Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: DIBUNUH tunang kerana CEMBURU ::

PERAI: “Arwah pernah cerita mengenai tunangnya yang kuat cemburu dan panas baran serta cermin keretanya pernah dipecahkan suspek.
“Dia juga pernah beritahu lelaki itu ada hantar surat kepadanya sebelum ini yang menyatakan rasa puas hati terhadapnya,” kata Aishah Mohamad, 52, ibu angkat, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam seorang lelaki dipercayai tunangnya sendiri di sebuah bilik persalinan di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini, pagi semalam.

Aishah turut mengakui tingkah laku anak angkatnya agak pelik sejak malam kelmarin, termasuk menyuap makanan kepadanya dan bersalaman serta memeluknya sebelum tidur.


“Pagi tadi (semalam) juga, arwah memeluk saya berkali-kali sebelum menaiki kereta untuk ke tempat kerjanya,” katanya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerja anak angkatnya itu. Dalam kejadian itu, mangsa yang juga pekerja stesen minyak berkenaan dikatakan tiba di tempat kerjanya itu sebelum masuk ke bilik persalinan itu kira-kira jam 6.30 pagi, diikuti seorang lelaki dipercayai tunangnya tidak lama kemudian.

Kira-kira sejam kemudian, lelaki berkenaan dilihat keluar dari bilik itu dan terus beredar dari stesen minyak itu.


Menyedari mangsa tidak melaporkan diri untuk bekerja kira-kira jam 8 pagi, rakan sekerjanya ke bilik berkenaan sebelum menemuinya dalam keadaan berlumuran darah lalu menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu. Mangsa juga seorang ibu tunggal selepas bercerai kira-kira setahun lalu dan mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun dikatakan bertunang dengan lelaki itu beberapa bulan lalu.



Kedua-dua anak mangsa kini dijaga keluarganya di Chuping, Perlis dan dia menetap bersama ibu angkatnya di Bertam, dekat sini, sejak tiga tahun lalu. Kakak mangsa, Saleha Jusoh, 30, berkata adiknya itu ada menghubunginya Isnin lalu bagi bertanyakan keadaan anaknya yang demam.

Menurutnya, dia tidak sangka perbualan itu adalah kali terakhir antara mereka sebelum dikejutkan dengan berita pembunuhannya itu.




“Tergamak orang buat begitu kepadanya, adik saya bukannya jenis orang yang bermasalah kerana dia seorang yang pendiam, peramah dan manja,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila ditikam di dada dan perut beberapa kali.


Menurutnya, siasatan juga menemui sebilah pisau sepanjang kira-kira 0.3 meter di tempat kejadian dipercayai digunakan untuk menikamnya.


Katanya, suspek dikenal pasti adalah tunang mangsa sendiri berusia 35 tahun yang bekerja di sebuah kilang dan beralamat di Mengkuang Mak Sulong, Bukit Mertajam.


“Kami (polis) ada menerima panggilan dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) kira-kira 11.30 pagi ini (semalam) memaklumkan suspek sedang menerima rawatan di hospital selepas dipercayai meminum racun.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat,” katanya.



PETIKAN DARI : HARIAN METRO


***************************************************************************

Halamak, lagi kisah cemburu dan dibunuh. Takut lah pulak. Nampak sangat kan lelaki sekarang ramai yang x kuat IMAN. Ya Allah, Jauhkan diri ku dari segala yang tidak baik.



4 comments:

  1. haih..macam-macam kes la sekarang..nyawa manusia tu dibuat macam nyawa semut je...

    ReplyDelete
  2. hum, hr2 kes bunuh..itulh dunia skrg..moga kita dijauhkan dgn org2 sebegitu...

    ReplyDelete
  3. memalukan kaum laki je.Manusia semakin tak beriman sekarang.

    ReplyDelete
  4. kalau rasa si lelaki 2 jenis kuat cemburu, baik tinggalkan awal2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah