Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Menternak Lemak di Ayam Penyet Wong Solo



Wee ~~ ada yang rindu kah. Lama sungguh YY tak hupdate nie. Ada yg PM YY tanya awat tak hupdate lama. Maaf lah yerr, kesibukan kerja membataskan waktu YY nak hupdate Blog. Nie pun baru balik dari Cameron Highland. Nak packing barang plak sebab esok YY akan ke JB selama seminggu ikut Bos. Haisssh, makin bersawang lah Blog camnie.

But, bukan kisah di Cameron Highland yang YY nak citer, tapi citer menternak lemak kat Wong Solo. Haaa, bukan kat Indonesia yaaa, tapi kat Ampang ja. Restoran Wong Solo nie memang sedap. Berbeza dengan Ayam penyet yang YY pernah rasa. Idea nak makan kat sini dari Achik sebab dia dah pernah try. Selalu sangat citer nak bawak, tapi asik takde kesempatan ja. Peluang kami nak berdating akhirnya menerjah lah ke Restoran Ayam Penyet Wong Solo niee.


Bila dah makan, memang tak tipu. Sedaaaap giler weei. Harga pun berpatutan.Tak ler mahal mana. Setiap set lebih kurang RM 10.90 . Ada set Ayam , Set Ikan dan macam - macam lagi. Bak kata Angah yang pernah makan di Indonesia Menu nie. Memang sama dan sesedap di Indonesia.


Ayam nya lembut + Sambal yang sedaaap pedas lakss tuee. Memang terbaeik dan pilihan tekak YY. Tak rugi menerjah ke sini. Nak tahu kat mana Restoran nie ?? Sape tahu Galaxy Ampang Shopping Center. Haaa, depan Galaxy tue ada IPD kan. So, Restoran Ayam Penyet nie dekat sebelah ja dengan Galaxy Ampang. Ada deretan tempat makan, Restoran nie terletak kat tengah2. Tak susah pun nak cari bg yang biasa dengan kawasan Ampang nie.



Makan punya pasal, Muka terujaaa jaaa.

So, apa tunggu lagi. korang kalau ada masa g lah terjah eh. Nanti leh cerita kat YY plak apa korang rasa lepas makan kat Restoran Ayam Penyet Wong Solo nieee. Sharing Is Caring kaaan.

Muka happy dapat makan sampai tinggal tulang,muhahhaha

Sessi Menternak Lemak tak pernah Habis. Nanti YY citer makaan kat tempat lain plak. Muhahahaha, Dah mcam JJCM siri Blog plak. :))



p/s : Mengidam minum sirap jaaa. 




Mee Ketam Shah Alam , terbaik toukkk


Wee ~~ tadi duk tengok JJCM kat TV3, diowg duk terjah Mee Bandung Udang Galah kat S.alam. Tetiba terfikir, Eh, nie yang kat sebelah kedai Mee Ketam kan. Hari tue memang YY ada menternak lemak kat Mee Ketam nie. Idea melepak bersama Mejah ( pemilik terbang tinggi tinggi ) dan Rayyan ( pemilik the big small boy ).

Sekali dah makan, memang rasa nak makan lagi. Dah ler sedap, murah pulak tue. Memang menu yang terbaik. Teruja kot bila makan makanan berasaskan ketam dan harganya murah gilerrr. Ada pelbagai menu, Kalau pergi reramai,boleh try semua menu.

Teruja Dapat maaaakan.


Terliur Tak??

Menu YY pada hari itu adalah Mee Kari Ketam , Mejah dengan Nasi putih bersama Kari Ketam dan pilihan Rayyan Nasi putih bersama Ketam Masak Cili. Seriussemua menu menang sedap. Sampai rasanakulang lagi untuk menu malam. Muhahahhaha, makan nyapasal hidup aje memasing.

Haaa,murah kan.


Lai Chi Kang & Ketam Cili.

Apa kata korang terjah kedai Mee Ketam nie kalau ada kelapangan. Tak rugi rasa nya mencuba. Ce layan Video dari Rayyan untuk peminat Ketam .


Mee Ketam ,
Seksyen 7, Shah Alam
Di belakang Unisel
Berdekatan dengan Petronas

Dibuka dari 12.30tgh - 10malam 
Dibuka setiap hari kecuali Isnin.

p/s : lepas nie nak g try Mee Bandung Udang Galah kat sebelah ja ngan Mee Ketam



Bersyukur lah Jika Masih mempunyai Ayah


Weee~~ Pepagi YY melihat video ini di share oleh kawan YY kat FB . Sebelum nie YY dah pernah tgk,tapi bila tgk sekali lagi. YY rasa sangat touching. Maklum lah, YY dah tak punya Ayah. Ayah telah meninggalkan YY sekeluarga pada tanggal 03/02/2008 . Tahun nie genap 4tahun arwah membuat kan YY sentiasa rindu dengan ayah.Waaa, duk menaip nie pun air mata dah meleleh - leleh.


Fuhh !!! Along rindu semuaaa nya tentang ayah. Semoga Roh ayah Tenang di sana. Walaupun ayah dah takde, tapi ayah tetap dihati along. Sebab tue dimana saje YY tetap menggunakan nama Yana Yassin. Kerna mahu ayah sentiasa berada di mana saje YY berada. Buat korang yang membaca nie, hope dapat lah sedekah kan Al-Fatihah buat arwah ayah YY yerr.Terima Kasih sangaaat.




p/s : Hargai apa yang kita ada, kerna bila kehilangan pasti kita akan merindui.




#1 Wordless Wednesday | Kesayanganku



Family Kesayanganku



p/s : Tetiba Mood tak mari nak hupdate blog. Maaf Yaaaa :))

*Picture di Pulau Pangkor 


Resepi | Sup Tulang Blasah :))


Wee~~ di pagi ahad yang nyaman, dengan angin sepoi-sepoi bahasa. YY nak share ngan korang mood memasak secara tiba-tiba yang muncul dalam diri ini. Eceeeh, ayat tak leh blah kan. Punya semangat, teringin nak makan Sup Tulang, so YY pun mencuba lah memasak. Serius, sedaaaaap.Muhahhahaha. Nasib tak masuk spital. Kira ok lah tuee kan. Meh YY nak share resepi blasahan.

Bahan : 

Tulang( dah tentu lah, nama pun sup tulang )

 
  bawang , halia , bawang putih , herba campur  ( bahan tumis ).

Garam
Cili Padi
Rempah Sup
Sup Bunjut


Cara - cara :


Rebus Tulang.
Tumis Bahan tumis.
Masukan bahan tumis dan sup bunjut di dalam rebusan tulang .
Tunggu hingga empuk, masuk kan rempah sup dan cili padi yang diketuk.
Tulang empuk, masukkan bawang goreng dan gram secukup rasa.

Siaaaap. Senang kan.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taaaaaraaaaaaa !!!


Sup Tulang





p/s : Makanan Berasaskan sup memang kesukaan YY




Review | Hantu Dalam Botol Kicap


Weee ~~~ MIG ada Filem baru lagi. Kali nie dari genre Komedi Seram. Filem ke-55 dari MIG. Memang terbaik lah. Filem arahan Azhari Zain. Sebelum nie pengarah yang lebih dikenali sebagai Zack telah mengarahkan Filem Santau , Mantra , Flat 3A dan Keramat.

Terima Kasih sangat kepada MIG sebab bagi peluang YY ke Majlis Pra-Tonton Filem Hantu Dalam Botol Kicap.Lakonan Zaliff Sidek ( Epui ) , Mon Ryanti ( Rina ) , Wawa Zainal ( Puteri ) , Mikail Andre( Azri) dan Angah Raja Lawak ( Hantu Kopek ).Penuh panggung sampai seat depan untuk Pra-Tonton kali nie. Perkembangan yang sangat baik untuk Industri Perfileman Malaysia.



Sinopsis :


Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.

Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. 

Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah. 




Review :
Genre pun dah Komedi Seram, dah tentu lah lawak tak henti. Paling lawak bila bab Angah sebagai Hantu kopek. Dengan "kopek" melayut, sure buat korang terbahak. Dan ce korang bayangkan, Angah Raja Lawak masuk dalam Botolkicap yang cenonet tue. Tak tercapai akal kan.

Kisah adik-beradik yang suka bergaduh nie, biasa dah. Kita pun biasa gaduh2 kan. Tapi dalam HDBK,menggambarkan air di cincang tak akan putus. Bergaduh camne pun, bila melibatkan darah daging kita tetap akan sayang. Termasuk watak nenek yang memula tak suka ngan cucu - cucu yang baru kenal. Tapi last2 sayang jugak.

Watak Zalif Sidek ( Epui ) dalam HDBK turut mengundang tawa. Adik yang manja dan selalu menimbulkan masalah adalah punca kepada Hantu keluar dari botol kicap. Ada yang tak perlu nak buat aksi lawak, cukup dengan dialog spontan boleh buat satu panggung pecah dengan gelak ketawa. 

Mikail Andre, Korang kenal tak. Dia adik kepada Pierre Andre. Sebagai pelakon baru, ok jugak lakonan nya. Menjadi abg yang suka menyakat dan membuli adik nya epul hingga mengundang masalah. Bab nak mengurat Puteri lakonan Wawa Zainal tue yang tak leh blaaah.

TRAILER




**************************

Menjerit memang banyak kali jugak, sebab terkejut kan. Lawak-lawak dalam HDBK agak menjadi. Harus tekak kering lepas menonton sebab banyak sangat gelak dan menjerit. YY bagi 4 / 5 bintang. Filem yang boleh buat korang release sikit dengan otak yang mungkin serabut dgn masalah. Kosangkan fikiran, fikir nak gelak ketawa jerk.


Angah Raja Lawak

Wawa Zainal

Mikail Andre



So, ajak lah keluarga, kengkawan ,sedara - mara menonton Filem Hantu Dalam Botol Kicap. Boleh buat korang terbahak.









p/s : Coming Soon Filem Adnan Sempit 2, 







Petua Di Jumaat | Kempiskan Perut


Wee ~~ Hari nie YY nak share petua cara nak kempiskan perut. Biasa lah, kekadang pinggang ramping tapi tang perut tak leh nak control. Ada orang kata, buncit sebab banyak minum air. #EhYeke ? Itu YY x pasti lah yerrr. Nak tahu cara paling senang dan kos murah. Mai sini nak habaq.



Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam. 
Minum setiap pagi dan malam. Jika di amalkan selalu insya'alah perut yang buncit akan berkurangan. 


Senang kan. Selamat Mencuba.


( Renungan ) Al-Quran Pembela di Akhirat



AL-Qur'an sebagai pembela di hari akhirat 
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an. 


Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" 


Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." 


Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" 


Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an." 





SHARING IS CARING



#1 Wordless Wednesday | Wawa Zainal #HDBK


Wee ~~~ Apa kata korong layan Video nie dulu sebelum YY Review pasal Filem baru MIG Hantu Dalam botol Kicap #HDBK.






p/s : Jom keje dulu, nanti baru berinternet.



Pra-Tonton Filem | Hantu Dalam Botol Kicap


Wee ~~ Now YY berada di TGV Sunway Piramid . Pra- Tonton Filem terbaru MIG "Hantu Dalam Botol Kicap". Kalau layan trailer nampak macam best jaaa. Genre Komedi Seram, Bakal di tayangkan pada 09 Februari 2012. Mana tahu boleh buat YY gelak terbahak - bahak . Nanti kan preview dari YY yerrr. 




Terima Kasih MIG Online Jemput YY ke Pra-Tonton #HDBK. Mesti ramai Blogger yang ada. Tak sabar nak menonton. MIG memang best sebab bagi peluang kat Blogger menonton Filem terbaru awal dari tarikh tayangan. Seronooook   :))










p/s : Entri AutoPublish. Sekarang tengah sibuk bermesra dengan pelakon #HDBK




Mee Udang Sabak Bernam | B.N.O


Weee ~~ lamanya YY tak hupdate. Sebenarnya YY pergi bercuti bersama keluarga terchinta ke Pulau Pangkor.  Sempena Birthday Ibu dan adik YY Angah. Dah lama kitaorg tak bercuti. So, kesempatan cuti public yang lama, planning ke Pangkor.

But, bukan pasal Pangkor yang YY nak story, tapi pasal Mee Udang Sabak Bernam. Memula Nazri adik Ipar YY yang bukak citer kat Sabak Bernam ada Mee Udang sadap. Memang layan. Ibarat macam Mee Udang Mak Jah laaaah. So, OTW balik dari Pangkor, singgah lah kami ke Sabak Bernam.



Memang rezeki kami nak makan Mee Udang, sebab lepas we all order jaaa. Terus makanan semua habis. Maklum lah, time cuti kan, comfirm orang ramai. Menu yang jadi pilihan kami Mee Udang dan Nasi Goreng Udang. Nak order Laksa Udang pun dah habissss. Kitaorg sampai pun dah lewat petang, mana tak semua makanan dah habis kan.

Menunggu Order sampai

 Nasi Goreng Udang

Meriaaaahnyaaa udang 

Mee Udang

Mesti korang nak tahu kat mana Mee Udang Sabak Bernam nie kan. Terletak di Pusat Rekreasi Bagan Nakhoda Omar ( B.N.O ) . Sebelah jerk ngan pantai. Kat situ boleh main layang - layang. Ada pelbagai warna dan bentuk layang - layang adajual kat sini. Ada jugak Kelong Paradise dekat -dekat situ. Kira kalau dah sampai Sabak Bernam cari jerk sign ke B.N.O,pasti tak sesat punyaaa. Boleh jugak lihat matahari terbenam sambil menjamu selera. Memang buat selera bertambah.


Kusyuk dapat makan ..

Kat sini ada pelbagai menu berasas kan Udang,cam Mee Udang , Nasi goreng Udang , Laksa Udang , Nasi Ayam Udang ,Udang Goreng Tepung  dan macam-macam lagi. Bab Air plak, murah tueee secawan air jus cuma RM2.00 jaa. Kita orang makan untuk 6 menu + air tak sampai RM50.00 pun. Muraaah sangat. Kalau dekat ngan KL mahu pergi selalu. Kuantiti makanan pun agak banyak, berbaloi dengan harga. 


Mee Udang Zaiton
B.N.O Sabak Bernam.
Di buka dari 11pg hingga 7.00malam.




p/s : Antara Mee Udang dan Nasi Goreng Udang, 
YY suka sangat Nasi goreng Udang,yummmy !!! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah