Weee ~~~ last weekend dari 2hb - 4hb Desember 2011 YY telah menjoinkan diri
untuk Kembara Selangor Shine FAM Tour 2011.
Kembara di sertai oleh Media , Travel Agency , Tour Guide Agent dan Blogger.
Dah tentu lah YY wakil dari Blogger.
Pertama Kali join program camginie. Dah tentu lah Tourism Selangor nak perkenalkan
tempat - tempat menarik yang ada di Negeri Selangor.
Dan Selangor Shine 2011 ini ada lah yang ke-3 dianjurkan oleh Tourism Selangor.
Destinasi berkumpul di Masjid S.Alam. Yang kini dikenali sebagai Blue Mosque.
Punya awal YY sampai, duk pusing-pusing keliling Masjid sebab x tahu check point.
1st Destinasi - TAMAN BOTANI NEGARA S.ALAM
Kemudian dari Masjid kita orang gerak ke Taman Botani Negara S.Alam.
Dulu lebih dikenali sebagai Bukit Cerakah.
Nama jerk belajar area S.Alam tapi YY tak pernah sampai pun.
Taman Botani Negara S.Alam.
Rumah 4 musim, ikut musim kat obersea
Merasa pegang salji dan feelmacam kat obersea.
Dan seperti sedia maklum sekarang adalah musim winter.
Apa lagi, teruja lah dapat merasa main Salji.
Rumah 4 musim ini adalah yang pertama di ASIA.
Di ilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Dato' Dr. Mahathir Mohamad.
Menjadi salah satu tarikan utama untuk sesape yang datang ke Taman Botani Negara S.Alam.
Salji yang terhasil adalah 99% sama dengan yang asli.
Setiap pertukaran musim dilakukan secara semulajadi.
Betapa bijak nyer Idea Mantan hingga menjadi tarikan kepada negara luar.
En. yang menguruskan Taman Herba
Tgk Nama herba nie mesti korunk teruja kan.
Pokok Stevia yang manis, Kunyah daun camtue ja.
Nama jerk taman cendawan tapi kat sini ada di tanam pelbagai jenis herba-herba.
Ada kira-kira 100 jenis herba.
Semua nyer diambil dari sumber hutan.
yang paling YY teruja bila dapat rasa daun Stevia yang manis.
Boleh di gantikan dari gula tebu.
Sangkar Ikan
Pemandangan di Emapangan sungai Baru
Palong Terapung,tempat menjamu selera
Dah penat belajar pelbagai jenis herba,kitaorang di jamu makan tengahari di atas palong terapung. Di Empangan Sungai Baru.
Kat sini ada bela ikan dalam sangkar di antara nyer talapia.
Tapi xberpeluang kami nak pegang ikan secara hidup sebab ikan semua dh di jual. Tinggal sangkar jaaa.
Mmg best kot, menikmati keindahan alam sambil membesarkan perut.
Ada plak monyet-monyet nakal yang duk sibuk nak makan sama.
2nd Destinasi Royal Theatre , S.Alam.
Lepas makan dan Solat Jumaat, we all di bawa ke Royal Theatre.
Mesti semua dah kenal tempat niekan, sebab Maharaja Lawak Mega buat kat sini.
Kebetulan , masa kitaorang datang Boboi tengah buat latihan .
dan sempat lah bergambar dengan OSBON.
Set Maharaja lawak Mega
Pentas siap boleh gerak-gerak lagi.
Tue blum bab x guna aircond tapi udara sejuk yang dibekal dari luar ke dalam Theatre.
Gila canggeh kan. Mmg orang Malaysia sekarang dah mampu membuat sesuatu yang negara luar buat.
RekaBentuk bumbung mempunyai ciri2 kesenian yang unik.berbentuk seperti kipas.
So,lepas nie kita leh tgk teater di S.Alam jugak selain IB.
3rd Destinasi State Library, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Kemudian kitaorg di bawa ke Perpustakaan Negeri yang giler canggeh beb.
Teruja YY,dan rasa rugi nyer bila time belajar dulu xde Library camginie.
Ce bayangkan, mana ada Library yang kita boleh cakap-cakap
( xpayah nak senyap sangat lah ). Jadi ahli pun free je, cuma perlu MyCard.
Percaya lah ini Perpustakaan
Happy plak lepak kat Library "My Second Home"
Ada 3 gym di sediakan , 1 campur lelaki dan perempuan, 1 perempuan sahaja dan 1 lelaki sahaja.
Ada ruang untuk melepak yang sangat selesa,dengan pemandangan tasek di sebelah library.
Mmg konsep My Second Home amat berjaya.
Tempat melepak dalam Perpustakaan
Nak salin panjang, amik gambar senang - apa itu XD Teater
Kemudahan yang disediakan menarik minat generasi muda melepak di perpustakaan.
Setiap hari purata 4,000 pengujung. Ramai kan???
Ada jugak XD TEATER - 6D Ride Motion Experience. Yang pertama di Malaysia.
Dan yang pertama di dunia di buat di perpustakaan.
Jom reramai ke Perpustakaan Negeri kalau nak rasa betapa best nyer lepak di Library.
4th Destinasi, Hotel Concorde, Shah Alam
Penginapan malam pertama kami di Concorde Hotel.
Diberi masa bersiap dan berehat sekejap sebelum ' MediaNight' di Muzium Negeri.
Tema "warisan" tapi cam biasa simple2 sudah.
Xde lah ikut tema sangat.
Happy bila dpt makan
Seperti biasa tak bertuah.
Ada Galaxie Tab tueee.
Kecewa gak lah.
Habis jer sessi makan-makan. Kami dibawa Spooky Tours didalam Muzium Negeri.
Ada banyak pameran berkenaan dengan Ilmu kejadian alam.
Ada part yang seram, siap ada bau kemenyan lagi.
Habis jerk, terus balik hotel. Rehat dan simpan tenaga untuk aktiviti hari ke-2 yang lagi lasak.
semua gambar diambil oleh Rayyan Haris, Myravea, dan Mejah
Ok, sambung hari ke-2 esok.
Babai.
perpustakaan negeri tu yang paling best & menarik tengok nya
ReplyDeleteYana...bestnya! mcmne Yana join ni? nak tau gak...mana tau boleh join lain kali hehehehe
ReplyDeleteBaguslaaa usaha diorang nie....sebab mesti ramai yg tak tahu selangor ade library yang gempak camtu kan...
ReplyDelete