Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Bakal menonton wayang bersama Retis | Misteri Jalan Lama.


Hai korunk, hari isnin muncul lagi. Hari yang selalu org panggil 'blues monday', sebab bila isnin jerk semua macam malas semacam kan. YY cam biasa lah, x monday pun malas jugak. muhahahaha. Hujung minggu nie raya haji kan. Korunk kalau raya haji sambut beria macam raya posa ke?? YY mybe beraya rumah adik satu2 nyer yang dah kawin. Keluarga belah mertua dia buat korban. Saje lah nak merasa beraya kat kg orang lain. Tempat masyarakat JAWA tau. meriah kot.

Halamak, pepagi dah membebel x psal kan. saje nak bgtahu petang nie YY bakal menonton wayang bersama #retis. Filem yang bakal di tayangkan hujung bulan November, tapi YY dah teruja sebab dapat menonton dulu. Terima Kasih lah kat Tayangan Unggul sebab bg peluang best nie kat YY. Bila baca sinopsis dah rasa best.


Sinopsis Filem MISTERI JALAN LAMA


Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang.  Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar.  Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long.  Hidupnya kini diburu gangster.  Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu.  Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya.  Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.   

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya.  Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu.  Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster.  Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’.  Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut.   Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.  Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?




Pengarah
Penulis:
:
(Cerita Asal)
:
(Lakon layar)
:
(Scriptwriter)
Lakonan:
:
Ilya (Pelakon Utama)
:
Indra (Pelakon Utama)
:
Iskandar (Pelakon Utama)
:
Old Lady / Queen Devata (Pelakon Pembantu)
:
Sara ( Isteri Indra ) (Pelakon Pembantu)
:
Botak (Pelakon Pembantu)
:
Zak (Pelakon Pembantu)
:
Zaidi (Pelakon Pembantu)
:
Harak (Pelakon Pembantu)
:
Old Man / King Dewata (Pelakon Pembantu)
:
Pemilik Gerai (Pelakon Pembantu)
:
Awek Botak (Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)


Nampak, barisan pelakon pun dah gempak. Mahu tak teruja nak pi tengok. Hope benar2 best lah kan. Tapi selalu nyer citer hasil tangan Afdlin Shauki mmg terbaeik.

Email dari pihak Tayangan Unggul

Sebelum nie, YY dah pernah bersua muka dengan Liyana Jasmay kat SINI . Kali nie dapat jumpa Vanidah Imran sekali, wah, x sabar rasa nyer. So, sape yang ada malam nie, kita tegur2 lah yer. Boleh kenal2 di alam realiti plak selain dari berteguran di Blog.


Psttt !!! nie YY baru jerk tertengok kat Twitter Hans Isaac. Apa lagi, cepat2 lah call.



Ok Lah, selamat menonton wayang eh.

11.11.11 pun tengok Misteri Jalan Lama dengan para pelakon dan Majalah HAI. Berapa kali nak tgk citer sama daaa.

Apa dah jadi #AstroIPTV Hollywood & Celebrities Night



Haaa, mesti semua nak tahukan apa jadi malam yg penuh glam di #AstroIPTV. Mmg sangat meriah sebab YY dapat bertemu dengan para blogger yg femes amous, dan mendapat kenalan baru dikalangan blogger. Maklum lah, sebelum nie jumpa dalam blog jerk, duk komen mengomen dan tinggalkan jejak. Kali nie jumpa Face to Face, mahu nyer x best.


Ayat2 'Chenta', tuk menang Ipad2


YY g dengan Anis, tapi kitaorg blasah baju sendirik jerk. Xde idea plak nak pakai baju Hollywood nie semua. Sesampai jerk lepas daftar, kitaorg di beri peluang merasai kecanggihan #Astro IPTV nie. Masa nie lah YY berkenalan dengan beberapa orang blogger. Ada yang YY pernah terjah pun blog diowg. Ramai wei blogger yang join event nie.

YY & Mak Dara ( mcm adik-beradik x),hahahha

Kenalan baru 
Diba , AzhamVosovic , YY


Diantara yang paling teruja dapat Jumpa Blogger Retis Mak Dara. Sangat ramah orang nyer. Datang dengan suami terchenta ( En. Martias yang buat skrip Filem LIBAS ). Opss !!! korunk dah tgk ke Filem Libas. Best tahu.

Sessi makan ( pict credit to Mak Dara )

Cik Epal & YY ( alamak, tembam lah pulak muka ku ini )


Acara paling best bila bab makan. Haruslah kan, makanan menjadi kesukaan YY. Maklum lah, hobi menternak lemak. Tue yg sayang jerk kalau nak buat aktiviti, takut lemak cair. Hahahaha, padahal YY siap join lagi games "sapa kidnap Kak Limah". Punyer semangat nak menang, sampai berlari2 kitaorg kat area solaris. Tapi maklum lah, xde rezeki nak menang kan. Tapi YY enjoy sebab bila aktiviti camnie dapat eratkan lagi hubungan antara blogger.

See, banyak kan goodies. Thanks Nuffnang & Astro.

Lepas acara habis, YY terus balik sebab Anis x sabar dah nak tgk bola. Maklum lah, kan N9 lawan Terengganu.

ps : cam x cayer YY kurang bergambar tuk event nie. Maaf lah yer. Ada kat camera org lain , nanti YY skodeng kat teman2 blogger lain yer.

* Seronok sebab dapat banyak goodies.


Diantara Blogger yang YY prasan yang menghadirkan diri, tp YY nie penyegan nak berteguran.
( Ada ramai lagik, nanti YY hupdate sesikit eh, )

1. Mak Dara
2. Azham Vosovic
3. Maslina
4. Cik Epal
5. Nisa Kay
6. Penmerah
7. Cik Lily Putih
8. RedMummy
9. Madammondoq
10. Hamzah Ian
11. Sharidawati
12. Joegrimjoe
13. Teh Tarik
14. Eyriqazz
15. Teratakarmo
16. Shakiddo
17. Zuriey


Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night


Hai uols, sudah sabtu. Hari cuti dari bekerja. So, selepas 2 minggu berturut-turut YY hanya duduk kat umah cuti Sabtu dan Ahad. Hari ni, YY akan ke event jemputan dari Nuffnang. Haissh, dah ler tema Hollywood. Aduhh !! mana lah YY nak cari baju kan. Blur sebab x tahu nak pakai apa. Padahal nie pun ada masa 5jam jerk lagi nak ke majlis tue. Fikir dan fikir lagik. Agak2 xpe ke kalau x ikut tema kan.






Sesape yang pergi petang nie, meh ler kenal2. Tapi YY nie agak pemalu jugak. So, marilah kita memecahkan kemaluan itu. Eheeekkk !!

Psttt !!! maybe dapat jumpa Blogger retis MAK DARA... wewwwitttt ~~~


* JOM, tinggal 2 hari lagi tuk peluang dapat Ole-Ole dari KOREA. < SINI >

Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!



JOIN KLIK BANNER

TERIKH TUTUP : 20 November 2011





Kisah Rumput |Sekadar untuk renungan.


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.





SUMBER DARI FB.

SHARING IS CARING


SENARAI BLOGGER JOIN | GA Nak Ole-Ole Korea

Assalammualaikum *___*,

Terima Kasih pada yang sudi Join GA | Nak Ole - Ole dari KOREA. Sesape nak join Klik Banner kat bawah nieee . Masih di buka eh.



Jom tengok apa tempat percutian idaman dan dengan sape yang diowng nak bersama masa bercuti. Mana tahu kan, dengan hanya impian dan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

SENARAI PENYERTAAN ::

1.     Siti Sorfiena Syasha
2.     Fafatya Kamal
3.     Fiq'ra
4.    SyawalSimpsons
5.    Nida
6.    Nightinangle_fara
7.    Azelyusoff
8.    Fieda
9.    Cik Purple Pinkypuff
10.  Cik Rose Cute
11.  Lovelymasha
12.  Darling Ninie
13.  Misz Lovely
14.  Girang
15.  Joel Leslie
16.  Queenofuxer
17.  Atien
18.  Intan Berlian
19.  Dhia BellamiZam
20.  Einz
21.  Linda Syasya
22.  Azie
23.  Syapit Wiens
24.  Jaa
25. Dunia Kebahagianku
26. Miss Osja
27. Zura Baharudin
28. Seputih Salju
29. Khai
30. Butique4u
31. Chocolate
32. Nasyabella
33. aq suka contest
34. Cempaka Kuning
35. Fadzillah Kamarudin
36. Nafisah Ruslan
37. CikHoneyBee
38. Acap Conga
39. Miss Kinah
40. Ainil Husna
41. Zie
42. Fara Anak Abah
43. Niss
44. Cik Biela
45. Zaikulim
46. Imi Ummi Hani Punyer
47. Golden Rose
48. Mas
49. Laskar Pelangi
50. Taufidris
51. Diana
52. Zalina
53. Qard91
54. Izan Cute
55. Syakila
56. Alycia
57. Ytekecik
58. Aanie
59. Nur Syahida
60. Azatiesayang
61. Ogy
62. Sarah
63. Cute Mummy
64. Muslimah Vouge
65. EraWatie
66. Ayuselalu
67. Segalanyerku terima
68. Sofia HB
69. Ina Sepi
70. Ina Hassan
71. Adlin Kyra
72. Shema
73. NanaKimie
74. Nieda
75. Tiefazatie


Jangan Pandai sebut ja, tapi x tahu boleh ke tidak.


Biasalah, kita kekadang sebagai manusia kurang ilmu. Suka2 ikut orang. Kat sini YY nak share sebab sekarang nie mmg YY selalu nampak orang sebut perkataan nie. Mungkin ada yang x tahu, sebab YY pun baru tahu bila ternampak kat FB kawan YY td. 









So, apa kata korunk. Masih nak menggunakan perkataan tue ke?? Sape x kenal dengar Ustaz Azhar Idrus. Nie YY share lagi serba sedikit biodata nyer.



Biodata Ringkas Ustaz Azhar Idrus



  • Asal Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.






SHARING IS CARING.















Menternak Lemak sebab Real Steel

Assalammualaikum *___*,

Sebelum tercapai nyer hajat nak menonton Real Steel haruslah makan dulu kan. Kebetulan tiket pukul 3.45ptg, sampai Wangsa Walk dalam pukul 3.00ptg camtue, so angah yang tengah lapor ajak makan. Bila amik tiket kat TGV, YY terperasan kan satu cafe nie "BOXOFFICE CAFE". Sebab masa x banyak , xmo jalan jauh menerjah lah kami ke situ.

Suasana nampak ok. Pilihan makanan pun pelbagai. Angah ngan Achik ja yang makan, YY masa tue mcm x lalu nak makan lah plak. Sayang alang xdpt nak join sebab abah baru jer keluar hospital. Lepas dah kenyang semua, baru lah best nak tgk wayang kan.

NAsi goreng tomyam - Menu Achik

Nasi + Paprik ikan kot (lupa nama)-Menu angah

Roti Bakar - Menu YY

makan punyer pasal, x pandang kiri kanan dah.

Habis menonton, kitaorg ke JJ, Wangsa Maju plak. Ada misi kat sana. Alah, buka jauh pun Wangsa Walk ngan JJ. Rupernyer ada Pameran Pengantin kat JJ. Agak meriah dengan manusia. Selepas misi selesai, Achik kata nak masuk Croch. Achik ngan Angah mmg slalu beli kasut Croch. Dan sedih nyer, walaupun YY selalu g JJWMju tapi YY x tahu hokey dlm JJ ada Cawangan Croch.Malu jer kan. Muhahahahah !!! Tapi orang lain yang nak beli, tapi orang lain yang beli, camne tue.

Nampak, yang x pegang kasut tue yg beli tau. :))

Opss, lupa sebelum kitaorg g ke JJ lepas tgk wayang, sempat lagi angah beli Hots & Roll . Kata nyer sedap, YY mmg x pernah try pun. Lama gak menunggu sebab kebetulan ramai pulak yang beli kan.


Then, dah puas jalan kat JJ, Angah lak teringin nak makan yang order2 tue. Mesti korunk x faham kan, alah makan kat kedai then order lauk, macam tomyam ke, telor dadar ke, ikan ke. So, YY pun bawak lah Achik ngan Angah makan kat kedai area Sri rampai. X jauh dari umah pun. Menu pilihan Tomyam Campur, Ikan Kembong 3 rasa, Telor Dadar Garing, Daging masak Merah , Kailan Ikan masin dan Nasi . Jgn terkejut eh, masa nie dah kul 8mlm pun, ibarat macam makan malam lah. See, mmg sessi menternak lemak kan.

Macam2 menu.

Dengan lauk yang pelbagai dan air dalam RM38 ja. Murahkan. Masakan sedap plak tue, YY paling suka Kailan Ikan Masin. Haisssh, citer pun dah terliuq. Bak kata angah " Kita kena repeat makan kat sini. Eceeeh, haruslah sebab awk kan nak kena g sri rampai sebulan sekali. Hihihihihi. 

Kan, sehari berapa kali makan dah. Betul tak menternak lemak. Ekekekek !!! 

ok, bye.










Review Real Steel | Bukan sekadar Robot.

Assalammualaikum *___*,

Lambat jugak YY nak citer pasal Real Steel. Padahal dah tgk lepas 3 hari ja kuar panggung. Ni semua angah nyer pasal lah. YY mmg x tahu pun Real steel nie pasal apa. xtgk trailer, dan xtahu jalan citer pun. Tapi awal2 angah dah book tiket nak tonton hari Sabtu. Padahal masa tue baru Rabu kot. Punyer lah berkobar2, kata kalau lambat takut tiket habis.

Sabtu yang dijanji kan. menerjah ke Wangsa Walk. Kebetulan hari tue hujan lebat lah pulak. Tapi sebab 5minit ja dari rumah ke Wangsa Walk, xde lah tempoh jem semua kan.




Alah, mesti korunk dah tgk sinopsis pasal Real Steel nie kan. Pertarungan robot besi ciptaan manusia. Kisah pasal perhubungan antara bapa ( Charlie ) dan anak ( Max ) yang terpisah, dan dipertemukan dengan Charlie seorang peninju handal tapi taksub giler dengan robot peninju hingga cipta robot sendiri.

pelakon utama, dua2 pun best.

Tetapi masalah nyer Charlie selalu kalah dalam pertarungan. Hingga lah suatu hari bila nak cari robot ganti, Max menemui ATOM. Charlie x percaya dengan kebolehan ATOM, tapi Max tetap yakin ATOM mampu berlawan. Scene2 masa nie lah yang YY teruja sangat. Masa Max beria melatih Atom untuk berlawan. yang best bila bab robot menari hokeey.



Ending, Best sampai YY rasa xmo kuar panggung sebab mmg best gilerrr. Cerita nie lebih kepada elemen kasih sayang dan kepercayaan. Walaupun x kenal dari awal nyer, tapi kekemiaan anak dan bapa terserlah. Ada jugak babak komedi yg buat kan panggung tertawa. Jangan x tahu, ada jugak babak sedih, YY ada nangis jugak lah.Muhahahah, pandai cover mesti xde sape perasan kot.

Comel kan Max 
nama sebenar Dakota Koyo ( dh macam nama jepun)

Dahsat kalau mat salleh buat filem. Kagum tgk robot dan jalan cerita yang YY rasa Malaysia mmg x mampu nak buat Filem yang kos juta2 nie. Mmg teruja sangat, rasa cam nak g tgk lagi ja. Giler teruja tau. YY paling suka tgk lakonan Max, sebab dia comel sangat. Mulut YY nie x habis2 cakap, "eh, comel nye", "eh, cute nyer", mula lah gatal nak cari pakwe cam muka Max, muhahahaha, gatai kan.

YY bagi 10/10,.. mmg menepati citarasa YY. Rasa nyer nie satu2 cerita yang YY rasa nak tgk banyak kali.

ps : ada sesape nak blanja YY tgk Filem nie lagi tak, ngeh3x.




Macam - Macam FACEBOOK

Assalammualaikum *__*,


hurm, mood nak menghupdate masih lum mari lah. Ada lah buat blog walk sesikit kan. Baca2 entri, info2 terkini dari blog rakan2 sekalian. Kenyataan nyer kekadang x payah nak tggu berita, kat blog ada je yg dh hupdate berita terkini dulu.




So, bila mood xde, YY nak share satu kisah kat blog Kamal Effendi. YY rasa di sebalik apa yang diperkatakan, ada kebenaran nyer. YY dah minta izinkan tuan tanah pun nak share kat Blog YY nie. Entri yang agak panjang tapi berbaloi baca


************************************************************************************


Entri dari Kamal Effendi


Dah seminggu tak online Facebook. Bukak jeling jeling then tutup. Sejak segala benda Facebook nak tolong hebohkan melalui Ticker nih memang makin tak selesa nak ber-facebook. Selama berpuasa dari Facebook nih termenung je kuat, buat reflective thinking. Sambil dok jeling jeling profile facebook dalam dua tiga minit rasa lain pulak. Tiba tiba datang satu buah fikiran, analisa mungkin.

Dulu aktif gila kot facebook time awal awal bukak account. Memang life facebook - oriented. Petang orang pergi padang kita tercongok depan laptop. Segala benda nak komen, nak like. Add orang merapu aje. Artis segala. Ades. Tak paham dengan diri sendiri. Nak gelak pun ada (dah gelak pun kat diri sendiri). Kemain rasa best add artis. Haha. When the real point is artis pun manusia kot cuma yang membezakan dieorang pemes je. Tapi itu bukan pointnya disini. Ni nak cakap pasal ragam Facebookers.  Dan penilaian ni dibuat melalui pemerhatian serta mengikut pengalaman sendiri.



#1. Post status nak bagi orang terasa/sarcasm. 
 Yang ni memang berjaya menambat perhatian sebab just imagine kalo anda terbaca status orang then tiba tiba ade satu perasaan timbul, 'aku ke?'. Kalo perasaan itu hadir, maksudnya orang itu sedang menggunakan pendekatan sarcasm dalam statusnya. Yang paling tak menahan, yang dok sarcastic ni ape bijak beno, dah tahu kawan ekau ade dalam friend list, ape motif status nak bagi orang terasa. Mazmumah betol. Munafik pun ade. Sibuk dok nak cari salah orang, salah sendiri tak dibaiki. Alahai. Tahukah kamu bila status sarcastic anda keluar syaitan sedang melompat lompat kegirangan sebab anda telah menjadi hamba emosi padanya? Hmmmm. Nauzubillah. Pastu pung pang pung pang bergaduh. 'Ko dah pehal nak sebuk sarcastic dengan aku.', 'Eh terasa ke?'. Eh terasa ke ni merupakan jawapan paling tak cerdik. Ah gaduh la korang. Jadi hamba Facebook, bawak perpecahan. Kang elok kalo ditegurnya nya secara direct dengan inbox Facebook. Pakai otak anak anak sekalian. Post status yang sarcastic jadi hamba syaitan emotionally. Ingat.

#2. Post yang emo. 
Motif? Ini bercakap berdasarkan pengalaman. Hobi dulu suka bercakap dengan wall Facebook bila sedih. Nak buat macam mana, kita tak der kawan. Sob sob. Lawak apa nih anak anak? Sedih consult facebook. Ce bukak Al Quran ke, ambik wuduk ke, solat dan bertenang dulu ke? Sebenarnya yang emo ni kadang kadang dieorang memang sedih. So beware ye kawan kawan kalo ada dalam friend list, tanya lah dieorang apa masalah nya dan jadi pendengar yang baik. Terfikir jugak, dulu sedih cakap kat Facebook kan dah kantoikan diri sendiri bahawa diri ini tak kuat. Muslim mesti kuat. So sila transferkan status status emo anda kedalam doa. Doa senjata mukmin. Ingat.

#3. Post yang takabbur, riak dan segala yang terlibat dengan show off.
'Oh hari ni husband I nak beli kereta baru, Omaigod', 'minggu depan nak pergi London, gembiranyewwwww'. Pang! Sambil aku membaca status status begini, terbit rasa iri hati. Tak memasal share dosa. Yang tu dosa dengki, yang ni dosa riak. Mazmumah lagiiiii. Mak aih, apebenda Facebook nih? Medan dosakah? Ini pun bercakap berdasarkan pengalaman. Aku rasa kalau gembira ada cara lain untuk avoid dari ditulis seperti ingin menunjuk nunjuk. Contoh, 'Alhamdulillah dapat juga suami belikan kereta baru, rezeki dari Allah. Semoga hidup dipermudahkan kejalan Allah dengan kereta baru.' ATAU Rezeki dapat bertandang ke London, semoga Allah memberkati perjalanan pergi dan balik.' Kan manis bukan? Bijak berbahasa pun boleh kurangkan dosa online. Ingat.

#3. Post pasal... Ala kitew dah gumuk, mencinyeww nengok pipi montel montel nieww. 
Oi oi oi ni memang mengundang dari diremove. T.T Nak cakap pipi dah gemuk dagu berlapis pun cakap la dengan cermin dalam bilik. Cermin tempat menilik dan mengira jerawat bukan wall Facebook. Lagi lah yang update macam ni biasanya kaum hawa. Apakah dosaku ya Allah  ter - melihat gambar wanita sebesar alam yang sedang menggemokkan pipinya dengan status nya : Kitew makin gemokkk >.<. Bukak News Feed pun dah tak senang. Saya bukan apa awak, tanak awak bertambah dosa, mengheret abang, ayah masuk neraka sekali. Nauzubillah. Kalo lelaki dok sibuk jugak upload gambar update pasal jerawat, ah pelik beno tu, ye dak? Kih kih. Rasa macam pernah buat dulu. Insaf -.-

#4. Post dan update pasal politik. 
Oh yang ni fokus pada lelaki. Kemain update pasal politik. Segala benda orang buat salah. Bagi laptop free pun salah, naikkan cukai pun salah, harga rokok naik pun bising. Kang datang bala negara kena bom kang baru nak senyap. Tung tang tung tang dok bising pasal politik ni daftar mengundi belom, paling penting solat, baca Al Quran ke tak? Tu tu aurat tu, seluar pendek dah tutup? Hukum hudud punya isu tadak pulak bising tanda sokong. Tolak hukum hudud, menafikan Al Quran. Ye dak? pape pun lu pikir la sendiri. Tak arif lagi nak komen panjang panjang pasal politik.  

#5. Post romeo, tak pun juliet (special case). 
Rukun bercinta, harus menerima blah blah... OR cinta itu bukan pada nama... sambung lah sendiri. In simple word, jenis yang post status pasal cintan cintun. Dua possibility, sama ada pemilik Facebook tersebut single dan tengah mencari ataupun sedang hangat dilamun cinta. Penuh kat newsfeed, lima minit sekali ada orang ingatkan pasal cinta cinta. Sweetnyewwwww abam. Abam jom kita mencintai agama? Hihi. Kalau tenaga cinta itu dialihkan pada agama, qawiy dah jadinya. InshaAllah daie yang hebat. Ke guanne? InshaAllah. Kalau sayang pada pasangan sama samalah kita menjaga maruah, message kan ade. tapi bercinta tak digalakkan. Huhu. Ingatan untuk diri sendiri juga T.T

#6. Status teka teki. 
Ini bukan status tanya pasal teka teki ye anak anak. Haha. Ini berkenaan dengan pengguna facebook yang sangat misteri. Hobinya suka post status yang random berkenaan sesuatu dan meninggalkan tanda soal yang besar dikepala pembaca. Contoh: 'Adakah aku harus teruskan dengan permainan ini?' ATAU 'Siapa yang aku patut pilih? ya Allah bantulah hambaMu ini. Huhu.' Haaaaaa yang ni lepas aku baca mesti dalam hati aku jawab permainan mende? Main nyorok nyorok kewww? Euw euw. Status macam ni ada unsur unsur drama sikit. Kalo baca aku mesti rasa penulis status dalam dilema. Kesian die. Consult Allah awak. Bukan wall facebook. Kadang kadang komen je, 'Pilih ape ni? Nak makan tengah hari lauk ape ke? Duh'. Berat beno dilemanya macam tengah menerajui negara. Hebat.

#7. Jenis Facebooker yang negatif. 
Ini memang special edition. Segala benda nak negatif. Status die pun penuh dengan aura negatif. Kita yang membaca pun terus hilang mood satu hari jadi negatif. Kakak, sungguh seelok elok berita itu berita gembira, seolok elok rupa itu ketika senyum. Dalam Facebook pun kena positif, optimistik. Suka baca quote positif yang dipost oleh kawan kawan yang lain. Kadang kadang sangat moving and uplifting mat salleh kata. Boleh jugak memujuk hati yang tengah berduka lara. Simpan tenga negatif kakak dalam tempayan pastu buang kelaut. Kutip iman dan taqwa ganti inshaAllah hari anda makin positif! Haiya Haiya! :)

#8. Kita apa yang kita share. 
Reality check. Hari tu satu hari tak bukak Facebook sebab berpuluh orang dok share gambar baby kena kelar. Senangnya kita membuka aib orang lain. Untuk pengajaran tu betol tapi tak payah la gambar yang gedabak sekali. Serius, aku sendiri tak sanggup nak lihat apetah lagi tekan butang share. Aku selalu terpikir, macam mana ape cerita yang kita share, mengundang celaan, hinaan dan cacian masyarakat tu one day jadi kat kita. Senang cite bayangkanlah ibu bapa anda atau keluarga anda yang jadi tumpuan masyarakat. Pahit bukan duggan sebegitu. Nauzubillah. Tutup aib orang, Allah tutup aib kita. Senang :) Kadang kadang terkejut jugak dok share pasal penyakit kelamin lah, nak bela anjinglah. Ingat masyarkat Facebook yang lain sedang menilai disaat anda memaparkan apa yang anda share. Hihi. Paling penting pandangan Allah tu yang kita nak. Pandangn mulia. Amin
Courtesy of Google

Oleh itu bijaklah menilai dalam ber social networking. Saling mengingati. Mari!





*******************************************************************************************


Apa pendapat korunk, .. YY rasa ada kebenaran nyer. YY pun kalau buka FB bukan mengadap. Lagi banyak menghabiskan masa dengan aktiviti memblog ( ada ke perkataan tue ),muahahahha.. Sebab kekadang boring jugak. YY hargai bila FB menemukan YY dengan kawan2 sekolah dari rendah hingga lah sambung belajar. 




* FB jugak boleh buat org putus kawan,.. hurmmmmm !!! 






Burger SS2 depan Balai BOMBA terbaeeikk

Assalammualaikum uolss,


Haiyaak, kali nie YY nak citer pasal burger terbaeik in the town. Gerai burger nie terletak betul2 kat depan balai bomba SS2 damansara. Nak tahu nape YY cakap terbaeik, sebab artis pun ramai beli burger nie dan burger mmg sedap uols.Malatooopppp,. Kalau dah rasa sekali, pasti nak lagi dan lagi dan lagi. So, yummy, tengah duk taip en3 nie pun dah rasa macam nak terbang ke gerai burger ini.


So, x cayer eh. ce layan pict nieeee,.....











Camne. menarik x?? mesti ada yang dah terliur kan. Mesti korunk tertanya nape YY nak citer pasal gerai burger nie. Ini adalah kerana pemilik nyer adalah pakcik YY. Nama nyer Shahir tapi YY panggil Acu ja. Acu nie adik ibu YY yang bongsu. YY bukan lah nak puji sebab nie gerai Pakcik YY tapi realiti nyer burger dia mmg sedap. Kadang2 termimpi2 tau, cuma nak pergi serang tue yang bercinta sikit. Kalau dah mengidam sangat harus lah terjah kan. Harga pun berpatutan. Pasti puas hati.




Pakcik YY nie siap amik tempahan tau . Ada sekali tue, dapat order sampai beratus biji burger. Hadoi, ramai lah yang jadi mangsa tuk menolong menyiapkan tempahan.Agak2 berapa biji lah burger buat upah kerja kan. Halamak, makin banyak lah lemak asik ngadap burger je kan.


Acu & Maksue bersama anak2 terchenta - TOKEY BURGER
Korunk kalau teringin sangat nak rasa, kot2 air liur pun dah meleleh. Meh ler g ke Balai Bomba SS2. . . Mana lah tahu kot2 datang dari jauh, kang x buka pulak.Harus lah tipon dulu. Slalu nyer tutup pun kalau ada masalah teknikal. Kekadang kalau tutup lelama, customer mesti cari punyer, siap call2 banyak kali tanya bila nak buka gerai. Majmuk tau yang makan burger Acu YY nie,Cina paling ramai, ada India, Ada Omputih, Macam2 Bangsa lah.  Sekarang nie urusan di gerai banyak diuruskan oleh Mak sue ( wife Acu YY ). Yer lah, masih berkhidmat dengan Bomba, keje hakiki harus di utamakan.

Di buka setiap hari dari 8mlm - 12mlm

Sebarang pertanyaan boleh call :  0126056096 ( shahir )


Kat sini Ada jugak citer pasal Burger SS2 BOMBA ini. Hasil pencarian di Google.

1.   SS2 BURGER


p/s : ada komisyen x promo niee,.. ke dapat burger free. hik hik hik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah