Hokey3, mesti semua dah x sabar nak tunggu review pasal TOLONG AWEK AKU PONTIANAK ( TAAP ) kan. Fuhh, seram gilak citer nyer, sampai rasa nak terburai isi perut <<---
Seperti yang sedia maklum, acara kat SINI. So, awal2 YY dah sampai kat Wwalk. Teruja nie sebab dapat 4 tiket. YY ajak teman seperti biasa anis, kawan serumah anis ( lupa tanya nama ) dan achik. Masa nak amik tiket, YY perasan seseorg yang YY follow Blog diaowg secara senyap.EEeehh !!! macam Blogger UJANG lah. Kalau ada Ujang pasti ada Blogger YANA. Masa nie ingat nak tangkap diowg amik gambar, tapi macam segan lah plak. xpe3, dalam hati duk kata, pasti ada peluang punyerrr.
Sebelum masuk panggung, di beri peluang bertemu pelakon2 TAAP. Ada Zahiril Adzim, Sopian Mohamed Dan Nurul Abd. Wahab. Yang x sampai lagik cuma Liyana Jasmay.
Opsss , Merapek sudah. meh kita mulakan sessi review. Kang ada pulak yang terloncat2 ngamokss x sabar kan.
Sinopsis :
Sinopsis Filem Tolong! Awek Aku Pontianak
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.
Romantik,... declare jadi awek,.. tapi masih lawaksss |
Masa nie sedih wo,... baru tahu AWEK AKU PONTIANAK,..!!! |
part paling lawaksss,... Mat rempit kena kejar pontianak,... huaawww !!! terbahak wei |
Antara pelakon- pelakon yang membintangi dalam filem ini ialah Zahiril Adzim(Bob), Sazzy Falak(Maya), Liyana Jasmay(Liyana), Sufian Mohamed, Nurul(Nadia), Rashidi Ishak(Farid), Yus Waisar, Syanie, Harun Salim Bachik, Faezah, Nasrizal Ngasri, Dato Jalaluddin Hasan, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek dan Jehan Miskin.
Citer nie mmg lawak giler. Lakonan Zahiril Adzim mmg bagus. Lain dari Drama Juvana. Seorang yang lurus dan sangat baik hati. Yang paling x leh tahan bila bab Mat rempit serah diri bila kena kejar dengan Pontianak Chantek lakonan Sazzy Falak. Masa nie dah nak terburai perut gelak hokey.
Belum lagi masuk part suara Pontianak Liyana lakonan Liayana Jasmay. Sweet dan sangat kelakar tau.
Walaupun muka hantu 'kak nadia', Lakonan Nurul sangat ngeri tapi still lawak. Puas hati sangat lah. Terima Kasih Maxis kerna merealisasikan impian YY setelah berlaku kekecewaan sebelum ini.
Watak Afdlin Shauki jadi broker rumah dan Rashidi Ishak jadi boss, sangat lain dan melucukan hati. Kelainan citer nie yang YY perasan, dialog xmenunjukkan lawak,.. tapi boleh buat kita gelak. Camne eh nak citer, aduhhh, payah jugak nak buat ayat nieee. Ibarat macam muka serius tapi bila kuar ayat mula slumber tapi lawak, camtue lah lebih kurang. fuhh !!! payah jugak nak buat kata2 bagi orang faham eh.
Ending best, x seperti yang kita jangkaaaa,... ADAKAH BOB dan MAYA akan bersamaaaa,... kena lah korunk saksi kan sendiri di pawagam bermula 7 Julai 2011. Layansssssss.
YY beri 4.5 / 5 bintang,.. biasa lah, mana ada yang perfect kan. Tapi yang pasti citer nie x rugi di tonton. Wajib korunk2 semuaaaa tengok.
* Akhirnyaaa, dapat gak take pict ngan Blogger YaNa, walaupun x sempat nak borak. Sibuk wei nak take pict ngan perlakon TAAP. *__*
hye pengguna maxis =P
ReplyDeletepelakon² yg dtg sempoi kan..layan je org nk amek2 gbr..hihi~ nice to meet yu bebeh! ^_^
best kan cite dia..=)
ReplyDeletetegur2 la lain kali..=)
Hai yana : sayalah antara yang datang mlm tue...pakai cap merah...sonok kan time berebut amik gambar ngan artis....hehehehe....hope kita jumpa lagi....
ReplyDelete