Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: SEGMEN : saya sayang IBU ::

Di dalam kebuntuan pemikiran, kecelaruan minda untuk seketika. Tetiba terlihat di Shoutbox mengata kan bahawa telah di Tag oleh PAK CEK BIOLA untuk SEGMEN : SAYA SAYANG IBU. Halamak, nape ayat macam skema sangat nie. Hihihiii, saje lah kan tetiba nak buat ayat purbakala kan, kan, kan.


So, dengan seikhlas hati cuba untuk memenuhi segala syarat2 Segmen nie. Memula kena lah tepek Banner kan.

KLIK BANNER UNTUK JOIN


 ceritakan kenangan manis anda bersama ibu, ucapan sempena hari ibu
dan hadiah yg mungkin anda akan bagi.

Kenangan manis, sangat banyak hokey. IBU adalah segala2 nya. Kalau xde IBU kita xkan lahir di dunia. Sejak AYAH pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. IBU lah tempat kami mengadu nasib. IBU cuba melakukan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Saat manis bila kita dapat bawak ibu bercuti ke Thailand. Masa tue shopping mmg x henggat. Sampai tertinggal lah bag kat Imgresen. Mana x nya, dari pergi 1 beg, balik ja dah jadi 3beg. Besar2 pulak tue. Sampai kawan yang ikut pun kena tolong angkat kan beg sekali. Huh !! IBU kita mmg giler shopping, pantang ader peluang. Paling yang ibu kita suka adalah tukar langsir rumah. Kadang2 dalam sebulan mahu 2x langsir bertukar. Sampai arwah ayah pernah gelar kan IBU giler langsir. Bukan senang nak tukar langsir tau. Kita cukup malas. Nak cucuk besi lah. Nak memanjat2 lagi. Tapi, kalau dah minat sanggup ja.

Yang paling kita kagum, IBU dulu jarang masak. Buat kuih mmg x pernah lah masa arwah AYAH masih ada. AYAH lah yang slalu masak tuk kami. AYAH mmg teror masak. Slalu kitaorg order ja. Apa nak makan, pasti siap di depan mata. Kalau bab nak makan kuih, ayah mmg x bg IBU buat. Ayah suh beli ja kalau teringin nak makan. Kunun nanti buat x jadi, membazir ja.

Tapi sekarang, ibu siap buat kuih tuk hantar ke sekolah. Macam2 kuih dia buat tau. Tue yang buat kami adik-beradik sangat kagum. Dari seorg yang memang x berapa reti memasak, tapi boleh berubah dan masa bulan puasa IBU boleh jual nasi campur lagi. Masak pelbagai jenis lauk seorg diri. WOw, !! babb nie mmg kita kagum sangat2. Kitaorg mmg xbagi IBU buat apa2, tapi IBU jenis yang mmg x reti duduk diam.Ada ja aktiviti yang IBU nak buat. Sampai kitaorg adik-beradik dah x terlarang.

IBU & ALONG
IBU, along sayang IBU,.. IBU lah segala-gala nya bagi along. along tau kadang2 along ada terkechik kan hati IBU. Along minta MAAF. Moga IBU sentiasa sihat dan bahagia bersama anak2 IBU. Walaupun ayah telah pergi meningglkan kita semua. Tapi IBU tetap TABAH. ALONG SAYANG IBU.

arwah AYAH & IBU

HADIAH untuk IBU TAHUN nie , Pasti IBU suka punya,.. sesuatu dari LANGKAWI.

BUAT SEMUA BLOGGER YANG BERGELAR IBU,... 
SELAMAT HARI IBU,
PENGORBANAN IBU TIADA TOLOK BANDINGNYA. 

TAG SEMUA YANG SAYANG PADA IBU NYA !!!!

JOM JOIN : TARIKH TUTUP 5 MEI 2011


4 comments:

  1. samalah,ibu sy pon suka shopping kat langkawi tuh..huhu..memang suka beli perik belanga sudu garfu ni..haha

    p/s semoga ibu awak sentiasa sihat dan Al fatihah buat arwah ayah awak.

    ReplyDelete
  2. thanks join....

    best nye kalo dapat pegi shopping ngan ibu kan...

    semoga ibu panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin..

    ReplyDelete
  3. thanks uolss,... mari lah kita sayang IBU kita ,.. lalalala !!!

    ReplyDelete
  4. hailaa..sedih la pulak..teringat mak kt kg..sabtu ni mk dtg kl..hooyeahh!!btw, mak akak nmpk muda noo..kimslm kt makcik eh :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah