Yeaaah, sambungan dari DAY 1 kat SINI . Pepagi bfast dulu kat Hotel Concorde sebelum checkout dan menuju ke Hulu Selangor ( Teratak River View ). Perjalanan dari S.Alam ke Hulu Selangor mengambil masa kira-kira 2jam.
Teratak River View
Blogger yang menjoin kan diri di Selangor Shine 2011
Aktiviti di sini dah tentu lah 4 to Lubuk Kawah. Sampai jerk, berderet 4X4 duk menunggu kami semua. Dah teruja, dalam hati ketar gak arr. Mana tak nyer, akan meredah pelbagai halangan di dalam hutan, termasuk merentas sungai dengan menaiki 4X4 . Terujaaaaaaa wei. Baik korang tgk gambar jer, mana tahu boleh rasa camne naik 4X4 meredah pelbagai halangan.
4X4 yang pertama tersangkut kat batu. Lama tue proses nak tarik
Yeaaah, berjaya merentas sungai.
Tunggu turn nak seberang sungai.
Masa 4X4 kitaorg merentas sungai. Menjerit mmgg tak henggat. Seram ada,takut ada.rasa best pun ada. Tapi syukur lah kita orang lepas halangan pertama. Bila dah lalu pelbagai halangan ,kitaorang berhenti di checkpoint pertama untuk makan tgh. Best sangat,makan tepi sungai, lauk ikan masin pun jadi sedap giler tau.
Pemandangan sambil makan tengahari
Habis makan, perjalanan di teruskan. Kali nie lebih mencabar. Lalu sungai lagi, dan menaiki bukit yang curam. Dah ala-ala macam keluar dari kubur jerk. Fuhh ~~~ menjerit tak henggat ok. Mahu penghuni hutan terkejut dengar suara kitaorg yang nyaring tue.
Rentas sungai lagi
Lepak jap sebab 4X4 depan sangkut
Menjunam sangat, kagum bila 4X4boleh lepas naik. tinggi dan curam tue.
Kami dalam nie, macam baru keluar dari kubur. kiri kanan adalah tanah.
pemandangan dari dalam 4X4, see curam kan.
Akhirnya sampai kami di tempat yang dituju. Air terjun yang cantik sangat. Air yang bersih dan jernih tanpa di cemari. Sesape yang suka dengan keindahan alam, mmg patut join aktiviti 4X4 nie. Pengalaman yang sukar dilupakan.
Ada orang teruja dapat main lumpur
Aktiviti mandi -manda
Bila dah habis bersuka-ria dalam air, ingat kan nak balik dah. Sekali ada plak 4X4 yang rosak. Kat sini YY sangat kagum dengan semangat kerjasama diantara semua .Mana tak nyer, dlm hutan boleh welding dengan menggunakan batery 4X4 ja. Sesape yang ada masalah dengan 4X4 , pasti ramai yang akan menolong.
Dalam hutan pun boleh
Kelaparan selepas bergoyang-goyang dalam 4X4
Hurm, mesti korang nak tahu macam mana rasa naik 4X4 dalam hutan kan. Sesape yang biasa naik roller coster, ini lagi ganas rasa nyer. Siap air masuk dalam kete, risau macam nak lemas ja. Belum lagi bab tayar masuk dalam lumpur. Fuhh ~~~ mmg terbaik tau.
Semua teruja dan seronok terlampau. pacat naik kaki pun dh tak heran.aeeeeuwww
Dari pagi, sampai malam aktiviti 4X4 nie. Memasing dah kepenatan. Tambah lapar lagi. So, settle kat Teratak River View. Kitaorang terus menuju ke tempat penginapan malam tue di Kalumpang Resort. Kira-kira 20minit dari Teratak River View.
Video yang sempat YY rakam,masa berada dalam 4X4. mmg goyang sikit2 lah video nyerr. Kata dah macam naik roller coster. ce teka suara siap yang menjerit terlebih tueee.
Kalumpang Resort & Trainingg Centre
Tempat penginapan kami tukmalam ke-2. Best tempat nie,resort yang terletak di dalam dusun buah-buahan. Kebetulan sekarang musim durian dan rambutan. Sesape yang tinggal kat sini, boleh jerk nak makan secara percuma.Tapi x boleh bawak balik yerrr.
Malah, kalumpang turut mempunyai penginapan asrama bagi pengunjung yang datang dalam kapasiti yang ramai dan tapak perkhemahan untuk mereka yang sukakan
aktiviti outdoor.
Air di resort nie semua nyer dari air bukit.Sejuk giler tuee. Chalet pun selesa.
Korang kalau suka nak cuti-cuti dengan keindahan alam, boleh menerjah ke kalumpang resort nie..
Gambar di ambil oleh Myravea , Rayyan Harries, Mejah dan Zul
Berkongsi gambar sbb sharing is caring :))
blogger yang turut serta Azree
ok, sambung citer day 3 esok yerrr.
adventurenya yana..
ReplyDeleteseronok kan dapat join aktiviti cenggini, walau takut masa berlakunye kejadian.. bile dah lepas semua... phewww! puas rasanye!
Wow, what an adventure. Looks like a fantastic trip. I've not done such expedition yet, hopefully in the near future.
ReplyDeletebestnyer teringat zaman2 kerja ngan RFC dulu...tiap2 minggu offRoad
ReplyDelete