Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Tips Elakkan Kecurian, Rompak dan Rogol di Rumah


Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggudiluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depanmereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuatpanggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkananda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulumasih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

Sharing Is Caring



Biskut Raya | Badam Chocolate Qaseh

Assalammualaikum *__*,

Nak raya kan, so pasti lah buat biskut raya. Raya sebelum nie mmg x buat biskut pun. Banyak main tunjuk2 jaaa. Tahun nie adik rajin plak nak buat, so kami adik beradik pun plan buat biskut raya hari nie. Sok insyallah dah last posa kan. Past tue dah raya.

Bahan - Bahan :

Badam yg dipotong2 panjang
Coklat masak ( hitam & putih )
Butter ( sikit ja )




Cara- cara :

Goreng tanpa minyak badam di dalam kuali.
Panas kan coklat hitam + butter bagi cair.
campurkan badam yg dah digoreng dengan coklat yang dah cair tue.
transfer masuk dalam paper cup comel.
last letak sikit coklat putih yg di cair kat atas badam tadi.






Haaaaa, senang giler kan.Bahan pun sikit ja. Tapi kos besar sikit lah sebab pakai badam semata kan. Resepi dari adik YY angah. Malas nak buat kuih yg bakar2 nie. Sejuk kan dalam peti ais, lepas tue siaaaaaap.






SeLamat Hari Raya Uolssss !!!

Assalammualaikum *__*,

Hai oulss, lagi 2 hari ja insya'allah kita akan menyambut perayaaan Aildilfitri, Alhamdulillah, kalau di izinkan puasa penuh YY tahun nie, Hehehehhe, nie lah yang berlaku kalau ada masalah hormon.. Banyak kali jugak YY dapat puasa penuh di bulan Ramadan. Muaahahahaha,.. ramai yg jeles hokeeey !!!



Di kesempatan nie YY nak ucap Selamat Hari Raya Aildilfitri buat semua yang mengenali YY secara langsung atau tidak. Ampun Maaf sekira nya ada kekhilafan dan terguris hati di sepanjang perjalanan hidup di dunia blog ini, Moga tahun ini lebih ceriaaaa.



* tahun nie kali ke-4 YY sekeluarga beraya tanpa ayah terchenta. Al-fatihah, moga ayah tenang di sana. AMIN.







Spontaneous Thursday - #1



Hidup Dalam Penipuan, hingga menyusahkan orang lain,... BAHAGIA KAH ANDA ????




Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.





Diantara Dynas Mokhtar @ Smurf yg mana jadi pilihan ????

Assalammualaikum *__*,

Kacelaruan berlaku apabila 2 perkara bertembung.

Di antara :








Dan ini :



* Akhir nyer , YY memilih untuk ke mana eh??? ce teka, ce teka, ce teka,...


#3 Wordless Wednesday | Raya Kat sini laaaah !!!

Assalammualaikum *__*,









PEMENANG | YaNa Yassin Birthday GA

Assalammualaikum *__*,

Ampunnnn ya teman2. Agak lambat YY hupdate pemenang GA Birthday YY hari tue. Maklum lah, faktor usia buat YY kelupaan. Maaf sesangat yer. Terima Kasih banyak kerna sudi join yer. Ada 76 penyertaan, agak ramai jugak kan.





Nie Pemenang nyer :


No. 1  :  


No 2 :



Kepada yg berkenaan sila email ke YY di :: y_2607@yahoo.com . Di buka hingga pukul 12 malam nie, kalau xde respon pemenang lain akan di pilih. Ok, tahniah pada pemenang yerr !!!










#2 Wordless Wednesday | Selepas 4thn

Assalammualaikum *__*,










#1 Wordless Wednesday | Idaman Jadi kenyataan

Assalammualaikum *__*,











Segmen : Blogwalking sebelum raya

Assalammualaikum (*__*),





Di sini YY ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin jika ada tersilap kata. Terkasar bahasa di sepanjang di dalam dunia blogging nie. Peace no war :))






Kisah si Penjual Kuih | Jadikan pengajaraaaan


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

SUMBER DARI FB

Sharing Is Caring








Syukur, alhamdulillah !!!

Assalammualaikum *__*,

Morning uolss, pfttt sib baik hari nie tekak YY dah lega sikit. Semalam nak buka mulut pun susah. Terus jadi perempuan baik, x banyak cakap kan. Syukur , YY di beri kesihatan yang baik hari ini untuk terus menjalani ibadah puasa. Hari nie nak g MV tonton Premier Screening Cars 2. Thanksss to Nuffnang ( SINI ).






Layan Trailer Cars 2


* Nak berbuka apa eh kat MV hari nie???




Infinity KOSE' | Thanksss AMY MASTURA

Assalammualaikum *__*,

Rezeki lagi. Seperti biasa saje lah join contest dari Amy Mastura Fanpage kat FB. dan x sangka leh menang. Hadiah nyer produk dari KOSE'. Maklum lah, kan Amy Mastura duta kepada produk KOSE'. Masa g maik hadiah nie, YY x sempat lah nak bergambar dengan Amy Mastura yang kiut - miut tue.

Cun kan, Kalau pakai leh cun camginie ke???

Nie lah hadiah yang YY dapat. tapi lum try pakai lagi


* padahal main tembak je jawapan, x sangka leh menang,..:))

Sakit tekak ketika puasa | amat menyiksakan.

Assalammualaikum *__*,

Korunk apa khabar? sihat x? Nie YY nak ngadu, YY sakit tekak, nak telan air liur pun sakit. Hadoii !!! nak makan ubat xleh, nak minum air pun x leh. Kata puasa kan.

Rasa2 YY kan, sebab semalam YY berbuka dengan air limau nipis ais + dengan sup campur panas2. Berbuka kat kedai sebab 'rajin' nak memasak kan. Balik ja umah, terus tekak rasa x selesa. YY agak risau kalau kena sakit tekak nie, sebab pernah MC seminggu gara2 sakit tekak, sampai makan pun kena yg lembut2 sedut dengan straw. Tue yang YY fobia bila tekak dah mula nak rasa sakit.

* Doakan YY cepat sembuh yer, dah nak raya nie. Haisssh !! tetiba excited nak raya kan.





BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

Santai Bersama BEN ASHAARI






Apa Guna nyerrrr ,........

Assalammualaikum *__*,





‎"Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak . 

Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau Pukul 12.00 T.Hari pun tak celik-celik . 

Apa guna umur BESAR PANJANG, kalau Fardhu Ain Asas pun lintang pukang . 

Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH . 

Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA . 

Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH .

 Apa guna pangkat BESAR, kubur dah dekat pun masih tak SEDAR."




SUMBER




Ramadan 2011 | Berbuka di "The Chicken Rice Shop'

Assalammualaikum *__*,

Wah, rasa macam banyak kali lah pulak YY tahun nie berbuka di luar. Konon2 nak jimat kan, tapi kalau dah kemalasan dalam bab masak, berbuka di luar adalah lebih baik ( alasan ). :))

So, kali nie plan nak ke MV ngan abPRS. Sebelum tue memasing dh fikir nak buka pa kat MV nanti, nguper nyer Achik teringin nak makan "The Chicken Rice Shop". Kebetulan hari kejadian angah sampai dulu, so booking tempat & kena bayar penuh dan order sekali. Maybe takut orang booking tapi x datang agaknyer kalau x bayar kan.

YY ngan alang sampai lambat sikit. Gegara amik alang kat jln ampang, masa tue hujan tgh lebat giler. Nasib ler dari jln ampang ke bangsar x jem. Bila sampai, lum masa berbuka lagi, jadi we all jejalan kat dalam JJ. Usha brg nak ke SINI. Excited dah nie. Lagi 2 minggu je nak jadi kenyataan dah. Achik sampai masa dah dekat nak berbuka.

Lagi 5minit nak buka, baru kitaorg dah ngadap makanan.  Lepas makan, apa lagi sambung shopping lah. Dekat kul 11mlm baru YY sampai umah. Seronok bila dapat lepak dengan abPRS. Mmg x ingat nak balik dah. Huhuhuhuu !!!

 Menu untuk 4orang makan


Sebelum berbuka, posing dulu


Yeaah, dah masuk waktu berbuka...Angah makan ubat dulu

Ada jer g menjeles kalau KAMI nak bergambar

Alang buat experimen dlm amik gambar

Licin sudah, Brrruupppp !!

Dah penat berjalan, Angah ngan Alang sibuk suh achik belanja Aiscream. Alah, yang jual depan pintu masuk JJ dekat receptionist. Apa lagi, memilih aiscream lah memasing. Di jual mengikut berat segram berapa rm ntah. Lupa plak YY..


Sessi merasa aiscream mana jadi pilihan

Macam2 rasa ada

Nak yg tueeeeee, nak yang tueeee

Cakkkk !!!

Aiscream pilihan alang, OREO kot

Timbang jgn x timbang !!!



Ok, tue citer kali nie. Nanti sambung lagi. 

Papai.


p/s : Hari nie YY berbuka kat Tasik Idaman, Bangi bersama teman2 masa sekolah TEKNIK dulu. Dah 13thn tinggal sekolah. Miss woooooooooo !!!





Mee Bandung MUAR, Sedaaaaap Nyerrr

Assalammualaikum *__*,

Haaa, kali nie YY nak story masa berbuka ngan Geng sesama Kursus Kat Melaka Last Year. Kali nie destinasi kat Ampang, alah dekat je dengan Petronas belakang Ampang Point. Ada satu kedai makan nie memang terbaeik lah. Nama kedai "ISTIMEWA WAK TOMYAM - MEE BANDUNG MUAR 'WOLRD'",.. Haaa kan panjang nama kedai tuee !!


Pinjam Gambar dari ALIA


Yang 'special' nyer, Mee bandung kat sini di sediakan dalam periuk tanah. Then masa nak makan leh transfer masuk dalam mangkuk. Panas2 siap ada api2 lagi tahu. Air yang jadi pilihan 'Kedondong Asam Boi'. Wowww, xpernah rasa tapi sedap jugak lah. Di perkenal oleh SITI.

Berapi - rapi kan,.. sedap gilerrr tau/.

ALIA dah x sabar tunggu berbukaaaa,..


.
Haaa, nampak sedap kan. Sampai rumah YY masih terbayang2 lagi kesedapan Mee Bandung muar Wak. Apa lagi, Korunk g lah terjah. YY tahu pun sebab LAILI ngan Kak ATY pernah makan kat sini sebelum posa. Teruja tgk kisah kat Blog LAILI. Tue yg beria g masa bulan posa.



p/s : ok, nak kuar nie. Hari nie berbuka kat Selamba Cafe.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah