Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Thankssss AB'prs | sambut besday kat CHILI'S

Assalammualaikum *__*,

Hokey, ramadhan bakal menjelma. So, YY nak ucap Selamat menjalani Ibadah Puasa Buat semua yg sudi melawat Blog YY yg adoooo nie. Moga di beri kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.


Sebelum puasa nak citer bab makan jap. Sebelum nie YY ada lah celebrate besday makan2 bersama AK kat SINI. Then, esok nyer adik beradik PRS sibuk lah nak buat suprise. Angah duk sibuk bgtahu kul 2.30ptg dah kena ada kat KLCC. Pagi tue konon plan nak g buat Passport ngan Alang tapi apakan daya tertipu dengan JIM x buka plak. Padahal khamis tue YY dah call tanya buka ke tidak. Haisssh, ramai yang duk bising2 depan JIM,Sri Rampai. Dah lah pagi Sabtu hujan, sedap wo kalau dapat tido lama sikit.

Bila sampai masa yg dijanjikan, YY pun park kete kat Damai, naik train ja ke KLCC. Sesampai ja, jumpa angah ngan Achik ja. Bila tanya nak g mana, diaowg sibuk lagi nak rahsia2. Siap duk tanya Alang mana. YY mana lah tahu, alang xde inform pun nak join ke hape, Musykil tul masa nie. Padahal sebelum nie Alang dah blanje pun sempena besday kat SINI.



Ngupe2 nyer diowg nak blanja makan kat Chili's, tp agak ramai jugak sampai kena tggu turn. Tup2 alang sampai, ngupernyer sebelum YY sampai diowg dah jumpa pun, siap pusing2 kat KLCC. haaisssh !!! suka tau buat kejutan. Nak masuk lum ada seat, so kitaorg pusing2 dulu dalam KLCC.

posing sebelum order makan.

kalau dah giler bergambar macam nie lah

memasing dengan menu pilihan

aksi suap menyuap,.. haissh
nie lah yg di sumbat ke mulut YY secara bergilir2.

4 orang punyer makan, nak nyambut posa makan besar,.. haiishh



Bila masuk Chili's ja, YY dah excited semacam, maklum x pernah YY makan kat Chili's. Bila menu sampai, semua dah sibuk pilih2 makanan memasing. YY nyer menu,alang yang pilih kan. Maklum lah, nak celebrate besday walaupun lewat beberapa hari tapi xpe still bulan Julai kan. YY rasa happy sangat, terharu pun ada, maklum ada gak yg nak celebrate besday YY. Siap nyanyi2 lagu besday lagi. Malu pun ada, dah tua2 sambut beday kan. Sayang korunk lah. Makanan kat Chili's nie agak banyak jugak eh sepinggan. Penat jugak nak menghabiskan. Tapi alang dah warning kena habis kan... jawab nyer usha tangga kejayaan. Licin terus pinggan. Hihihhi.

along , angah , alang , achik
Aksi kenyang dan sentap

OTW tue Jalan TAR

sayaaaaang semuaaaaa, aksi sweet lah konon


Lepas dah makan, plan nak g Jln TAR plak. Kunun nak cari tudung. Achik laks sibuk nak g SOGO. Maklum lah, SOGO kan ada Scard. Gerak dengan kete angah. Achik tggl moto kat KLCC. Jalan agak Jem, biasa lah KL hari Sabtu semuaaaa nak shopping sebelum posa kot. Dah puas pusing SOGO, then beli tudung kat Jln TAR-pasar malam. Kitaorg gerak balik, angah turun kan YY ngan Achik kat KLCC. kita amik train ke Damai nak amik kete, achik plak masuk balik dlm KLCC amik moto. Pfwwtt !! agak kepenatan jugak meredah orang yang sangat ramai, tapi YY sangat puas hati. Rasa di sayangi hokey.



*tido sambil senyum, boleeeeeh.

Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan

Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz transexual"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke ospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan engalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with ardiogenic shock' dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad epada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti kempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.


Tak sempat

Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.
Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaMenurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.

"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, ak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya.

Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.

"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.

Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.

Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.

- Bernama - MALAYSIAKINI

Mohd Ashraf Hafiz Atau Aleesha Farhana Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. 

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
 

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.






 

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. 

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. 

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.-Malaysiakini 



Al-Fatihah...







Flaming Steamboat | Thanksss AK

Assalammualaikum *__*,

Okey, nak citer pasal Dating dengan AK. Sebelum nie kat SINI YY ada citer nak makan steamboat. Di Restoran  Flaming Steamboat. Terletak kat Platinum Walk. Kul 6ptg YY ngan Iza dah sampai. Apa lagi, kitaorg blasah dulu lah. Macam2 jenis makanan ada. Selain dari pelbagai jenis steamboat, ada jugak makanan macam nasi goreng, kari ayam, dan mee goreng. Tue x masuk lagi aiscream. Air pun ada macam2 perisa tau. Malas nak citer panjang, layan pict je lah eh. Kemudian baru amy sampai, then wen dengan bodyguard nyerrr. agak meriah jugak walaupun x semua AK ada.









Boleh jugak lepas rindu bila dapat dating camnie. Makan pun dah macam xde hari esok, kunun2 macam nak nyambut posa lah. Bulan posa pun ada buffet steamboat tahu. harga dalam RM30/person. Berbaloi dengan pilihan makanan yg agak banyak jugak.



Dating with AK | Steamboat Time

Assalammualaikum *__*,

Pffwwtt, agak lama jugak YY x dating ngan AK. Kali nie dah plan nak blasah steamboat sampai kembung perut kat Platinum Walk. YY pun x tahu kat blah mana. Nama restoran pun YY x tahu. Kata ada teknologi, tipon ajer. Makan2 sempena dah berbulan2 x dating, di tambah bulan nie kan besday YY. Tahun lepas dah sambut kat SINI ngan AK. So, tahun nie agak lewat sambutan nyer.

Ehsan Miss Google


* korunk jom lah JOIN GA YY < SINI >. Leh dapat Voucher KFC tau.




-autopublish ja,, sekarang tgh mencekik daaaah.


Memo kepada semua staff

Assalammualaikum *__*,

owh nak share lah. YY jumpa nie kat FB. Agak panjang, tapi menarik untuk di baca.

Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:- 




a.PENGANGKUTAN. Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji. 




b. CUTI TAHUNAN. Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan 
kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. 




c. WAKTU LUNCH: 1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan. 




d. CUTI SAKIT: Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga. 




e. PENGGUNAAN TANDAS: Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.










 f. PEMBEDAHAN: Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak. 




g. PENGGUNAAN INTERNET Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik.




 Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. Sekian, terima kasih.




Party Xplay | OPERA SUNWAY

Assalammualaikum *__*,

Arghh, ngantuk nie. Baru ja opis YY buat Majlis Tahlil, Bacaan Yassin + Nak sambut posa. Kekenyangan yg amat dahsat nie. Tapi lupa lah nak take pict, sebab dah kelaparan sangat harus lah kejar makan dulu. Ada menu sambal udang, ayam grg berempah, daging salai masak lomak cili api, sayur campur, ulam2 dan sambal belacan. Air Bandung + soda. Pfwwwtt !!! layaaaansss.

ehsan Miss Google

Walaupun hari nie Jumaat , waktu rehat yang agak lama, YY x buat aktiviti menidurkan diri sebab kepenuhan perut. So, nak citer yang YY dapat jemputan lagi dari Nuffnang.




YY citer ngan angah, kata nyer tempat nie Club. Macam tak sesuai ja nak g. So, YY pun google lah, Owwhh, betul lah club. YY pun tanya elfe kawan keje kat sunway, comfirm tempat nie club. Tapi YY mmg x dapat nak g sebab dah ada plan lain. Ada org nak buat suprise birthday lah kunun. Jadi YY dah bg tix nie ke elfe, enjoy lah yerrr. Ada kumpulan extrange tau. Nanti elfe load gambar bebanyak kat FB eh.

ok, papai. macam nak tido laks mata nieee,.. Daaaaaaaaa !!!


THANKS Nuffnang

INFO SIHAT | anaemia

Anaemia

Pengenalan
Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.









Sebab-sebab anaemia
  1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)
    • Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
    • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
Ini mungkin disebabkan oleh :
    • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
      • Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
      • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
    • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
    • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
    • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
    • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
  1. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan
Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
    • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
    • Talasemia
Tanda-tanda dan gejala
Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.
Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan
sleep in class
Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.
Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.
Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. 
Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
  • Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
  • Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.
Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan
Makanan
Saiz Hidangan
Zat Besi (mg)
Hati, Ayam
2 keping,105g
12.8
Peha ayam
1 ketul kecil,125g
1.0
Daging lembu tanpa lemak
1 keping,268g
5.9
Hati, Lembu
1 keping,283g
11.1
Tuna
1 ketul,73g
1.1
Kerang
10 Biji,86g
2.0
paru
½ Cawan,2g
7.7
Oats di proses
½ cawan
1.8
Tauhu
1 keping,107g
3.4
Kacang
1 cawan,154g
4.5
Bayam
1 cawan dicincang,64g
2.4
Kismis
39g, ¼ cawan
1.4
Roti
1 keping,25g
0.8
Nasi
128g
0.3
Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical Research, 1997.


Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. Sila lihat Piramid Makanan.





SHARING IS CARING





Dapt tix VIP Malaysia VS Singapore

Assalammualaikum *__*,

Yuhuuu, dapat tix VIP. Padahal bukan ikut sangat pasal bola nie. X faham pun peraturan bola. Terujaaa, rasa nak lompat2 ja.









Agak2 kalau jual ada orang nak beli x,.??? berapa nak jual eh, haaaiyaaak !!!

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Assalammualaikum *__*,


Santai Bersama BEN ASHAARI
JOIN KLIK BANNER
Join segmen Abg Ben lagikk,.. Jom korunk pun join jugak eh. Kali nie ada hadiah okey. Macam2 ada.




MTV WORLD STAGE 2011 punyerr citerrr

Assalammualaikum *__*,

Wuhuuu, agak lambat YY hupdate pasal MTV WORLD STAGE 2011 kan. Biar lambat dari lansung xde kan. So, hari kejadian berjanji lah YY dengan angah kat McD seksyen2 Shah Alam. Plan nak ke Icity 1 kete ja. Kete angah tgglkan McD.

Sampai kat Icity, macam x ramai orang lagi. Masuk ja bayaran 1 kete RM10. Kira cam bayar parking lah. Berpusing2 YY dalam bangunan cari park kosong, sampai YY yang drive pun jadi pening hokeeeyy. Memula cari Budiey dulu sebab dapat tix dari dia kan. Masa duk pusing2 tue, YY dah nampak org dah ramai menyerbu masuk ke Icity Park. Wow !! agak ramai jugak peminat MTV kan. Pffwwtt !!! terkejut YY. Nasib lah YY ngan angah datang just for fun, nak santai2 sambil layan konsert.

Dah lah nak masuk agak jauh menapak. Penat gak arr. Sian YY tgk orang yang pakai kasut tumit tinggi, halus lak tue. Sampai berjalan pun kena kawan pimpin. Kan dah menyusahkan diri nama nyer tue. Yang pakai macam x cukup kain pun boleh tahan gak. Patut lah PAS Selangor menentang konsert nie.




Masuk kat ICity Park mmg xleh bawak air. So, kat dalam mmg dah ada org jual air, tapi yang x leh trima akal 1 bekas kechik air di jual RM5. Betul2 cekik darah. Mengambil kesempatan sebab air x leh bawak masuk kan. Tue blum kira air kosong dlm bekas kechik di jual RM3. Pfwwttt, mmg kaya cepat lah.




Bila konsert bermula, yang paling YY kagum adalah sound system yang mmg best dan sedap di dengar, layar yang terang. Dah macam Full HD + Beyond ok. Penyanyi nyer peluh jatuh pun leh nampak. Padahal agak jauh jugak YY duduk. Malas nak bersesak dalam org ramai. Lagi pun senang nanti nak cabut balik.




Sebelum kumpulan last perfome, kitaorg dah cabut dah. Sebelum tue bergambar dulu dengan lampu2 Icity yang meriah tue. Rugi dah sampai x bergambar kan. Padahl dulu dah pernah datang, tapi masa tue masuk free jaaa. Sekarang nie dah ada macam2, kena bayar lak tueee. Xper lah, collect duit nak bayar Bil Letrik kot, hahahaha.

Yang perfome malam tue :

1. POP SHUVIT
2. BEAST
3. NEON TREES
4. 30 SECOND TO MARS


Opss , lupa YY nak citer, angah ingatkan tadi.

Masa nak masuk dapat lah air tin free. YY ngan angah simpan lah kot2 nak minum kat dalam. Mana lah kitaorg nak tahu yang air xleh bawak masuk. Terpaksa lah tgglkan air tin yang blum minum dengan air mineral yang YY beli. Haisssh, geram tul. Then bila dah menapak jauh, masuk2 ja dah haus, terpaksa lah angah beli jugak air yang mineral secoit dengan harga RM3. Pfwwwttt, konsi berdua. Sekali sedut dah habis.



* Nak tahu camner YY leh Dapat Tiket MTV WORLD STAGE 2011 kat < SINI >




Kejam giler | Geram tgk Pembunuh KUCING

Assalammualai *__*,

Hadoo, pepagi lagi YY dah sedih bila tgk video nie < SINI >.

Sedih nyer YY. Sedangkan kalau 'mamat' kucing YY x sihat pun YY dah nangis tahu. Kejam nyerr, sampai hati dia buat kucing camgitue. Si TOMBOY nie x tahu yer kucing binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Sentap YY pepagi Khamis nie tahu. mmg patut lah dia di hukum.





Lagi bagus kalau buat balik camner dia buat kat kucing tue. Biar dia rasa sakit nyer camne. Sampai mati kucing tuee,.. arrghh, air mata xleh tahan dah. TSK, TSk, TSk,.. kejaaaaaam !!!! Sob Sob Sob,.. nak melayan perasaan jap , haaaaisssh !!!



* alaaah, nape hukuman nyer denda RM 400 ja.



Kehebatan DOA

Assalammualaikum *__*,


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;
"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..
(Sumber: Hadis Kudsi).

Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

SHARING IS CARING





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah