Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Preview | Take Me Home Tonight

Assalammualaikum *__*


Hokey nak sambung citer dari SINI. Balik dari opis je, terus menuju ke MidValley. Blasah je ngan baju kurung. Konon2 nak bawa baju spare tapi biasa lah ada je masalah yg melanda. So, angah kata xpe pakai baju kurung, nak tgk wayang je pun, bukan nak lompat2 kan.


Sampai2 MV, kita pusing2 dulu sambil tunggu angah sampai. Maklumlah dari opis ke MV cuma 20minit. Kitaorg dah plan nak sampai awal sebab nak cari present tuk anak buah Achik Sabtu nie. Celebrate kat KFC,Wangsa Maju. Xkan nak datang tangan kosong. So, berpusing lah kitaorg dalam JJ nak mencari hadiah tuk budak umo 2thn. Hadoii, agak susah di situ sebab xpernah ada pengalaman beli hadiah tuk budak kan.


Lepas dapat apa yg dihajati, mesti lah mencekik dulu. Kitaorg makan kat Food Court MV jaaa. Malas dah nak cari2 tempat lain. YY makan Wantan Soup, angah makan Nasi apa ntah,lupa nama.. ada ayam crispy black paper.






Tepat kul 8mlm kitaorg ke GSC nak amik tix from nuffnang. Xmo lambat sebab nanti dapat duk seat depan. Mahu mendongak pale. Dah lah last sunday tgk Harry Potter kena duk depan ( yg nie yy lum citer kan ). Sakit tengkuk tau.






Ok3, dah mengarut dah nie. YY nak review sikit pasal TAKE ME HOME TONIGHT








Sinopsis
Kisah nyer Matt Franklin (Topher Grace) memang lulusan MIT tapi bekerja di sebuah kedai video. Keluarga Matt berharap sangat yang dia akan dapat keje yang lebih baik.

awalnya Matt tak ingin mencuba untuk 'maju' namun semuanya berubah ketika Matt tiba-tiba bertemu Tori Fredreking (Teresa Palmer), Perempuan yang selama ini jadi wanita pujaannya. Matt berharap bolehmenjadi kekasih Tori dan kerana itu dia mengaku bekerja dengan sebuah perusahaan besar. Hasilnya, Matt pun diundang untuk menghadiri pesta.

Di saat bersama Wendy (Anna Faris) - saudara kembar Matt dan Barry Nathan (Dan Fogler) - sahabat baik Matt pun ternyata juga menghadapi krisis yang lebih kurang sama dengan yang dihadapi Matt. Wendy dan Barry pun tak yakin apa yang harus dilakukan dalam hidupnya. 

Dalam pesta itu lah terjadi benda2 yang x di ingini dan ada perkara yang dihajati tercapai.


Bagi YY, citer nie banyak sangat guna ayat2 lucah. Mencarut jangan cakap lah. Tue pasal lah kategori tuk 18thn ke atas. Citer still ada lawak2, puas gak gelak2. Pengajaran yang YY dapat, kita kena berani tuk dapat kan apa yg kita nak, jika tidak kita akan menyesali.

YY bagi 4/5 bintang. YY rasa citer nie boleh tonton kalau rasa2 nak release tension.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah