KUALA LUMPUR: Facebook dan Twitter, semalam, gempar dengan berita kehilangan seorang penyokong skuad negara ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Berita Ahmad Firdaus Arham, 26, hilang tersebar di Facebook dan Twitter selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg pakaian dan dompetnya yang ditemui dalam stadium ketika perlawanan akhir Isnin lalu.
Namun, berita terbabit hanya salah faham dan Ahmad Firdaus sebenarnya selamat di tanah air selepas pulang dari negara berkenaan, pagi semalam.
“Saya tidak hilang...saya selamat, semua ini salah faham, sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang.
“Saya juga tidak pergi menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia itu sebaliknya ke Jakarta atas urusan kerja,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana dompetnya boleh ditemui dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan mungkin orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu dan perkara terbabit juga sudah dimaklumkan kepada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Menceritakan kisah sebenar, Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Sabtu lalu.
“Saya kemudian ke balai polis, namun pegawai di situ memberitahu saya masih mempunyai pasport dan tidak perlu membuat laporan berhubung kehilangan dompet.
“Ini hanya salah faham dan saya terkejut apabila nama saya heboh diperkatakan di Facebook dan Twitter kononnya hilang di Jakarta,” katanya.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan bersyukur Ahmad Firdaus kini selamat berada di tanah air.
SUMBER
****** ( ^_^ ) ******
Kan, semua nie salah faham. Patut lah YY tgk kat Twitter Ahmad Firdaus nie semalam duk bising2. Sebab ada orang kata dia saje cari publisiti murahan. Opss, ada ke orang yang saje2 buat camtue eh.
Yang penting Firdaus dah selamat Pulang ke Malaysia. Baguskan, betapa prihatin nyer rakyat Malaysia.
Ahhh, baru tahu pasal ni semalam. Rupanya selamat berada di tanah air tercinta. Alhamdullillah :D
ReplyDeletekesiannya dia kene rompak. tp alhamdulillah la dia selamat.
ReplyDeleteok la tu, tak ape-ape
ReplyDeleteaaaaaaa yana tuka template lg ekk?jelesnyeeee. nk jgk.hahaaa
ReplyDelete