Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Uncle sebelah buat apa tue Abah ??

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam. 

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah. Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita
yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita.... 



"Uncle sebelah buat apa tu Abah?" Dan secara amnya, kita akan menjawab... "dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia" Jawapan itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik..... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawaban ... "dia tengah sembah tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara
mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita. Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia" Sekiranya jawapan ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawapan yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawapan yang diberikan kepada anak, kerana jawapan yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.  Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan" .  Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik..... 

Jika sekiranya ingin mengumpul saham akhirat,sampaikanlah ilmu ini kepada yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat" Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain  

Credit to : LINDA

Sharing Is Caring.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah