KUALA LUMPUR: “Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja,” kata Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, ketika meluahkan kekecewaannya terhadap penyanyi popular Jamal Abdillah, 52.
Menurut Yunus, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.
“Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.’ Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang,” katanya.
Menurutnya, Jamal yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.
Menurutnya, Jamal yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.
Yunus berkata, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baru.
SUMBER
sepatutnye jamal leh guna pengaruh die untuk membantu para penagih kat rumah PENGASIH tu kn :)
ReplyDeleteishh at least balas le budi pengasih tu dengan buat event amal ke apa2 ke kan ishh tak patut2
ReplyDelete