Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah dan belajar di pusat pengajian
tinggi yang sama. Nak di jadikan cerita, mereka ni unaware hari khamis itu
satu test, kira last minute lah baru tahu (biasa lah,student ni
kadang-kadang, ponteng, lepas itu tak nak tanya2 kawan-kawan).
So, mereka berfikir lah, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian
pada hari tu.nak kelentong professor lah ni.
Ada seorang tu, cadangkan rumah terbakar lah,tapi ada yang bantah. macam
tak logik sangat, banyak laks soal jawab nanti dengan professor.
Last2, dapat idea yang mereka fikir sangat bagus. Salah seorang itu telefon
lah si professor tu. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. sekarang
mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh lah ni).
Professor pun setuju lah menangguhkan ujian ke hari isnin depan. lega.
Mereka fikir, sempat lah nak study kejap. Hari Isnin pun sampai. Ujian tu
professor buat kat bilik dia. Yerla,4 orang saja. Senang nak monitor kalau2
ada lah yang nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula. Ada 2
soalan saja.
Soalan pertama, 1 markah. wah, sikit saja. Professor tanya apa nama subjek
ujian yang mereka tengah ambil ni.OK. senang lah kan .
Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau. terkejut. Cuba teka apa soalan yang
professor itu bagi ?
Soalan ke 2 : tayar kereta mana yang pecah ? Macam mana nak jawab? Jawapan
tak boleh bincang. Kalau seorang jawab depan kiri, seorang jawab depan
kanan, yerlah, ada 4 kemungkinan kan, professor boleh detect lah mereka
menipu...... hehehe, tu lah, lain kali jangan menipu profesor......
****************************************
hahaha mmg pdn muka!! tipu2 lagi.. ;p
ReplyDeletesusah nak jawab tu..hehe..tak pasal-pasal fail plak nanti.
ReplyDeletehah sudah.. nyawa dah d hujung tanduk.. silap jawab kantoi..
ReplyDelete