Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Trip to Langkawi Part 2 ::

Assalammualaikum ^__^ ,

Maaf di pinta kerna lambat pulak sambungan citer trip to langkawi kan. Hari pertama dah citer suma kat Trip To Langkawi Part 1. So, sini mau citer hari ke-2 pulak eh.

Pepagi lagik dah bangun sebab nak kena gerak ke tempat tuk aktiviti Island Hopping. Terima Kasih banyak lah kat Zati sebab dia kitaorg dapat pakej murah RM25/seorang. Kalau ikut, banyak promote paling murah pun diowg nak bg RM35/seorang. Perjanjian nyer bot akan gerak kul 9.30pg. Dari Kondo Istana ( KI ) dalam kul 8.45pg. Sampai situ dah dekat kul 9.30pg gak arr. Tapi biasa lah janji melayu kan.

Last2 kitaorg beredar dari pantai ke Pulau pertama iaitu PULAU DAYANG BUNTING dah dekat 10.30pg. Nie suma gara2 tetiba ada penambahan org yg nak menjoinkan diri. Memula dah naik bot kechik, then turun balik sebab nak tunggu bot besar. Tue pasal lah jadi lewat sikit. Kitaorg satu bot dengan pelancong dari Singapore ( tapi yang heran cakap cam Thailand), hurrmmmm !!! nape eh xmo nagku dari Thailand. Malukah ??? Hanya mereka saje yang mengerti mengapa kan, kan, kan. Diowng tanya ler, kitaorg dapat harga brape kan tuk Island Hoping tue. Lelaju ja angah jawab RM35. Then pelancong tue kata diowg kena RM45. Dalam hati kitaowg dah x best. Sib baik Idea datang, diowg ada Van amik kat hotel, sebab tue lebih RM10 dari kitaorg yang datang sendiri ke Pantai tue. Huh !!! selamat ada idea pantas kan. Hihihihihi.










Destinasi pertama ke Pulau Dayang Bunting. Dapat bot mmg laju. Best nyer !!!! Dalam 20minit kitaorg sampai. Kagum bila tgk Pulau nyer mmg ada rupa perempuan yang sedang bunting berbaring.Di Pulau Dayang Bunting di beri masa sejam kalau nak mandi ke, nak bergambar ke, nak buat apa2 lah. Kitaorg pun teruskan dengan sessi bergambar. Then alang excited nak naik solar Bot kat tasek dayang bunting. Kitaorg pun lelaju lah ke Tasek kan sebab takut x cukup masa. Sejam mmg x cukup bg kami2 yg giler bergambar nie kan. Halamak, nak ke tasek naik bukit, semput gak arr, tapi bila sampai ,.. Ya ALLAH, chantek nyer. Kagum dengan keindahan alam. Air Tasek yang tenang. Terkesima apabila memikirkan di tengah2 lautan wujud sebuah pulau yang mempunyai tasek air tawar. Ya ALLAH, Hanya ENGKAU yang mengetahui. Dah ramai pun org mandi masa kitaorg sampai. Terus menuju ke tempat sewa Solar Bot. kitaorg nak amik 2 bot, jadi dari RM60, abg tue dengan baik hati nyer bagi RM50 ja. Angah naik ngan Achik, kita ngan Alang ler. Mmg sangat tenang dan santai mengelilingi Tasek. Air tenang dan kita siap minum lagi air Tasek tue. Saje nak rasa. Mmg betul pun air tawar. Boleh hilang stress tau bila melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.Masa yang di beri 30minit ja. Rasa cam x cukup , tapi kitaorg xleh lama sebab dah dekat sejam. Kang kena tinggal ngan Bot x pasal ja. Hehehehe, tapi kitaorg mmg lewat sikit, sampai2 kat bot semua dah tggu kitaorg berempat ja lagik. Sib baik dapat pelancong yang hokey , minta maaf lah atas kelewatan kitaorg yg teruja nie eh.












Dari Dayang Bunting terus menuju ke tempat nak bagi Helang makan. Harus lah Helang kan, x kan Gagak kot. Dah langkawi trademark nyer Burung Helang. Sebelum gerak mmg ada seorang abg nie masa kat pantai bg kitaorg seplastik ayam mentah. Tapi dah terhilang pulak dalam bot. Nguper nyer yg bawak bot tue dah letak ayam2 tue dlm 1 baldi. Sampai2 ja mmg banyak burung helang sedang berterbangan. Alang yg duk belakang sekali apa lagik, campak lah ayam2 tue ke laut. Dengan pantas nyer, helang2 menyerang ayam2 itu. Mmg dah sifat Helang kan, laju, pantas dan tajam mata nya. Dah puas tgk Helang, terus menuju ke Pulau Beras Basah. kat sini kitaorg cuma menikmati keindahan pantai. nak mandi laut pun malas sebab masa sejam mana cukup kan. Kebetulan pulak, hari dah mula nak hujan. Cukup sejam,beredar ke pantai dlm keadaan kesejukan sebab bumi dah mula 'menangis'.

Seterus nyer kami menuju ke UNDERWATERWORLD. tiket masuk cuma RM28 bagi rakyat Malaysia. Kat sini banyak pameran tentang hidupan laut. Macam2 ada. Layan picture jer lah erk.




Kemudian ke Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. Kat beras terbakar nie shopping sesikit ole2. Ada jual minyak2, baju langkawi, kain batik, kain pelikat.Masa nie matahari tengah duk terpacak atas kepala. Manyak panas wooo !!! so kami decide balik IK dulu, then baru ke destinasi seterusnya.







Selepas berehat jap, mandi2 , wangi2,.. kitaorg terus menuju ke Padang Maksirat. Mahu makan laksa cam 1st day tue. Sedap bangat sampai nak makan lagik. Nasib kitaorg mmg baik sebab sampai2 ja masih ada laksa dan makchik tue blum nak tutup lagi padahal dah kul 7mlm ( patut nyer tutup kul 7 ). Kalau dah rezki kan.

Lepas dah kenyang, we all plan nak ke Pekan kuah shopping cekelat. Takut kot sok x sempat nak g kan. maklumlah, banyak lagi destinasi yang blum di terjah. Kedai yg terpilih menjadi tempat untuk di habis kan duit nyer adalah ISMAIL GROUP. giler weeiiii tgk cekelat kat sini. Macam2 jenis ada. Bentuk pun macam2 saiz.









Dah habis shopping cekelat, kami ke program seterusnya iaitu karaoke. Hihihihi, kat kl macam xde kaaroks jerk kan. Kunun2 dolu masa kat Penang we all layan tgk wayang, jadi kat Langkawi nak karoks lah pulak kan. Karoks2 nye karoks , kul 12 gak arrr baru kitaorg balik. So penat hokey, tapi happy giler2.







Sessi tido charge tenaga tuk esok pulak. Mimpi gula2 eh.

hokey bye !!!.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah