Sepanjang ramadan, selalu nyer YY akan masak selepas berbuka. Tue pun masak menu tuk adik nak sahur. Tapi kali nie berbeza, YY masak sebelum berbuka dan 1st time tue balik keje terus masak. Dah rasa macam isteri mithali plak. ekekekeke,.. !!! Semua gegara Achik nak sangat makan ketam masak lemak lepas tahu YY berbuka masak lauk tue.
Kisah nyer begini :
teeet, teett ( bunyi msg ) dari Achik
"wah, sedap nyer org tue berbuka ngan ketam. fv achik tueee . ketam masak lemak lagi".
YY reply :
"alah, biasa jaaa. x lah sedap mana pun."
Achik :
"Nanti kamo masak tuk achik eh, teringin sangat nak makan ketam masak lemak,"
YY reply :
"halamak, malu lah. mana kita reti sangat. masak blasah ja."
Achik :
"Alaaaah, boleh lah. Sian achik tau. Achik kan x sihat "
Setelah sessi pujuk - memujuk akhir nyer perjanjian di buat. Angah dan achik akan berbuka kat umah. Jadi sebelum hari kejadian YY dah sibuk cari ketam. Yang x tahan nyer, sampai 3 tempat YY pergi baru dapat ketam. Memula ke CAREFOUR, past tue ke HERO, last ke GIANT baru dapat. YY blasah beli sampai 10 ekor, biar Achik makan sampai lebam. yang x leh blah angah sampai masuk duit nie nak suh YY masak ketam.
Balik keje ja, YY dah bersilat kat dapur. Angah kata nak datang awal tolong masak tapi YY harap lah angah sampai lambat sebab segan plak kalau ada orang tgk YY yang 'pandai' masak nie. hahahahaha !!! pandai lah sangat kan.
Menu yang YY masak :
Ketam masak Lemak cili Api
Ayam masak kicap ( angah x makan ketam )
Telur Kuchai ( resepi a.loh )
Sayur Pap Pakapaw ( ada resepi kat SINI )
Pfwwtt !! 1st time YY masak menu banyak camginie. Slalu 1 lauk je. Achik laks sampai ja dah beli Murtabak. Meriah berbuka hari tue. Biasa nyer YY berbuka sorang ja kat rumah. Habis buka semua dah tersandar. Last sekali kitaorang blasah aiscream plak.
Achik & Angah |
*Thanks Angah & Achik berbuka ngan along. Kalau Alang join sekali lagi best kan.
No comments:
Post a Comment