Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik & Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang
senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api...
satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...
Wallahu'alam.
saya sgt setuju dgn entri ni... selamat beramallll... ;)
ReplyDelete