Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Azura 2012



Wee ~~ seperti yang sedia maklum, YY berkesempatan menghadirkan diri ke Mala Gala Filem Azura 2011 di GSC One Utama. Filem yang bakal di tayangkan kepada umum 2 Februari 2012 ini dibintangi oleh Neelofa dan Shah Jaszle. Arahan Pengarah terkenal Aziz M.Osman. 


Pengarah : Aziz M.Osman
Syarikat Penerbit : Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta, Drama
Tarikh Tayangan : 02 Februari 2012
Durasi : 98 min
Barisan Pelakon Azura: Neelofa (Azura), Shah Jaszle (Zek)),Afdlin Shauki (Tan Sri Putih), Erma Fatimah (Yusni), Afida Es (Nek Wan)


Sinopsis
Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa di kelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.
Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibili Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan cuma akan rosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh ambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek. Zek terima itu sebagai satu cabaran.

Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani penghidupan baru. Kerana kurang pengalaman dan kelayakkan, Zek susah hendak mendapat kerja yang selesa. Akhirnya dia terpaksa bekerja sebagai attenden di stesen petrol. Manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawar bekerja diluar negara. Tekanan kerja telah menjejas emosi Zek. Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan meninggalkan Azura.

Azura terpaksa membuat pilihan, samada meneruskan cita citanya atau terus setia menanti suami.




TRAILER





REVIEW
* Sebagai pelakon baru, lakonan Neelofa ok dan Shah Jaszle agak baik.

* Melihat percintaan sampai ke Paris dan London,buat ramai rasa nak ke obersea.

* Ada sedikit unsur2 lucu, dan touching.

* Tapi bagi YY,masih blum dapat tandingi Filem Asal Lakonan Ogy Ahmad Daud dan Jamal Abdillah.

* Bila tgk ShahJazle,YY terbayang kan pelakon asal Jamal Abdillah, camne eh??

* Cerita cinta yang ringan,dan boleh ditonton.


Bintang 3/5.


**********************************************

Buat sesape yang minat Neelofa dan Shah Jazle, korang patut tgk Filem nie. Aksi romantik pasti buat korang rasa nak pi bercinta. Tambah plak bila dapat kawan ngan orang kaya kan, kan, kan. 




Diantara luahan Neelofa ketika sidang Media :

“Saya begitu sedar watak Azura sangat besar dan keramat kerana impak lakonan yang ditinggalkan oleh Ogy. Saya sudah berusaha untuk memberikan penghayatan terbaik tanpa asas dan pengalaman lakonan di dada. 

Tidak adil jika orang membandingkan lakonan saya dengan Ogy kerana beliau hebat dan berpengalaman berbanding pelakon baru seperti saya,” katanya. 

Neelofa berkata jika dilihat pada sudut positif, cabaran dan kesulitan menggalas watak itu sangat berguna dan baik untuk perkembangan kerjaya lakonannya.

Selain menjadi profil yang bagus untuk saya, ilmu dan pengalaman dalam menjayakan watak ini sangat berguna bagi memantapkan mutu lakonan.
Saya berharap ia akan jadi platform yang baik bagi perkembangan karier lakonan,” katanya.




p/s : Kosongkan Minda ketika Menonton



5 comments:

  1. okkk.... awak mmg kite nye antara information centre la... hehehehe... tq for the update :)
    akan menggagahkan diri ke panggung2 terdekat :)

    ReplyDelete
  2. ouhh..baru ingat nak pegi tengok tapi klo 3/5 bintang,macam malas la pulakk...hehe

    ReplyDelete
  3. best ke? tapi I tak minat sgt dengan shah jaszle tu.. neelofa mmg best..

    ReplyDelete
  4. hah, baca review kat kakiwayang cam lagi kejam..ni cam tapis2 lagi..=p

    kurang feel la cite neh...leh menguap dalam panggung..haha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah