Assalammualaikum,
Wee ~~~ nak sambung kisah YY bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel ke Langkawi untuk Day 2. Kisah sebelum nie, korang boleh terjah kat SINI. Bila dah lepak kat Hotel Fave yang best itu. So, tempat yang kitaorg semua pi dah tentu lah best jugak. Pepagai lepas bekpes kitaorg semua gerak ke Pantai Pasir Hitam.
Pantai Pasir Hitam salah satu pantai yang agak unik kerna Pasir di tepi pantai nya bewarna hitam. Kalau korang nak tahu kenapa Pasirnya menjadi hitam , ce korang baca kat picca bawah nie.
Mengapa Pantai Pasir Hitam terjadi.
Nampak tak kehitaman nya pantai itu,
Selesai kat Pantai Pasir Hitam, kitaorg pun menuju ke aktiviti ManGrove dan berpusing-pusing di kawasan sekitar pulau di Langkawi. Teruja sangat. Walaupun dah pernah melakukan aktivti camginie, tapi setiap pengalaman tue berbeza.
Melihat kehidupan beruk di Pulau. Gigih mencarik makan.
Melalui Gua yang memisahkan 2 kawasan.
Belangkas bagi sesape yang tak kenal yaaa
Di Gua Kelawar dan Kilim Geoforest Park
Teruja mengenali belangkas.
Selesai aktiviti di laut, we all di bawa ke Wild Life Park, Tempat nie memang best dan sesuai untuk semua golongan. Kat sini kita berpeluang bermanja dengan binatang yang ada. Siap boleh bagi makan tue. Ada memacam haiwan yang ada kat sini seperti Pelbagai jenis burung , buaya , beruk , kambing dan banyak lagi lah.
Di Bird Wild Life Park
Santai melihat show di Wild Life Park
Teruja Burung di Tapak tangan
So, kalau korang pun nak rasa seperti apa yang YY dah alamai, korang boleh terjah Wild Life Park nie. Memang best ler. Masuk pun tak mahal punya, ada Mycard takyah nak risau. Harga mampu untuk korang.
Bird Paradise Wild Life Park
Lot 1485 , Kg Belanga Pecah,
Jalan Air Hangat,
07000 Langkawi, Malaysia.
Tel : 04-9665855
H/P : 010-7789619
Sila Lah Terjah Facebook Bird Paradise Wild Life Park
Credit Picture to Tebu Photography
Selepas tue , kami di bawa ke Underwate World untuk melihat hidupan laut plak. Tempat nie macam Aquaria kat KLCC tue. Korang boeh tengok pelbagai jenis hidupan laut, ikan pari besar giler, dan korang boleh lihat betapa panjang nyer duri pari yang boleh bawak maut tue.
Antara Hidupan yang terdapat di Underwater World Langkawi.
Underwater World Langkawi
Zon Pantai Cenang,
Mukim Kedawang,
07000 Langkawi, Kedah.
Tel : +604-955 6100
Fax : +604-955 6103
Website : www.underwaterworldlangkawi.com.my
Day 2 bersama Santai Travel dan Tourism Malaysia agak memenatkan, tapi seronok giler. Banyak benda yang YY dapat pelajari. Dengan Trip nie jugak YY dapat kenalan baru dari kalangan Media. Best sesangat. Peluang bercuti macam nie memang satu peluang yang amat berharga. Seperti yang YY selalu katakan, walaupun kita pernah lakukan satu-satu benda tue, tapi pengalaman tetap berbeza.
Video Ikan Menyumpit Makanan, Layaaaaaan
Korang kena perhatikan betul2 kat air tue, ikan akan menyumpit roti yang di lekatkan di tiang. Mesti korang akan rasa teruja dengan keunikan ikan ini. :))
P/S : Tak kenal , Maka Tak Cinta
tak nampak sgt ikan sumpit tu la..eh,
ReplyDeleteorg kate belangkas uh sedap. xpenah makan. huhu. oh, btw benda paling sayang suke mase g langkawi nie bile tgok penguin .. comel je jalan. hahaha ;)
mcm alien la pulak belangkas tu.. hehe
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaa cmbest jek. nk g jgk !
ReplyDeletehahaha.. setuju dengan meuzangelo.. macam predator la belangkas tu.hahaha
ReplyDeletetak me g pandai are ambik gambar berkualiti....hehehe
ReplyDeleteyeahhh terjah entry yana sbb kak sha nak repeat langkawi soon insyaAllah
ReplyDelete