Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Sumpahan Kum Kum


Sambungan dari kisah kat SINI. Now YY nak citer pasal Filem terbaru dari MIG Sumpahan Kum Kum. YY dah dapat rasa yang cerita ini pasti seram. Tgk apa yg dipapar kan kat triler pun dah nampak keseramannya. YY pergi dengan Siti kawan opis. Terima Kasih pada Cik Pen Merah yang bagi peluang kat YY join Pra-Tonton Filem nie di MBO Subang Parade.

Pengarah dan Pelakon Sumpahan Kum Kum


Filem ini telah mengambil lokasi di Ijok dan Kuala Selangor akan ditayangkan pada 26 Januari 2012 nanti. Konsep penceritaan dan latar cerita yang berbalik kepada era 90-an di mana ketika itu heboh dikatakan tentang kemunculan Hantu Kum-Kum di kalangan masyarakat kita. 

filem sumpahan kum kum

Sinopsis Sumpahan Kum Kum

Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

***********************************

sumpahan kum kum
Bila Mila pujuk Mak Tomnak chantek kan balik wajah nyer.

sumpahan kum kum
Mila dah chantek , tidak lagi di kutuk


Review.

Ok, memula citer jerk pun dah nampak keseraman. Part kat Toilet tue, hadoi kalau YY memang tak lah nak g Toilet sengsorang. Then dengar plak suara duk Assalamualaikum,.. kum...kum.. X pasal tragedi berlaku.

Keseraman dalam citernie memang menjadi, Banyak kali jugak YY menjerit. Siap ada yang nangis. Sian orang tue, sampai luar panggung nangis.

YY kagum dengan budak kechik sebelah YY,langsung xde respon. Mungkin sebab dia tak faham citer kot.

Pelakon baru dalam citer nie semua menjadi. Pelakon lawa, bila jadi hantu memang menakutkan betul.

Part paling best,yang last bila Adi di rasuk. Kalau tak silap dia ajuk2 lagi ayat al-quran yang sedang dibaca. Hadoi, masa nie nak bernafas macam dah tak cukup oksigen dah. 

sumpahan kum kum
Bila Adi di rasuk, nak minum darah anak sendiri.

YY memang suka Filem nie. Wajib Tonton bagi sesape yang suka citer hantu. Memang terbaik laaah.

Bintang 4.5 / 5 

p/s : Akibat menjerit, otw balik siap kena singgah beli air.Sakit tekak wooo.





7 comments:

  1. Betul ke sampai jerit2? Mesti seram gila ni.....

    ReplyDelete
  2. citer yang mula2 masuk toilet tuh,tanya semua org mesti tak kan setuju nak masuk gak kan.mas sendiri pun akan ngeri nak masuk keadaan macam tuh,baik tahan je.hahaha.

    ReplyDelete
  3. mesti seram ni..
    bagus la citer seram Malaysia sekarang. Rata-rata menjadik seramnya

    ReplyDelete
  4. whoooa.... Lawa betul la si WAWA ZAINAL tu kan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah