Assalammualaikum,
Weee ~~ setelah sekian lama, lama tak lama sangat lah. Baru YY nak mula story pasal trip YY ke USS , Singapore. Universal Studio Singapore salah satu wishlist YY jugak. Akhir nya tercapai bersama-sama adik beradik PRS. Memang kitaorg selalu buat keje giler, tetiba plan terus jadi jerk.Tapi sebelum tue, jgn korang pening plak tgk gambar bersepah. Tetiba rasa susah plak nak nyusun gambor nie semua.
Tips Ke Universal Studio Singapore ( Budget )
We all, stay kat Tune Hotel, JB. Alah dekat Danga Bay tue. 3hari 2malam + 12 Hours Air Cond. + Towel & Free Essentials toiletries kit cuma RM 143.50. Then boleh tambah Bus ke USS cuma RM 23 pergi dan balik. Murah kan. kira penginapan ngan transport ke USS cuma RM235.50. Kitaorang kan berempat, so bahagi 4 sorang tak sampai RM60 pun. Saja lah nak kasi budget kot-kot ada yang bercita-cita nak ke USS kan. Boleh booked online jerk kat TUNE Hotel nyer web SINI.
Tiket USS
Tiket USS korang boleh beli kat TUNE hotel tue. Harga kalau weekend cuma SD74 lebih kurang RM180. Se elok nyer beli sehari awal, takut kot habis tiket nya. Nangis jerk kalau datang dari jauh tapi tak dapat masuk kan. Bus tunggu depan hotel ja, ikut masa yang ditetapkan. Tak yah nak menapak jejauh. Tiket USS kalau beli kat TUNE hotel boleh pakai duit Malaysia. So, kalau korang nak tukar duit pun untuk makan dan shopping lah. Kalau nak jimat, bawa jer bekal sandwish sebab makanan dalam USS agak mahal. Kalau nak budget,memang sesuai bawa bekal air dan makan.
Gigih beratur nak 'merasa' Transformer.
Bus dan urusan Imigresen ke Singapore ( USS )
Kitaorg dapat bus pagi kul 8.30. So, turun jer dah ada Bus Persiaran yang menanti. Bus punya besar, tapi ada dalam 10 org jerk. Mungkin bukan musim orang nak ke USS, so takde lah sesak kan. Dari Hotel ke Woodland amik masa dalam 20minit, xjauh pun. Lepas settle semua urusan kat Imigresen, terus lah menuju ke USS. Imigresen kalau naik bus, sampai kat situ kita urus sendiri, jangan risau Bus akan tunggu sampai semua settle. Korang cuma bawak passport jer. Kalau xde masalah, kejap jer settle. Ada dua laluan Imigresen yang korang akan lalu, memula Malaysia dan kemudian Singapore.
Bila dah beli awal tiket, takde lah korang kena bersesak nak membeli kat kaunter USS tue. Jgn buang masa, terus jer masuk. But, jgn terpedaya dengan Locker masa nak masuk. Sebab bukan semua permainan tak boleh bawa beg. Tips lah kan, bila masuk jerk kat pintu Utama, baik korang ke sebelah kiri dulu. Ada Madagaskar. YY pun ikut tips kengkawan yang dah pergi. Kebetulan pagi lagi, pengunjung pun x berapa nak ramai. Semua tempat kitaorg x beratur lama pun. Kejap jerk dapat merasai keseronokan setiap games yg ada.
Yang paling best dan teruja adalah Transformer. Kalau tak masuk sangat rugi. Korang akan rasa macam nak naik banyak kali jerk. YY sempat naik 2x, dah yang lain pening-pening lalat. Tips nak naik banyak kali ialah melalui lorong Single Rider. Kalau tidak, merasa lah beratur sampai sejam lebih. Mahu kelenguhan kaki. Kat Mumia pun, YY terjah sengsorang jerk. Apalagi, guna laluan Single Rider, kejap jerk dah dapat naik. Yang Mumia nie RollerCoster yang agak seram . Maklumlah hantu nak balas dendam kan. Memula kepala pening gak arr lepas habis tue, tapi recover dengan sibuk bergambar. Kalau dah giler bergambar, macam tue laaah.Pening pun boleh hilang.
Bila petang sikit, ada show perarakan dari semua tarikan utama USS. Memang seronok lah. Macam-macam karakter ada. Sempat lah YY ngan geng amik gambar ngan klon Charlie Chaplin. Pengalaman menarik bila dapat naik boat Madagaskar, tgk Show kat WaterWorld. Tonton Show 4D Shrek. Ada jugak games yg korang kena pakai baju hujan sebab potensi basah kuyup adalah amat cemerlang contoh nya kat LOST WORLD. Nasib alang pakai baju hujan, sebab dia yg paling basah sekali. Eh, pendek kata semua best lah. Kalau ada rezeki korang boleh terjah USS nie.
Ok, nie kisah YY di Singapore. Kalau korang ada apa nak tanya, YY sudi membantu. Tapi apa yang YY tahu lah. Dalam masa 2 bulan YY dah berjalan ke 3 tempat.
Lupa nak citer, bila balik korang akan naik bus yang sama dari USS. Masa sampai Bus akan bgtahu pukul berapa dia akan pickup dan kat mana. Jadi korang kena lah hafal no plat bus tue eh. Bus akan hantar terus ke Tune Hotel, tapi cam biasa kat Immigration korang tetap kena turun yaa. Chack passport semua. Ok ?? Kalau ada apa2 tak faham boleh email YY ya. Selamat ber enjoy korang.
PENGIRAAN BUDGET KE USS.
Tiket USS - RM 180 / SD 74 ( Boleh beli di TUNE HOTEL guna duit malaysia jer )
Penginapan di Tune Hotel ( Danga Bay, JB ) - 3hari 2malam + 12 Hours Air Cond. + Towel & Free Essentials toiletries kit = RM 143.50
Tambang Bus dari Tune Hotel ke USS = RM 23.00 ( Pergi dan balik )
So, bawak duit SD kalau korang nak shopping di USS jer, sebab Hotel dan tiket USS boleh beli pakai duit Malaysia di Tune Hotel.
Jangan lupa bawak Passport yang belum tamat tempoh ya.
Lupa nak citer, bila balik korang akan naik bus yang sama dari USS. Masa sampai Bus akan bgtahu pukul berapa dia akan pickup dan kat mana. Jadi korang kena lah hafal no plat bus tue eh. Bus akan hantar terus ke Tune Hotel, tapi cam biasa kat Immigration korang tetap kena turun yaa. Chack passport semua. Ok ?? Kalau ada apa2 tak faham boleh email YY ya. Selamat ber enjoy korang.
PENGIRAAN BUDGET KE USS.
Tiket USS - RM 180 / SD 74 ( Boleh beli di TUNE HOTEL guna duit malaysia jer )
Penginapan di Tune Hotel ( Danga Bay, JB ) - 3hari 2malam + 12 Hours Air Cond. + Towel & Free Essentials toiletries kit = RM 143.50
Tambang Bus dari Tune Hotel ke USS = RM 23.00 ( Pergi dan balik )
So, bawak duit SD kalau korang nak shopping di USS jer, sebab Hotel dan tiket USS boleh beli pakai duit Malaysia di Tune Hotel.
Jangan lupa bawak Passport yang belum tamat tempoh ya.
p/s : Sila jangan muntah tgk picture beribu lemon :))
Seronoknyer...teringin nak g kat sini lah...
ReplyDeletewoahh mcm best!
ReplyDeletebestnyeeeeeeeeee. untung la dah jalan² ke sana. ;)
ReplyDeleteseronoknye makcik. arghhh jeless..
ReplyDeletewahhh ... bila lahh nak sampai kat sini ..
ReplyDeletetiket uss ade jual x kat tune hotel?
ReplyDeletetiket uss ade jual x kat tune hotel?
ReplyDelete@reels : boleh, ada citer kat atas.
ReplyDeletesalam yana.. nak tanye isu immigration macam mane ye? kalau amek bas yg tune hotel ni provide, just make sure bawak pasport je ke?
ReplyDeletetgh plan nak pegi ni.. :)
Pergi sini kalau badget dalam SGD100 je cukup tak kalau tak termasuk untuk beli ticket ? Saje nak tanya sebab tengah plan nak pergi.
ReplyDeleteassalamualaikum... bole x bg details pg ke singapore nek pe,, psl pasport n imigresian
ReplyDelete@Syamira : Cukup rasa nyer, sebab tiket USS baru SD74.
ReplyDelete@Miss Finnie : Urusan Imigresen senang jer, yang penting passport belum tamat tempoh.
dlm tu ada surau tak?
ReplyDeleteTiket uss rm180 2 per day kn..is it ad lg game kt dlm 2 yg kne bli tiket lain?
ReplyDelete@Ummu Aiman : Dalam tue ada surau.
ReplyDelete@Ziera Danial : takde dah, dalam tue yg lain semua free kecuali makan lah. Still kena bayar.
nk tanya kalau dari kl nk ke hotel tu dengan flight macam ne ye?tengah nk tgk option mana lg murah. tdo kat singapore or tdo kat johor je..huhu..
ReplyDeletewahhh...bile la agaknye dpt p sini :)
ReplyDeleteagk2,bp duit yg sy kne tkar tuk masuk s'pore erk...ermmm,suma mknn bli kt johor...hehehhh...
ReplyDeleteAgk2 nya bp byk duit yg sy prlu tukar erk...ermm,mknn suma tapau dr jb...duit tu juz standby...shopping ckit2 je...
ReplyDeleteagak2 bp jmlah duit yg prlu d tkar erk...brmalam d JB, n bawa bkalsn pun dr JB...
ReplyDeleteagak2 bape duit yg prlu d tukar?brmalam d JB...
ReplyDeletef
ReplyDeleteg
ReplyDeleteAssalamualaikum awak. bestnya. tak sabar nak jejak kaki situ. hohoho. thanks for all info dear :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. bestnya. tak sabar nak pergi lusa :)
ReplyDeleteSalam.. surau tu kt bhg mane? ade blogger lain kata xde surau dlm uss. maybe dia x jmpa kot..
ReplyDeletebende ni ikot agensi ke?ke trus pegi je ke tune hotel tu then blh bli tiket ke uss trus??
ReplyDelete@Hanis Atiqah : Sendiri tak guna agensi. beli jer dekat tune hotel tuee
ReplyDeleteSalam akakkkk saya nak tanya ni, saya nak book tune hotel untuk 3 hari 2 malam ni but, kat yg package type tu kan, nak ambik berapa quantity utk aircond 24h + towel + toiletries tu? 1 ke 2 ke 3? Sebab 24h tu kan utk sehari je, padahal kita kan stay 3 hari. Hee. Thanks akak and kalau boleh reply ehhh (:
ReplyDelete@IH : Kalau econ amik 24 jam pun ok, sebab dia akan ikut penggunaan. soo kata lah hri pertama guna 4 jam, then esok sambung lagi 6 jam , then sambung lagi hari ketiga. Sebab ikut penggunaan sehingga habis 24 jam, bukan ikut sehari 24 jam. pasal towel dan toiletries better bawak sendiri utk jimat, tak yah amik hotel punya.
ReplyDelete"Due to security reasons, only the Guest named in the Booking Confirmation is allowed to check-in"
ReplyDeleteyang ni saya baca kat bookings n cancellation kat page hotel tune tu. betul ke dia check? habis tu mcm mana boleh lepas 4 org sebilik kak? alaa hope dia tak check la hmm nak save duit.. and btw thanks utk jwpn soalan previous! hee
nak tanya mmg boleh beli tiket uss kat tune hotel tue ke...lagi satu, harga sebilik tu tok bpe org
ReplyDeleteSharing yang bagus. Informative. Thanks. By the way, if anyone interested to buy Entrance Tickets of Singapore at promotion price - you can also contact me. :) My location in Johor Bahru. All kinds of tickets available such as: USS - SEA AQUARIUM - NIGHT SAFARI - CABLE CAR - SINGAPORE ZOO - MADAME TUSSAUDS - WINGS OF TIME - GARDEN BY THE BAY & etc! Visit Love Travel on Facebook! CLICK here >> www.facebook.com/lovetravel86
ReplyDeleteFrom: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com