Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Tips Menyemarakkan CINTA ::

Dlm hubungan suami isteri ataupun saat bercinta, kita harus sentiasa myemarakkan cinta di hati masing-masing. 
Agar ia terus mekar & wangi selamanya. Jom ikuti tips myemarakkan cinta di bwh ini:

1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).

2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.

3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.

4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .

5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.


6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.

7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.

8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.

9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.

10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.


4 comments:

  1. heheheh, macam tak sesuai je lg baca ni sebab tade suami lagi :DDD . xpe2 persediaan :)

    ReplyDelete
  2. tapi biasanye isteri yang kena selalu jaga hati suamikan... :)

    ReplyDelete
  3. tips yg berguna... tpi, NN single lagi... haha

    ReplyDelete
  4. amboiii, mcm dh kahwin je akak YY ni letak entri macam ni..hehe :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah