Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Penawar Penat Oleh Rasulullah.


Penawar penat oleh Rasullullah

"Apakah kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada
apa 
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk
tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) 33
kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik
untuk 
kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan

menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah
s.a.w. 
ini. Katanya 
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan
kepadaku."

Sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan
tugas-tugas
harian supaya mengamalkan membaca 
'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali) 
pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan),
Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)"










Apa ada pada 29 Mei 2012 ??




Pada tarikh ini dua tahun lalu kisah nya bermula,
suka, duka terpaksa di tempuh jua,
Bila ia berlaku, semua harus di harungi.
Adakah kerana terpaksa?

Bila hati mula berkata,
Adakah benar apa yang di lakukan,
Minda celaru, berfikir untuk melarikan diri,
tapi, bila allah telah menetapkan takdir nya begitu,
Semua di teruskan walaupun hati bagaikan x rela.

Sekeras-keras kerak nasi, kalau di siram air akan lembut jua,
Cukup sekadar memahami, bukan hobi menyakitkan hati,


Kini selepas dua tahun berlalu,
Kisah nya masih sama, macam tue je,
Adakah kesudahan, kita tunggu dan lihat ,
Kalau sudah tertulis jalan nya begitu,
Redha kan ajer,

Yang pasti,
Apa yang berlaku kan ada hikmah nya.
Jangan di tangisi jika penghujungnya kesedihan,
Tapi senyum lah jika pengakhirannya kebahagian.










P/S : Rindu pada DIA , sob, sob, sob !!!





Bila Bertindak Tak Guna Akal, Menyusahkan Orang lain Laaaah !!!!!


Wee ~~ morning uols. Pepagi nie YY dah hangin. Geram betul. Buat spoil mood jerk. Kisah nya, ada orang pepagi dah cari pasal. Mana tak nya, gigih nak pi keje cepat, sekali sampai kat parking tengok berlaku sesuatu yang menyakitkan hati sesangat. Kalau korang pun mesti rasa apa yang YY rasa. Kuang asam, siput sedut betul. Menyumpah bagai nak rak ler tadik. Korang tahu apa yang jadi, meh sini YY tepek gambor yerrr.







Haaa, nampak tak apa yang berlaku. Hai lah manusia, rumah ko takde tong sampah ke sampai kena campak ke bawah. Saya tak lapar nak makan nasi beriani kamu tue yerr. Sengal betul lah. Dah ler baru semalam YY pi cuci kete, sekali hari nie nak kena pi lagik. Bongok tul. Gigih tau YY pepagi membersihkan sisa-sisa makanan yang di campak oleh orang yang tak bertanggungjawab. Hadoi, ini ler nasib kalau duk umah tetinggi, parking plak sesak. Dapat pulak ada orang yang tak guna akal buang sampah merata-rata. Eeeee, sakit betul hati. Nasib dalam kete memang ada simpan air botol.


Nie nak bagitau kat kamu yang tak guna akal tue. Tolong lah buang sampah di tong sampah. Xyah sesusah nak campak kot tingkap. Sejarah nya, kawasan rumah YY nie pernah ada tragedi budak kena batu-bata, ntah beruk mana baling batu-bata dari atas, kebetulan dia lalu . Haaa nasib ler tak mati, tapi dapat ler masuk paper metro muka depan. Susah kalau mentaliti orang kita yang bertindak tak guna akal nie. 



P/S : Cuba untuk bertenang , walaupun hati sakit.



Food Trail Langkawi | Restoran Nasi Ayam Pak Ya


Assalammualaikum,


Wee ~~ Hai uolss. YY nak citer pasal makanan ler hari nie. Korang kalau berjalan mesti nak makan yang sedap-sedap dan harga pulak berpatutan. So, seperti yang korang tahu, kisah YY ke Langkawi bersama Family , yang  tak baca lagi tue ada kat SINI yaaa. Kebetulan seminggu sebelum YY ke Langkawi bersama keluarga, kan YY ada pi Langkawi bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel SINI . Wah, berbelit-belit nak citer kan. Berjalan jerk koje nya. Sampai lama dah YY tak melepak dengan kengkawan tersayang. Sibuk dengan travel jaaa.


Jadi, bila dengan Tourism, YY pun ada lah kekenal dengan orang dari Tourism Langkawi . Kebetulan sekarang Langkawi memang baru lancarkan Food Trail, segala makanan yang patut kita try ketika berada di Langkawi. Korang kalau nak tengok senarai yang ada boleh terjah ke Facebook Tourism Langkawi SINI. Bila bab makan, berusaha lah YY untuk menerjah segala kedai yang ada. Tambah plak bila dengar cerita orang Tourism Langkawi pasal makan buat YY terliuq. Tapi, apa kan daya. Hanya ada satu jerk kedai makan yang YY dapat terjah, gegara bila kitaorg pi ada yang tutup atau menu yang kitaorg nak try tue takde kerna kehabisan bahan mentah. Aduh !! memang kecewa giler. 

Di Depan Restoran Nasi Ayam Pak Ya

Menu di Restoran Nasi Ayam Pak Ya

Muka teruja dan lapor


Jadi, YY berkesempatan ke Restoran Nasi Ayam Pak Ya. Sebelum nie YY dah pernah pi kat SINI , tapi tak tau pulak yang Restoran nie tersenarai di kalangan Restoran Food Trail Langkawi. Unik nya di Restoran nie, siap ada Nasi Ayam Telur. Haaa, mesti korang tertanya-tanya kan. Nasi Ayam telur nie , ayam nyer di balut dengan telur. Memang terbaik ler, tambahan plak ayam nyer masak garing dan sedap yaaa. Terutama tang kicap ngan sambal nya. Fuhh !! duk menaip nie dah terliuq dah.

Cendol terbaik tourrk

Nasi Ayam Telur

Makan time


Korang kalau pi Langkawi, boleh terjah Restoran Nasi Ayam Pak Ya niee. Memang korang tak kan rugi punya. Memang sedap dan kena dengan tekak kita orang Malaysia. 


Restoran Nasi Ayam Pak Ya
No. 85 & 86, 
Persiaran Mutiara, Pusat Dagangan, Kelana Mas 
Langkawi, Kedah.
No Tel : 6019 563 8320 




# 6 - Langkawi With Tourism Malaysia dan Santai Travel



Weee ~~ sambung kisah langkawi lagik. Lama bebenor nak habiskan. Dah 3 hari, memacam aktiviti kan. So, sambung kisah check in. Sebelum nie ada kisah di SINI dan SINI . Kitaorang di tempat kat di Hotel Fave Langkawi. Hotel baru yang mula bertapak di Langkawi. Salah satu Hotel di bawah Aston International Hotels, Resort and Residences. Korang kalau biasa pi Negara Indonesia, mesti tahu pasal Aston nie. Hotel diowg selalu cecantik dan harga pun berpatutan.



Fave Hotel terletak di Mukim Padang mat Sirat, 5 minit jerk amik masa kalau nak ke Pantai Chenang. Memang strategik lah tempat nya. Nak pi Underwater World pun leh jalan kaki jer tau. Yang paling best, terutama blogger macam YY nie, mesti lah Wi-Fi Free. Xyah sesusah kalau korang nak online sentiasa. Dalam bilik siap ada TV LCD dengan Astro . Kalau yang memang penonton tegar TV, korang mesti teruja punya. Bilik yang sangat selesa dan sejuk mata memandang.

Bilik yang selesa.

Bilik dengan kelengkapan TV LCD dan Internet Percuma

Bilik Air Bersih


Mempunyai 97 bilik lengkap dengan penghawa dingin yang dilengkapi alat kawalan jauh , tempat tidur dan bilik mandi yang selesa, kunci blik dengan system keselamatan elektronik serta sambungan Internet dan Wifi berkelajuan tinggi secara percuma. Sesuai lah dengan Tagline Hotel Fave ini Fun , Fresh & Friendly .

Ruang Cafe

Kolam renang , boleh berenang


Korang kalau pi langkawi, boleh ler terjah Fave Hotel nie. Memang best dan menarik sangat. 

Rate :
Superior : RM 268 nett
   Deluxe : RM 288 nett



Fave Hotel 
Chenang Beach - Langkawi
Mukim Padang Mat Sirat
Tel : 04-9556600
Langkawi.Favehotels.com



******************************************

Malam ke-2 kami di Langkawi, diadakan PC buat semua rombongan Media. The Best Part is , wakil dari Aston International Mr. Norbert Vas sanggup turun padang dari Indonesia untuk bertemu kami para rombongan. Memang bagus lah. Acara di mulakan dengan ucapan aluan dari Santai Travel En Azlee Halim, kemudian Mr.Lau dari Orient . Termasuk lah amanat dari orang penting Aston International Mr Norbert Vas yang berpengalaman hampir 17 tahun dalam bidang perhotelan.


Mr. Norbert vas menerima cenderahati dari Santai Travel

Mr. Lau dari Orient menerima Cenderahati dari Wakil Santai Travel.

Orang penting Kembara Media Fotografi

Bila dah PC kan, mesti ada sessi soal jawab. Memasing boleh tanya soalan sesuka hati kekalu ada kecelaruan atau persoalan di minda tentang hotel , trip atau apa saja yang berkaitan dengan Kembara Media Fotografi. Bila dah selesai acara Press Confrences, dah tentu ler sessi makan2. Memang terbaik lah bila kitaorg di jamu dengan gambing golek, dan pelbagai lagi jenis makanan. Terima Kasih Fave Hotel Langkawi. Siap dapat ole-ole beg comel dari Aston International.



Terima Kasih sekali lagi Fave Hotel Langkawi kerana menyediakan penginapan yang selesa sangat dan makanan yang di jamu turut terbaik. Korang kalau ada peluang pi Langkawi, boleh ler duduk kat Hotel Fave nie yaaa.









P/S : Bila tempat selesa, Makan pun sedap. Mesti bahagia kan :))



# 8 - Langkawi With Tourism Malaysia dan Santai Travel


Assalammualaikum,

Wee ~~ tak habis lagi kisah ke Langkawi bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel. Bila nak pi bercuti, mesti ler ada orang yang menguruskan segala benda seperti bus untuk perjalanan , tempat mana nak makan, mana yang best nak pergi. So, sini YY nak citer pasal Travel Agency yang telah bersusah payah menguruskan kami ahli rombongan media. Thanks to DISCOVER ORIENT HOLIDAYS. Kerna menaja perjalanan yang Ohseeem ini. Thanks to Mr Lau yang menjadi tonggak utama sepanjang perjalanan kami ke Pulau Langkawi.


Discover Orient Holidays ( DOH ) adalah sebuah Agency Perlancongan yang telah bertapak selama 20 tahun di Malaysia. Mempunyai rangkain yang sangat luas, kini turut mempunyai pakej bagi Muslim yang ingin melancong ke luar negara.Bermula pada tahun 1992 dan bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat Global. Kini DOH adalah salah satu agency "Top Inbound Tour Operator in Malaysia " yang sangat kuat di dalam perlancongan seperti Hong Kong , Taiwan, China dan Indonesia. Mempunyai lebih daripada 20 buah bus, tiada masalah bagi DOH untuk menguruskan percutian yang terbaik.

Mr. Lau menerima Cenderahati dari Editor Santai Travel En. Azlee Halim

Di depan Restoran Makan tengahari

Ketika Sidang media. Bertapa happy nya trip bersama Daily Orient Holidays

Sepanjang perjalanan kami ke Langkawi, Pengurusan masa dan tempat makan memang best lah. Semua duk blasah makanan laut. The best part is bila dapat makan Udang Lipan. Kalau orang yang tak biasa, memang tak makan punya.  Tempat2 yang kami lawat turut menarik dan memberi pengalaman baru buat YY dan ahli romobongan Media Kembara Fotografi. 

Orang penting untuk Trip Ke Pulau Pangkor

Terima Kasih sekali lagi buat Mr Lau dan Discover Orient Holidays. Korang kalau nak pi bercuti secara terancang, boleh calling2 DOH dan mana tahu Mr. Lau akan buat korang mengalami pengalaman percutian yang terindah.


Sales office:
C-0-1, Block C, Megan Avenue 1
189 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur, Malaysia
T. + 603 2166 0666        
F. + 603 2166 3766
E. outbound@discover-orient.com.my

Operation office:
B-9-5, 9th Floor, Megan Avenue 1
Block B, 189 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur. Malaysia
T. + 603 2166 2666 / 2166 9954       
F. + 603 2166 2663 / 2166 5766

Operating Hours:
9.00am - 6.00pm ( Mon - Fri )
9.00am - 1.00pm ( Sat )
Closed on Sunday and Malaysia Public Holidays





Credt Picture To @Tebu Fotografi






P/S : Percutian Terancang adalah lebih menenangkan.




# 7 - Langkawi With Tourism Malaysia dan Santai Travel


Assalammualaikum,

Wee ~~~ nak sambung kisah YY bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel ke Langkawi untuk Day 2. Kisah sebelum nie, korang boleh terjah kat SINI. Bila dah lepak kat Hotel Fave yang best itu. So, tempat yang kitaorg semua pi dah tentu lah best jugak. Pepagai lepas bekpes kitaorg semua gerak ke Pantai Pasir Hitam.

Pantai Pasir Hitam salah satu pantai yang agak unik kerna Pasir di tepi pantai nya bewarna hitam. Kalau korang nak tahu kenapa Pasirnya menjadi hitam , ce korang baca kat picca bawah nie.

Mengapa Pantai Pasir Hitam terjadi.

Nampak tak kehitaman nya pantai itu, 

Selesai kat Pantai Pasir Hitam, kitaorg pun menuju ke aktiviti ManGrove dan berpusing-pusing di kawasan sekitar pulau di Langkawi. Teruja sangat. Walaupun dah pernah melakukan aktivti camginie, tapi setiap pengalaman tue berbeza. 

Melihat kehidupan beruk di Pulau. Gigih mencarik makan.

Melalui Gua yang memisahkan 2 kawasan.

Belangkas bagi sesape yang tak kenal yaaa

Di Gua Kelawar dan Kilim Geoforest Park

Teruja mengenali belangkas.


Selesai aktiviti di laut, we all di bawa ke Wild Life Park, Tempat nie memang best dan sesuai untuk semua golongan. Kat sini kita berpeluang bermanja dengan binatang yang ada. Siap boleh bagi makan tue. Ada memacam haiwan yang ada kat sini seperti Pelbagai jenis burung , buaya , beruk , kambing  dan banyak lagi lah.


Di Bird Wild Life Park

Santai melihat show di Wild Life Park

Teruja Burung di Tapak tangan

So, kalau korang pun nak rasa seperti apa yang YY dah alamai, korang boleh terjah Wild Life Park nie. Memang best ler. Masuk pun tak mahal punya, ada Mycard takyah nak risau. Harga mampu untuk korang.


Bird Paradise Wild Life Park
Lot 1485 , Kg Belanga Pecah,
Jalan Air Hangat,
07000 Langkawi, Malaysia.

Tel : 04-9665855
H/P : 010-7789619

Sila Lah Terjah Facebook Bird Paradise Wild Life Park

Credit Picture to Tebu Photography




Selepas tue , kami di bawa ke Underwate World untuk melihat hidupan laut plak. Tempat nie macam Aquaria kat KLCC tue. Korang boeh tengok pelbagai jenis hidupan laut, ikan pari besar giler, dan korang boleh lihat betapa panjang nyer duri pari yang boleh bawak maut tue.





Antara Hidupan yang terdapat di Underwater World Langkawi.


Underwater World Langkawi
Zon Pantai Cenang,
Mukim Kedawang,
07000 Langkawi, Kedah.
Tel : +604-955 6100
Fax : +604-955 6103




Day 2 bersama Santai Travel dan Tourism Malaysia agak memenatkan, tapi seronok giler. Banyak benda yang YY dapat pelajari. Dengan Trip nie jugak YY dapat kenalan baru dari kalangan Media. Best sesangat. Peluang bercuti macam nie memang satu peluang yang amat berharga. Seperti yang YY selalu katakan, walaupun kita pernah lakukan satu-satu benda tue, tapi pengalaman tetap berbeza. 



Video Ikan Menyumpit Makanan, Layaaaaaan

Korang kena perhatikan betul2 kat air tue, ikan akan menyumpit roti yang di lekatkan di tiang. Mesti korang akan rasa teruja dengan keunikan ikan ini. :))



P/S : Tak kenal , Maka Tak Cinta 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah