARTER :
rojak buah grilled veggies fried honey chicken
Gado gado fruit salad keropok
Tahu bakar pasta salad fried mee
MAIN COURSE 1 :
Ikan bakar such as kembung pepes / pari / tilapia/bawal/lele/seafood
Rice with lalapan
MAIN COUSE 2 :
steamboat on each table with varieties
Serve in pot with tum yam sup and chicken soup
DRINK :
panas : es :
Kopi ‘ o ’ air suling
Teh ‘ o ‘ es selasih
Nescafe ‘ o ‘ es cincau soya
DESSERT :
mixed kueh nyonya and etc.
Spagetti dan Hashbrown Simplot
Sate Gulung dan Daging Dendeng Grill
Set Steamboat
Ruang Outdoor di Restoran Brisik
Brisik nie siap ada ruang Oudoor yer yang boleh muat hingga 35pax dalam satu-satu masa. Kira kalau korang berminat, boleh sangat ajak kengkawan reramai buka posa kat sini. Makanan sedap, tempat pun selesa. Kalau booking awal, 1000pax pun boleh. Boleh buat tempahan awal untuk menyenangkan korang.
Ucapan dari Wakil Simplot, orangnya ramah sungguh.
Sedap lah Hashbrown nie, korang boleh try cari di pasaraya berhampiran.
Muka teruja dah kenyang yer memasing.
Bakal Pengantin belajar cara ‘ngorat’ baby.
We are Bloggerr suka makan LOL.
Diantara Blogger yang Hadir
TEMPAHAN
Name of restaurant : BRISIK restaurant
Cuisine : Indonesian Siamese Cuisine
Add : 10-01 Palm square
Jaya One
72, jalan University Petaling Jaya Selangor
Tel : 03 79586681
h/p : 016 616 3666 . 012 257 6868 .
service day : everyday
Terima kasih
Heinz – www.heinz.com
Simplot – www.simplot.com.my
Majalah AROMA
P/S : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan uolsss.
wah. yana pun da buat entri ni
ReplyDeletegambar2 yg kak sha snap sume hilang sbb terdelete dari henpon..sob sob sob..nasib baik Hazman kasi kak sha copy gambar2 dari blog beliau :)
ReplyDeletebestlaa dpt mkn2 free.. :)
ReplyDeletenice review la yana....tapi lagi suka lagi tengok ekpresi muka awak... cute laaa
ReplyDelete