Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Filem Azura 2011 ???


Malam Tadi YY berkesempatan ke Mala Gala Filem Azura 2011. Arahan Aziz M.Osman. Filem romantik lakonan Shah Jazle dan Neelofa. So, nak tahu review dari YY, tunggu yaaa. Now dah nak ke SINI. Apakata korang lihat wajah Neelofa nie dulu. Chantek kan.


 amik pakai phone, tak berapa nak clear.




p/s : Tetiba rasa nak g Paris. Muhahahaaaha.




Filem Chantek | Tayangan Eksklusif dan Sidang Media


Wee~~~ Hai korang. Sihat ke. YY x sihat lah, hari nie dapat MC sebab demam dan sakit mata. So, YY agak serba salah di sini. Terima Kasih Azwan dari Alternate Pictures sebab invite YY ke Tayangan Eksklusif dan Sidang Media Filem Chantek arahan Pengarah Muda Pierre Andre. YY ada citer pasal Filem Chantek kat SINI.




Boleh ke YY pergi dengan mata ala-ala pakai lens merah nie. Kang berjangkit plak kat retis yang hadir kan. Tapi, tadi Doc cakap sakit mata tak berjangkit melalui udara. Makna nya YY boleh pergi lah nie. Demi Pierre Andre, YY sanggup.Muhahahha, mula lah verangan kan. 

See, merah kan mata YY


Dan, YY baru tahu kalau kita demam boleh akibatkan sakit mata. Itu yang Doc cakap lah. Banyak jugak Ubat yang YY nak kena telan. Hurm, dah tua-tua nie macam-macam penyakit datang. Korang pun, Doa2 kan YY cepat sembuh yerrr. Mata dah kelat nie, Nak tido sebentar. Daaa, nak mimpi Pierre Andre jap.



* Mengimbas kenangan Dating ngan Pierre Andre kat SINI


p/s : Sape pergi, jumpaaa nanti yaaa.



Pemenang Anugerah Juara Lagu - AJL26 | Awan Nano


Weee ~~ seperti yang sedia maklum kat SINI YY ada bagitahu nak g tk AJL secara live kan. So, semalam memang gempak habis, happening sangat. Tambah plak dapat seat depan pentas, lagi puas hati tgk. Xleh blah bila air duk turun dari Bumbung. Dah kata Tema Air kan.

Haa, korang pun tahu Hafiz Menang besar Dengan Awan Nano nya. Tahniah buat Dao' M.Nasir kerna berjaya menghasilkan lagu yang cukup puitis. YY duduk hampir dengan M.Nasir. Punya seronok dia bila Awan Nano menang, siap menari-nari tuee. Tahniah sekali lagi Dapat trofi dengan wang Tunai RM 35,000 hokeey.

Bab Persembahan Terbaik, YY menag setuju sangat Alyah menang. Memang best woo. Dapat tepukan dan jeritan paling kuat dalam stadium. Tambahan plak bila Remy Ishak masuk, hadoii ramai yang beri standing ovation. Memang Terbaik laaah.



*tetiba Faizal Tahir berbaju Melayu 

( Nie masa bersahur bersama FT )


Piano  di bakar, wooo itu lagi buat YY teruja. Terkesima kejap orang dalam dewan. Habis jer Faizal Tahir nyanyi, berlumba crew bawak pemadam api ke pentas. Apa2 pun, YY memang puas hati lah dapat tgk secara Live. Siap YY lepaak dengan Penyokong Aizat, ada tue sanggup datang dari Singapore. Memang penyokong setia betul.




Tahniah juga kepada Hafiz kerana berjaya merangkul kedua-dua anugerah iaitu Juara AJL dan vokal terbaik AJL ke-26. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para pemenang kategori lain. Berikut adalah senarai pemenang AJL Ke-26:


JUARA: AWAN NANO - HAFIZ
NAIB JUARA: BERIBU SESALAN – NING BAIZURA/JACLYN VICTOR/SHILA AMZAH
TEMPAT KETIGA: KARMA – FAIZAL TAHIR
PERSEMBAHAN TERBAIK: KISAH HATI – ALYAH
VOKAL TERBAIK: AWAN NANO – HAFIZ
JUARA MOBILE: SEDETIK LEBIH – ANUAR ZAIN




* Nak up Gambar, Cable plak lupa bawak ke opis,










( Lawak ) Bila Ayah Menjeling


Jelingan  ayah...

Kisah  ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka  memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang  tidak disukainya. 

Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula,  dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh
letakkan
semula gula-gula itu  ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat  maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di  celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang  tersepit itu.


Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku  pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam  itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku  dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. 







Sharing Is Caring


* Dari koleksi Email YY.





Anugerah Juara Lagu #AJL 26 | Siapa Pemenang?


Weee ~~ Anugerah Juara Lagu ke -26 akan bersiaran Secara Langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil Ahad nie. Dengan tema Tahun nie, Tema Air. Kalau tgk teaser kat TV3 menarik betul kan. Agak- agak korang sape yang menang eh. YY minat lagu Sedetik Lebih. Hope Jacklyn Victor boleh buat yang terbaik.


Senarai Yang Bertanding :


1.  Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)  Kalau berpacaran- Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet

2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

3.  Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

4.   Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

5.  Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

6.  Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

7.   Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

8.  Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

9.  Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

11.  Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

12.  Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)


YY pun dapat tiket, teruja nak tengok secara live nie. Feel memang x sama kalau kita tgk tv kat umah. Ada sesape yang pergi Stadium jugak ke. Boleh kita menonton bersama.





p/s : Jangan kena simbah air masa menonton sudah, maklum lah Tema Air kan.




Hanya Kerak Nasi Untuk Mak ( must read )




Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg menyayat hati..


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.


Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.


Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.


Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'


Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diabetisnya" .


Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.



Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya...zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.



AMINN




#1 Wordless Wednesday | Let it remain Wordless




  
AUDI : Another Ugly Deutsche Invention
 


BMW : Brings Me Women but Broke My Wallet
 


FIAT : Failure in Italian Automotive Technology 


FORD : Fast Only Rolling Downhill
 


HYUNDAI : Hope You Understand Nothing's Drivable and Inexpensive
 
SAAB : Shape Appears Ass-Backwards
 


SUBARU : Screwed Up Beyond All Repair Usually
 


VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object
 


PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything



p/s : Smile


Manusia , Malaikat Dan Syaitan



Manusia, Malaikat, Syaitan... 

Manusia - Eh, dah subuh dah? 
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh... 
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye.. 

Manusia - Nak makan, laparlah 
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... 
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! 

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? 
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. 
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung! 

Manusia - Alamak, dah lewat! 
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah 
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am... 

Manusia - Azan sudah kedengaran... 
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan 
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah.. 

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa... 
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat 
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok.. 

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa 
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. 
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. . 

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain 
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.. 
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah. 

Manusia - aku telah berdosa.. 
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. 
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat).. 

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! 
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .. 
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu... 

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. 
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu... 
 


 Wassalam...



Manusia hari ini suka sangat sangka - sangka !!!



Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik   &   Ada sangkaan buru 


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang
senyum itu kerana bersedekah,

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api...
satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...
Wallahu'alam.





Sapa Nak Belajar Bahasa Jepun.


Weee ~~ saje lah nak share ngan korang. Nie semua koleksi dalam email lama. Laaaayaaanss.




            Bahasa Malaysia                                        Bahasa Jepun

          1.Yg pemarah                      -                   KEJI CACIMAKI

          2. Yg tak suka brg mahal     -                   SATO SUKAMURA

          3. Yg bisu                             -                  KITA TADASUARA

          4. Yg suka makan tose          -                 NANACHI HITOSE

          5. Yg suka lagu blues           -                 APO NADIKATO

          6.Yg suka belajar                 -                  ASIKO ULANGKAJI

          7. Yg kerap bikin ribut         -                  WAKASI HURUHARA

          8. Yg masih bujang             -                   MATIMATI TAMOKASI

          9.  Yg suka bertani              -                   KENJI SAWAHI

          10.  Yg kaya tapi kedekut   -                   AJI NOMOTO











p/s: camne, ada peluang pandai cakap Jepun tak.


KL - IPOH | Nasi Vanggey


Weee ~~ hari tue kan, alang ada lah buat cadangan nak g Ipoh Naik keretapi KTM. Memula tue YY memang dah ada hal lain, tapi cadangan alang yang agak menarik sebab YY pun tak pernah naik keretapi ekspress nie, teruja jugak nak follow. Sehari sebelum YY ,angah ,alang & Achik  ke KL Central nak beli tiket Keretapi. 

Teruja dah lama tak naik Putra LRT dah guna Token 

Sebelum naik Keretapi, bfast dulu kat McD.

Semua di sponsor oleh alang. Yeaaaah, Tq alang. Agak seronok naik keretapi nie, sebab selesa sangat. Siap boleh online, kekonon blogger tegar. Dalam masa 3jam dalam train, sempat lagi online. Sampai Ipoh, lapar pulaaak. Teringat kat Nasi Vanggey. apa lagi, kitaorg pergi lah mencekik. 

 Nampak, Dalam Keretapi pun boleh Online. Selesa tau.

Muka Teruja dah sampai Ipoh.


Memang sedaaaap sangat nasi Vanggey nie. Tak sia-sia kitaorg naik train 3jam ke Ipoh, Then gerak balik semula ke KL. YY tahu pasal Nasi Vanggey pun sebab selalu tgk kengkwan yang tweet makan Nasi nie kat Ipoh. Gigih lah dalam KTM duk google cari nasi Vanggey nie kat mana. Akhirnya, berjaya jugak makan. Memang sedaaaaaap giler. YY siap bungkus bawak balik KL. Duk menaip nie pun dah terbayang-bayang. Dah ler tengah lapar nieee.

Nasi Vanggey , Ipoh



 
Sekali - sekala buat keje giler camnie, layan jugak. Asyik pusing KL jaaa. Keluar KL pun ok gak. Punya jauh cari makan kan.



* Maaf, ayat tunggang langgang, kepala pening macam nak demam pulak.



p/s : Ada sesape yang pernah makan Nasi Vanggey ??




( Lawak ) Eh, Ayah macam nie pun ada kaaa !!!


Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.




Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"




Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi." 






Winter Sonata, apa punya terhegeh-hegeh laaah.


Weee~~ Sape minat K-Pop.Yeaaah,mesti ramai yang angkat kaki kan. YY x ler giler ngan K-Pop nie, tapi YY minat tgk citer Korea. Sebelum nie YY memang x pernah miss kalau ada Drama Korea kat TV. Kalau yang bersiri tue, sanggup x kuar rumah. Tapi tue semua minat 10 tahun dulu.


Now, tetiba YY teruja nak tgk balik drama-drama Korea. Kebetulan berpeluang bercuti ke Korea hari tue. Nak tahu kisah YY kat Korea boleh lah jengah Kat SINI. Balik kampung, tgk cousin ada plak Koleksi Winter Sonata. For info memang YY tak pernah tgk Drama nie. Bila pergi Nami Island kat Korea, memang banyak gambar pasal drama nie. Siap ada tempat First Kiss Winter Sonata. Nami Island memang sangat chantek, sebab kan Drama Winter Sonata, terus jadi tempat pelancongan wajib kalau ke Korea.



Tapi kan, ada 20cd, agak2 bila lah habis menonton eh. Kalau mengadap ja, mahu satu keje pun x jalan nie. Ada yang dah tgk, kata sedih sangat. Alamak,mahu bengkak-bengkak mata kang niee. Boleh lah feel lebih sebab dah sampai Nami Island, eceeeeh,poyos jer kan. Satu lagi, Drama Present. X tahu lah best ke tidak. Yang nie ada 14cd. Memang tak jadi keje laaah.





p/s : kalau mengadap, mahu blog terabai kang nieee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah