Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Trip To Langkawi part 1 ::

Assalammualaikum uolss ^_^,

Sudah 4 hari tidak membuka lappy dan menghupdate blog kesayangan ku ini. Semua nyer gara2 trip ke Langkawi. Padahal penat x habis lagi nie,,sebab baru jer sampai umah kul 12 tgh tadi. penat tapi seronok sangat. Macam2 aktiviti yang kitaorg buat sepanjang berada di Langkawi. "Nasib Baik", sangat suka dengan kitaorg. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdullilah.







Kalau ikut hati nanti2 jerk nak citer, sebab gambar banyak kat camera angah. Kang x best pulak citer xde picture kan. So, nak citer pasal perjalanan pergi dulu lah. Gerak dari kl dalam kul 9mlm-jumaat. Memula angah yang drive then tukar ngan Achik laks. Pastu kita pulak drive dari Tapah sampai Gurun. Kat gurun masa tue dah kul 3pagi. Buat keputusan tuk lelap kan mata dulu. Then dalam kul 5.00pg teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Perlis. Sampai dalm kul 6.30pg terus cari umah Pak Tam. Pak Tam nie pakchik kepada cikgu kat sekolah Achik. Dah janji nak park kete kat umah dia. Langkah keselamatan kan. Jimat dan Selamat konsep nyer.Rumah Pak Tam pun bukan jauh, 5minit jer dah sampai Jeti. Pak Tam hantar kitaorg sampai jeti.

Sampai Jeti, cam biasa lah ramai yg menyerang. Nak promo mcm2 pasal Langkawi. Promo kete sewa lah, Islang Hoping lah, Hotel lah, Feri lah. Kitaorg dah blur2 masa tue. Then achik g beli tiket feri. Feri kul 9.30pg. Tapi masa tue ada dalam setengah jam lagi. Masa duk tggu Feri kat ruang menunggu, bincang2 nak amik x Pakej Island Hoping dengan harga RM35/seorg. Masing2 fikir cam murah jer kan. Tetiba kita nampak seseorang diruang menunggu, Macam ku kenal ini org.hurmmm !!! sape kah???

Ini lah Zati




OMG, kawan sekerja di BA lah.Rupa2 nyer dia dah tukar ke PULAPOL Langkawi. opss !!! lupa nak bgtau, nama nyer ZATI. Dulu kat BA duk bahagian Admin. Slalu lah jumpa dia kan. Sebab tue kenal. Sekali Zati cakap Islang Hoping leh dapat RM25/seorg. Wah !!! kitaorg dah teruja dah. Yerlah , sib baik jumpa Zati dan dapat tau harga sebenar Island Hoping kan. Then Zati ajak lepak umah dia jer, xyah duk hotel. Lagi sekali nasib baik tapi masalah nyer kitaorg dah bayar full payment tuk hotel sebab book under AirAsia Go. Past tue Zati offer guna kete dia, x yah susah2 nak sewa kete. Halamakkk, sekali lagi nasib baik. See, dah kata "nasib baik" mengiringi kitaorg.





Kebetulan Zati mmg naik feri sama ngan kitaorg. Sampai Jeti dah ada anggota tunggu. Zati offer nak hantar ke Kondo Istana ( KI ). Ya Allah, syukur nyer jumpa org baik ini. Sebelum balik, singgah makan dulu kat LADA. kunun2 bfast padahal dah kul 11pg pun. Dah sampai KI, rehat jap, mandi siap2 nak ke Cable Car. Tapi sebelum tue Zati bawak kitaorg g beli tiket Island Hoping, Makan Laksa mmg sedap giler dekat ngan Airport, then terus ke Cable Car, Gunung Mat Cincang.

Dalam Cable Car
di puncak Gunung Mat Cincang
Alang & Angah


Part Paling best, bila naik Cable Car kan dah nak petang. Kitaorg sempat layan Sunset wo,.. best kan. Terharu dapat tgk keindahan alam. Berada di ketinggian 700meter dari aras laut, terus terfikir camner lah diorg buat cable car nie dulu kan. Tinggi giler. Adakah menggunakan Helikopter?? Zati pun sesama kitaorg memeriah kan hari pertama kitaorg di Langkawi. Yang lebih bernasib baik, ngupernyer pd hari sabtu adalah hari terakhir Cable Car beroperasi dan akan di tutup dari 17 April- 30 April untuk penyelengaraan. Hurmmm !!! Nasib baik lagik.

Sunset @ Gunung Mat Cincang !!!
menunggu sunset
so happy
Penat sangat kah???

Menikmati escream turun dari Gunung
Tayang escream nampak !!!

Lepas Cable Car, kitaorg ke Pantai Chenang. Aktiviti makan2. di Restoran Haji Ramli. Bab makan di Langkawi nie mmg layan. Sedap2 tue. Harga pun murah2 ja. Yang Paling lawak bila nak pilih ikan, Punyer confident nak ikan siakap 3 rasa. Tapi semua x kenal ikan. Hahahaha !!! buat kena gelak ngan abg yg jaga ikan ja. Sib baik ada Zati yg tolong pilih kan Ikan. Ahaiii, malu eh.











Sebelum balik, hantar Zati ke PULAPOL. Kete kitaorg guna sebab Zati memberi pinjam dengan senang hati nyer.Balik ke KI dah lewat malam. Bersih kan diri, tido terus. Kita paling awal tido sebab mmg seharian dari KL x tido. Gara2 menjadi driver. Mmg pengsan terus. Nak charge tenaga untuk hari esok. Syukur hari pertama cuaca baik, dan bertemu orang yang baik.



p/s : Picture load kemudian eh.

6 comments:

  1. beznyer..bile la nk g lgkawi ni..;)

    ReplyDelete
  2. Sronok kn pi langkawi.Thn lps sy dh pi.naik kapal terbang lagi.paling sronok naik kabel la.Seram pun ade tp bila dh smpai kt puncak sronok giler..

    ReplyDelete
  3. @Dea : mmg best,.. nak g lagik je rasa.

    @SB : mmg seronok giler, tambah pulak dapat tgk sunset... rasa nak g banyak kali lagikk !!!

    ReplyDelete
  4. seronoknyaa. last kte pergi, masa umur 6 tahun. okay!! dah berapa tahun tak pergi sana. huhu

    ReplyDelete
  5. bestnyeeee..akak, nnt klu sy nk g langkawi, sy nk jmpa akak dulu eh..mnta tips..hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah