hurm, mood nak menghupdate masih lum mari lah. Ada lah buat blog walk sesikit kan. Baca2 entri, info2 terkini dari blog rakan2 sekalian. Kenyataan nyer kekadang x payah nak tggu berita, kat blog ada je yg dh hupdate berita terkini dulu.
So, bila mood xde, YY nak share satu kisah kat blog Kamal Effendi. YY rasa di sebalik apa yang diperkatakan, ada kebenaran nyer. YY dah minta izinkan tuan tanah pun nak share kat Blog YY nie. Entri yang agak panjang tapi berbaloi baca.
************************************************************************************
Entri dari Kamal Effendi
Dah seminggu tak online Facebook. Bukak jeling jeling then tutup. Sejak segala benda Facebook nak tolong hebohkan melalui Ticker nih memang makin tak selesa nak ber-facebook. Selama berpuasa dari Facebook nih termenung je kuat, buat reflective thinking. Sambil dok jeling jeling profile facebook dalam dua tiga minit rasa lain pulak. Tiba tiba datang satu buah fikiran, analisa mungkin.
Dulu aktif gila kot facebook time awal awal bukak account. Memang life facebook - oriented. Petang orang pergi padang kita tercongok depan laptop. Segala benda nak komen, nak like. Add orang merapu aje. Artis segala. Ades. Tak paham dengan diri sendiri. Nak gelak pun ada (dah gelak pun kat diri sendiri). Kemain rasa best add artis. Haha. When the real point is artis pun manusia kot cuma yang membezakan dieorang pemes je. Tapi itu bukan pointnya disini. Ni nak cakap pasal ragam Facebookers. Dan penilaian ni dibuat melalui pemerhatian serta mengikut pengalaman sendiri.
#1. Post status nak bagi orang terasa/sarcasm.
Yang ni memang berjaya menambat perhatian sebab just imagine kalo anda terbaca status orang then tiba tiba ade satu perasaan timbul, 'aku ke?'. Kalo perasaan itu hadir, maksudnya orang itu sedang menggunakan pendekatan sarcasm dalam statusnya. Yang paling tak menahan, yang dok sarcastic ni ape bijak beno, dah tahu kawan ekau ade dalam friend list, ape motif status nak bagi orang terasa. Mazmumah betol. Munafik pun ade. Sibuk dok nak cari salah orang, salah sendiri tak dibaiki. Alahai. Tahukah kamu bila status sarcastic anda keluar syaitan sedang melompat lompat kegirangan sebab anda telah menjadi hamba emosi padanya? Hmmmm. Nauzubillah. Pastu pung pang pung pang bergaduh. 'Ko dah pehal nak sebuk sarcastic dengan aku.', 'Eh terasa ke?'. Eh terasa ke ni merupakan jawapan paling tak cerdik. Ah gaduh la korang. Jadi hamba Facebook, bawak perpecahan. Kang elok kalo ditegurnya nya secara direct dengan inbox Facebook. Pakai otak anak anak sekalian. Post status yang sarcastic jadi hamba syaitan emotionally. Ingat.
#2. Post yang emo.
Motif? Ini bercakap berdasarkan pengalaman. Hobi dulu suka bercakap dengan wall Facebook bila sedih. Nak buat macam mana, kita tak der kawan. Sob sob. Lawak apa nih anak anak? Sedih consult facebook. Ce bukak Al Quran ke, ambik wuduk ke, solat dan bertenang dulu ke? Sebenarnya yang emo ni kadang kadang dieorang memang sedih. So beware ye kawan kawan kalo ada dalam friend list, tanya lah dieorang apa masalah nya dan jadi pendengar yang baik. Terfikir jugak, dulu sedih cakap kat Facebook kan dah kantoikan diri sendiri bahawa diri ini tak kuat. Muslim mesti kuat. So sila transferkan status status emo anda kedalam doa. Doa senjata mukmin. Ingat.
#3. Post yang takabbur, riak dan segala yang terlibat dengan show off.
'Oh hari ni husband I nak beli kereta baru, Omaigod', 'minggu depan nak pergi London, gembiranyewwwww'. Pang! Sambil aku membaca status status begini, terbit rasa iri hati. Tak memasal share dosa. Yang tu dosa dengki, yang ni dosa riak. Mazmumah lagiiiii. Mak aih, apebenda Facebook nih? Medan dosakah? Ini pun bercakap berdasarkan pengalaman. Aku rasa kalau gembira ada cara lain untuk avoid dari ditulis seperti ingin menunjuk nunjuk. Contoh, 'Alhamdulillah dapat juga suami belikan kereta baru, rezeki dari Allah. Semoga hidup dipermudahkan kejalan Allah dengan kereta baru.' ATAU Rezeki dapat bertandang ke London, semoga Allah memberkati perjalanan pergi dan balik.' Kan manis bukan? Bijak berbahasa pun boleh kurangkan dosa online. Ingat.
#3. Post pasal... Ala kitew dah gumuk, mencinyeww nengok pipi montel montel nieww.
Oi oi oi ni memang mengundang dari diremove. T.T Nak cakap pipi dah gemuk dagu berlapis pun cakap la dengan cermin dalam bilik. Cermin tempat menilik dan mengira jerawat bukan wall Facebook. Lagi lah yang update macam ni biasanya kaum hawa. Apakah dosaku ya Allah ter - melihat gambar wanita sebesar alam yang sedang menggemokkan pipinya dengan status nya : Kitew makin gemokkk >.<. Bukak News Feed pun dah tak senang. Saya bukan apa awak, tanak awak bertambah dosa, mengheret abang, ayah masuk neraka sekali. Nauzubillah. Kalo lelaki dok sibuk jugak upload gambar update pasal jerawat, ah pelik beno tu, ye dak? Kih kih. Rasa macam pernah buat dulu. Insaf -.-
#4. Post dan update pasal politik.
Oh yang ni fokus pada lelaki. Kemain update pasal politik. Segala benda orang buat salah. Bagi laptop free pun salah, naikkan cukai pun salah, harga rokok naik pun bising. Kang datang bala negara kena bom kang baru nak senyap. Tung tang tung tang dok bising pasal politik ni daftar mengundi belom, paling penting solat, baca Al Quran ke tak? Tu tu aurat tu, seluar pendek dah tutup? Hukum hudud punya isu tadak pulak bising tanda sokong. Tolak hukum hudud, menafikan Al Quran. Ye dak? pape pun lu pikir la sendiri. Tak arif lagi nak komen panjang panjang pasal politik.
#5. Post romeo, tak pun juliet (special case).
Rukun bercinta, harus menerima blah blah... OR cinta itu bukan pada nama... sambung lah sendiri. In simple word, jenis yang post status pasal cintan cintun. Dua possibility, sama ada pemilik Facebook tersebut single dan tengah mencari ataupun sedang hangat dilamun cinta. Penuh kat newsfeed, lima minit sekali ada orang ingatkan pasal cinta cinta. Sweetnyewwwww abam. Abam jom kita mencintai agama? Hihi. Kalau tenaga cinta itu dialihkan pada agama, qawiy dah jadinya. InshaAllah daie yang hebat. Ke guanne? InshaAllah. Kalau sayang pada pasangan sama samalah kita menjaga maruah, message kan ade. tapi bercinta tak digalakkan. Huhu. Ingatan untuk diri sendiri juga T.T
#6. Status teka teki.
Ini bukan status tanya pasal teka teki ye anak anak. Haha. Ini berkenaan dengan pengguna facebook yang sangat misteri. Hobinya suka post status yang random berkenaan sesuatu dan meninggalkan tanda soal yang besar dikepala pembaca. Contoh: 'Adakah aku harus teruskan dengan permainan ini?' ATAU 'Siapa yang aku patut pilih? ya Allah bantulah hambaMu ini. Huhu.' Haaaaaa yang ni lepas aku baca mesti dalam hati aku jawab permainan mende? Main nyorok nyorok kewww? Euw euw. Status macam ni ada unsur unsur drama sikit. Kalo baca aku mesti rasa penulis status dalam dilema. Kesian die. Consult Allah awak. Bukan wall facebook. Kadang kadang komen je, 'Pilih ape ni? Nak makan tengah hari lauk ape ke? Duh'. Berat beno dilemanya macam tengah menerajui negara. Hebat.
#7. Jenis Facebooker yang negatif.
Ini memang special edition. Segala benda nak negatif. Status die pun penuh dengan aura negatif. Kita yang membaca pun terus hilang mood satu hari jadi negatif. Kakak, sungguh seelok elok berita itu berita gembira, seolok elok rupa itu ketika senyum. Dalam Facebook pun kena positif, optimistik. Suka baca quote positif yang dipost oleh kawan kawan yang lain. Kadang kadang sangat moving and uplifting mat salleh kata. Boleh jugak memujuk hati yang tengah berduka lara. Simpan tenga negatif kakak dalam tempayan pastu buang kelaut. Kutip iman dan taqwa ganti inshaAllah hari anda makin positif! Haiya Haiya! :)
#8. Kita apa yang kita share.
Reality check. Hari tu satu hari tak bukak Facebook sebab berpuluh orang dok share gambar baby kena kelar. Senangnya kita membuka aib orang lain. Untuk pengajaran tu betol tapi tak payah la gambar yang gedabak sekali. Serius, aku sendiri tak sanggup nak lihat apetah lagi tekan butang share. Aku selalu terpikir, macam mana ape cerita yang kita share, mengundang celaan, hinaan dan cacian masyarakat tu one day jadi kat kita. Senang cite bayangkanlah ibu bapa anda atau keluarga anda yang jadi tumpuan masyarakat. Pahit bukan duggan sebegitu. Nauzubillah. Tutup aib orang, Allah tutup aib kita. Senang :) Kadang kadang terkejut jugak dok share pasal penyakit kelamin lah, nak bela anjinglah. Ingat masyarkat Facebook yang lain sedang menilai disaat anda memaparkan apa yang anda share. Hihi. Paling penting pandangan Allah tu yang kita nak. Pandangn mulia. Amin
Courtesy of Google |
Oleh itu bijaklah menilai dalam ber social networking. Saling mengingati. Mari!
*******************************************************************************************
Apa pendapat korunk, .. YY rasa ada kebenaran nyer. YY pun kalau buka FB bukan mengadap. Lagi banyak menghabiskan masa dengan aktiviti memblog ( ada ke perkataan tue ),muahahahha.. Sebab kekadang boring jugak. YY hargai bila FB menemukan YY dengan kawan2 sekolah dari rendah hingga lah sambung belajar.
* FB jugak boleh buat org putus kawan,.. hurmmmmm !!!
sokong 100% la
ReplyDeleteentry yg sangat menarik, thanks to owner and thanks to YY too coz sharing this good entry...
ReplyDeleteTak suka orang yang bercinta kat wall... Bukak je Facebook, nampak dia balas2 sayang ayang muahh muahhh
ReplyDeleteKalau kadang2 takpe la... Ini setiap masa!!
Memang kena remove la kan...
Benda camtu sepatutnya kita mesej je... Make it private and special...
Satu lagi, tak suka status yang Islamic tapi at the same time mengutuk/mencaci...
Islam tak ajar kita mencaci orang lain...
Kalau betul2 Islamic, kena ayat yang baik2 dan indah... Baru best baca
facebook seperti astro. macam-macam ada
ReplyDeletemcm2 la kita blh jumpa kat fb.org pelik2 pun ade.
ReplyDeletetapi yang best dpaat jumpa kwn2 lama.
IKLAN LALU ~ PON PON PON
ReplyDeleteGA TERBANYAK DI DUNIA BLOGGING . JOM REBUT KAN HADIAH YANG AWESOME .
--> LOMO . DOMAIN . PELBAGAI VOUCHER . RM 30 cash . Topup . SHAWL . MANY MORE <--
http://yayalarhsecret.blogspot.com/p/awesome-ga-in-blog.html
Dulu Dayana igt nk delete FB tapi lepas dpt nasihat drpd kawan yang FB juga boleh dijadikan sbg tempat berdakwah, tak jadi delete and terus post perkara2 yang baik, plus psl perkembangan diri juga utk pengetahuan keluarga. Takde status emo2 nk sakitkan hati orang, insyaAllah.
ReplyDelete