Assalammualaikum,
Weee ~~ Sambung kisah dari entri sebelum nie. Alah, pasal Huawei yang buat event kat Tasik Titiwangsa tuee. Best tau. Huawei buat kempen pengaktifan pengguna ‘Ascend to New Heights’ di Malaysia dengan acara terbuka di Taman Tasik Titiwangsa dari 21-23 Disember 2012.
Pada pembukaan rasmi acara ini, Huawei telah melancarkan tiga smartphone baru dan mengumumkan Midland Network Sdn Bhd sebagai rakan kongsi terkini bagi memperluaskan pengedaran peranti pintar Huawei di Malaysia.
En Tang Siew Wai, Pengarah Pemasaran Rantau bagi Huawei Device Wilayah Pasifik Selatan berkata, kempen pengguna ‘The Ascend to New Heights’ merupakan dorongan agresif bagi memperluaskan kesedaran mengenai jenama Huawei di Malaysia. Huawei menganjurkan banyak aktiviti mengujakan sepanjang berada di Tasik Titiwangsa.
merasa naik belon Panas
View dari ketinggian Belon Panas.
Aktiviti yang diadakan seperti menaiki belon udara panas dan fotografi jumpshot dan jugak kegiatan interaktif seperti Lompat Trampolin dan Cabaran Perlumbaan . Best kan aktiviti yang Huawei buat nie. Pengunjung yang menggunakan Huawei Device juga dapat meneliti telefon pintar dan persanti terbaru di Zon Pengalaman.
Setiap booth ada aktiviti sendiri.
Kempen ‘Ascend to New Heights’ yang dibuka kepada orang ramai, menawarkan lebih 2,000 hadiah termasuk Hadiah Utama berupa pelancongan dibiayai sepenuhnya untuk 2 orang ke Dubai (penginapan 4H3M di hotel mewah 5 bintang disertai penerbangan helicopter sekitar bandaraya, lawatan eksklusif ke bangunan tertinggi di dunia – Burj Khalifa, lawatan ke tempat bersejarah Dubai dan Pengalaman Padang Pasir). Kempen ini adalah mercu tanda penting dalam usaha giat syarikat ingin mendekati pengguna secara langsung.
Di samping tuee, Huawei turut melancarkan telefon pintar terbaru. Ada 3 model tau. Menarik , tertarik memang the booom.
Ascend G330 – Ini merupakan telefon pintar mampu dimiliki yang menggabungkan rekabentuk nipis lagi anggun dengan pemproses teras-dual 1.0 GHz berkuasa yang memaksimumkan prestasi pengkomputeran. Ia juga mencirikan paparan 10.16-cm (4 inci) WVGA TFT, bateri lithium-ion 1.500 mAh yang memberikan banyak kuasa untuk sesi sembang, telefon dan rayauan jangka lama serta pemproses teras-dual 1.0 GHz berprestasi tinggi dengan 512 MB RAM/4 GB ROM dan resolusi paparan sejelas kristal. Harga RM 599.
Ascend G600 – Saiz skrin LCD IPS HD 4.5 inci dan resolusi piksel 960 x 540 dengan Kaca Corning® Gorilla®, telefon pintar ini menawarkan kejelasan visual di atas teras-dual dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.0. CPU teras-dual 1.2GHz dengan bateri Li-Polimer 1930mAhpeneraju industri memastikan Huawei Ascend G600 boleh dicas sepenuhnya selama empat jam, dikuasakan dalam lima saat, teknologi penjimatan kuasa Huawei, dan lebih daripada 15 hari standby mode. Harga RM 799.
Ascend D1 Quad – Telefon pintar terpantas yang dikuasakan oleh pemproses K3V2 teras-quad 1.4GHz Huawei dalam rekabentuk paling kompak di antara semua telefon pintar bersaiz 4.5 inci. Ascend D1 quad memperluaskan alam kemungkinan bagi pengguna dengan sistem operasi Android 4.0 (boleh dinaiktaraf ke Jelly Bean) dan sistem pengurusan kuasa proprietari Huawei yang menyediakan sehingga 30% penjimatan tenaga. Harga RM 1,239.
Kami wakil Blogger yang turut mmeriahkan pelancaran Aktiviti Huawei di Tasik Titiwangsa.
Apa lagi, berkenan tak?? harga pun berpatutan. Kira mampu milik lah. Ramai dah teruja nak guna tipon Andriod. Ini lah masa nyaa. Sehingga 31 Disember 2012, pengguna boleh terus menyertai peraduan belon udara panas ‘Ascend to New Heights’ di laman web www.AscendToNewHeights.com untuk merebut peluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk telefon pintar dan peranti Huawei, kemeja T, pemacu USB dan tiket wayang.
Untuk lebih info, follow dan like Huawei Device.
P/S : Macam nak beli jer tipon Huawei niee