Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Bersyukurlah ::

Assalammualaikum ^__^ ,

Selamat pagi uolss, kejap jer masa berlalu kan. Hari nie dah Jumaat. April hampir melabuhkan tirai, Mei bakal menjelma. Haiii, cepat nyer masa berlalu. Masa berlari terlalu pantas. Jika kita leka, pasti ketinggalan kan.

Pagi tadi, bangun ja pagi tgk hujan kat luar. So, bila hujan pasti jalan kesesakan lah sikit. Mungkin yang biasa naik moto dah kena bawak kete kan ( kalau ada moto ). Sampai kat satu trafic nie, ada lah polis trafic jaga. Then kita tgk dia x pakai baju hujan pun. Mmg lah masa tue hujan macam x berapa lebat kan, tapi lelama basah jugak. Terus kita terfikir, BERSYUKUR lah kita yang mempunyai pekerjaan. Duduk di dalam opis yang ber hawa dingin. Tak kena panas, x kena hujan,

Jangan lah kita bandingkan dengan orang yang bergaji besar, cuba kita bandingkan dengan orang yang bersungguh2 mencari pekerjaan tapi susah nyer nak dapat. Ada tue bekerja, di bawah panas terik mentari. Terpaksa meredah hujan, ribut , petir . Kalau kita naik kete pergi keje, mengeluh sebab jalan jem. Ce bayang kan orang yang naik moto, kalau hujan pasti basah kan. Kalau orang yang naik moto, ce bayangkan orang yang x mempunyai kenderaan. Nak kena jalan kaki, naik bas. Memerlukan tenaga yang banyak jugak untuk melalui perjalanan ke tempat keje.

Kalau dah ada keje, mengeluh jugak lagi. Malas lah, xde mood lah, xmahu keje lah. Kalau berkemampuan xper lah kan, jadikan keje tue macam hobi ja. Ce fikir org yang susah nyer nak dapat keje. Nak cari duit nak sara diri, x masuk lagi yang dah bekeluarga. Yang penting kita kena lah berusaha bekerja dan mendapat keberkatan.

Kita sebagai manusia kekadang lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Kan lebih bagus jika kita berusaha dia atas titik peluh sendiri . Adakah kita patut berbangga dengan apa yang kita dapat hasil dari bantuan orang. X salah menerima bantuan, tapi haruskah kita riak. Fikir2 kan lah.

Saje nak berkongsi rasa, di samping untuk mengingat kan diri sendiri jugak. Kekadang kita pun ada rasa malas, bosan dengan keje bila menghadapi keadaan sekeliling yang melemaskan. Kisah pagi tadi, dan kesulitan yang di hadapi seorang teman semalam membuat kan kita nak bercerita tentang BERSYUKUR nie. Dah tagline pun "SUKA NAK BERCERITA" kan,.. kan,..kan,..

Nak tahu kisah teman kita tue,.. hurmmm !!! Nanti lah kita cite eh. Sekarang kita masih memikirkan 'masalah' yang sedang dihadapi nyer. Pengalaman teman2 boleh di jadikan pengajaran kan,. kan,.. kan,..


^ HIKMAH SOLAT ^

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama.

Nabi pernah bersabda "Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama" Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Meditasi mampu meredakan stress dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Tambahan pula, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.

Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan sebagai meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk, memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi yang biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah SWT dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah SWT. Lebih daripada itu, mereka yang bersolat akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.



solat Pictures, Images and Photos




Solat dan Yoga,ada orang yang mengatakan solat ialah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang Islam, solat lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Berhubung dengan yoga, yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimatmantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai King of Yoga.

Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan diperingkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal". Ia mempunyai kedudukan serta gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dikaitkan dengan rukun qauli serta zikir.

Salah satu kedudukan yang terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan ini, darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza denagn sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun solat ialah lebih daripada yoga kerana ia ialah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat mestilah menyucikan jiwanya terlebih dahulu. Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika diamalkan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati.



SHARING IS CARING

:: AJAL, tahu kah BILA ?? ::

Baru jer lepas layan citer 'Kashaf Imani" di Astro Ria. Rasa nyer dah berkali2 tgk tapi masih x jemu. Bila tgk kat paper ada tayangan, dah standby depan tv pada masa yang ditetapkan. Citer nie banyak pengajaran. Kita kalau RADIUS ONE buat drama, kita pasti tergedik2 nak tgk. Dah tau pasti best dan menarik,ada maksud yang tersirat yang nak disampaikan.


amani


amani


kasahf


SINOPSIS : 



Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.
Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.
Dibintangi : 
Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar. Telefilem ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof, pengarah videografi Pali Yasir, skrip Shahrulezad Mohameddin & Shahriman Wahap.


Pengajaran citer nie, kita x tau bila kita akan pergi meninggalkan dunia ini. Jadi, xperlu nak tunggu dah tua baru nak buat amal jariah. Kita sejak tgk citer nie, mmg sangat meninggalkan kesan dalam diri. Tahniah lah buat AZMA AIZAL YUSOOF kerna buat citer yang betul2 membuat kan kita berfikir. Lakonan hero dan heroin nyer mmg terbaeik.



:: SEGMEN : saya sayang IBU ::

Di dalam kebuntuan pemikiran, kecelaruan minda untuk seketika. Tetiba terlihat di Shoutbox mengata kan bahawa telah di Tag oleh PAK CEK BIOLA untuk SEGMEN : SAYA SAYANG IBU. Halamak, nape ayat macam skema sangat nie. Hihihiii, saje lah kan tetiba nak buat ayat purbakala kan, kan, kan.


So, dengan seikhlas hati cuba untuk memenuhi segala syarat2 Segmen nie. Memula kena lah tepek Banner kan.

KLIK BANNER UNTUK JOIN


 ceritakan kenangan manis anda bersama ibu, ucapan sempena hari ibu
dan hadiah yg mungkin anda akan bagi.

Kenangan manis, sangat banyak hokey. IBU adalah segala2 nya. Kalau xde IBU kita xkan lahir di dunia. Sejak AYAH pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. IBU lah tempat kami mengadu nasib. IBU cuba melakukan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Saat manis bila kita dapat bawak ibu bercuti ke Thailand. Masa tue shopping mmg x henggat. Sampai tertinggal lah bag kat Imgresen. Mana x nya, dari pergi 1 beg, balik ja dah jadi 3beg. Besar2 pulak tue. Sampai kawan yang ikut pun kena tolong angkat kan beg sekali. Huh !! IBU kita mmg giler shopping, pantang ader peluang. Paling yang ibu kita suka adalah tukar langsir rumah. Kadang2 dalam sebulan mahu 2x langsir bertukar. Sampai arwah ayah pernah gelar kan IBU giler langsir. Bukan senang nak tukar langsir tau. Kita cukup malas. Nak cucuk besi lah. Nak memanjat2 lagi. Tapi, kalau dah minat sanggup ja.

Yang paling kita kagum, IBU dulu jarang masak. Buat kuih mmg x pernah lah masa arwah AYAH masih ada. AYAH lah yang slalu masak tuk kami. AYAH mmg teror masak. Slalu kitaorg order ja. Apa nak makan, pasti siap di depan mata. Kalau bab nak makan kuih, ayah mmg x bg IBU buat. Ayah suh beli ja kalau teringin nak makan. Kunun nanti buat x jadi, membazir ja.

Tapi sekarang, ibu siap buat kuih tuk hantar ke sekolah. Macam2 kuih dia buat tau. Tue yang buat kami adik-beradik sangat kagum. Dari seorg yang memang x berapa reti memasak, tapi boleh berubah dan masa bulan puasa IBU boleh jual nasi campur lagi. Masak pelbagai jenis lauk seorg diri. WOw, !! babb nie mmg kita kagum sangat2. Kitaorg mmg xbagi IBU buat apa2, tapi IBU jenis yang mmg x reti duduk diam.Ada ja aktiviti yang IBU nak buat. Sampai kitaorg adik-beradik dah x terlarang.

IBU & ALONG
IBU, along sayang IBU,.. IBU lah segala-gala nya bagi along. along tau kadang2 along ada terkechik kan hati IBU. Along minta MAAF. Moga IBU sentiasa sihat dan bahagia bersama anak2 IBU. Walaupun ayah telah pergi meningglkan kita semua. Tapi IBU tetap TABAH. ALONG SAYANG IBU.

arwah AYAH & IBU

HADIAH untuk IBU TAHUN nie , Pasti IBU suka punya,.. sesuatu dari LANGKAWI.

BUAT SEMUA BLOGGER YANG BERGELAR IBU,... 
SELAMAT HARI IBU,
PENGORBANAN IBU TIADA TOLOK BANDINGNYA. 

TAG SEMUA YANG SAYANG PADA IBU NYA !!!!

JOM JOIN : TARIKH TUTUP 5 MEI 2011


Apakah CINTA Itu Sebenarnya Untuk KITA ??


Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.
Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.





Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . Tidak.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.

PETIKAN DARI : www.iluvislam.com

SHARING IS CARING.

:: DIGI WWWOW AWARD ::

Assalamualaikum *__*,..

Dalam minggu nie, bila Blogwalking kan. banyak nyer tgk blogger join DIGI WWWOW AWARD. Tetiba rasa nak menjoin kan diri. Korunk kalau sudi meh ler undi kita eh ,..



KLIK SINI untuk VOTE.

BETTER LATE THEN NEVER.

:: Contest Blog Paling Wonderful ::

Assalammualaikum uolss,..

Hari nie telah di Tag oleh Cik Sufi untuk join CONTEST BLOG PALING WONDERFUL. Halamak, kita nyer blog x ler wonder sangat kan. Tapi nak join gak ah. Syarat -Syarat seperti biasa lah,..


Tempek Banner : DONE ( KLIK banner jika mahu JOIN )

Syarat-syarat penyertaan: ( COPY PASTE JA DARI BLOG PEMBUAT CONTEST ).
  1. Jadi follower DHIA'S BLOG.
  2. Blogger perempuan atau lelaki pon boleh join.
  3. Blog yang dikira 'WONDERFUL' tak kesah lah cantik ke, comel ke, smart ke, hensem ke, macho ke, pendek cerita, yang berjaya menambat hati aku gitu,..cewahh,..HANYA 1 BLOG TERPILIH SEBAGAI PEMENANG,...
  4. Buat satu entry pasal contest & DHIA'S BLOG. Tempek banner contest sekali.
  5. Tag kepada 5 orang blogger and make sure mereka tahu mengenai contest ini.
  6. Letak banner contest di sidebar blog anda dan link-kan terus ke entry ni.
  7. Setelah selesai, tinggal kan link entry anda mengenai contest ni di comment entry ini. Saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. Bermula 15 April 2011 sehingga 15 May 2011. Lama kan kan??gunakan masa yang banyak ni untuk hias blog korang supaya jadi Wonderful! okay??
So , disini saya akan TAG 

hokey,.. suma syarat DONE.

:: Lagi 5 hari jaaaaa ::

Assalammualaikum,

Yuhuuu,.. nak habaq mai. Masih sempat lagi kalau nak join YANA YASSIN | 1st Giveaway

Syarat - Syarat :


* Letak banner nie dengan link kan ke Entri nie.
* Buat entri dengan tajuk : YaNa Yassin 1st Giveaway
* Follow Blog nie ( senang nanti nak tau pasal GA nie )
* Tag 3 orang bloggers dan pastikan diowng tau yg diowg di tag eh.
* Link kan Post Entri anda ke Bahagian komen dibawah entri ini.
Tarikh tutup 30 April 2011.


Hadiah : 

1 - Color Contact Lens
2 - 10psc Foot Detox.
3 - Topup - RM 10
4 - Topup - RM 5



SENARAI NAMA BLOGGER YaNa YassiN 1st GIVEAWAY,... SILA KE SINI

:: Trip To Langkawi - Post Mortem ::

Assalammualaikum uols ^____^,...

Lor, kata dah habis citer pasal langkawi kan, nape ada tajuk post mortem nie kan. Alah, macam lah x biasa kan. Kalau dah lepas bercuti, mesti lah nak buat kajian. Apa lebih, apa kurang nyer trip kitaorg nie. So, senang nanti nak perbaiki mana2 yang silap. Padahal lebih kepada nak amik cd gambar dari angah. X sabar wei, jeles dah bila achik kata dia dah dapat dari angah. Ini tidak adil kan, kan, kan,.


Memula nak jumpa kat McD, Tawakal. Kunun2 nak ngimbau kenangan zaman sekolah. McD Tawakal nie port lepak dari zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah tau. Dari x berapa nak cun, sekarang dah cun wo. Siap ada tempat smooking dan non smooke lagik. Tapi last minit vebue di tukar ke McD,ampang park.Apa lagik, kesana lah kita. Kebetulan Sabtu tue angah, alang ngan achik suma kena keje. kite jer lah yg melepak kat umah ja pun.

alang tarak senyum,.. kena balik awal eh.
gedixsss jaaaaaa kaaannnn
sedang memphotoshop pict alang,. auwww
mahu pulang sudah
Sampai2 ja alang dah standby, sebab dekat jer pun dari citibank( alang keje sabtu tue ). Dah suh awal2 cari tempat dekat ngan plug. Malas sebenar nyer nak guna batery lappy.Alang dah sibuk2 nak tgk gambar, nak load kat fb dia. G pun alang kena balik awal sebab ubat abah ada kat alang n abah cuci buah pinggang mula  kul 7mlm. Jadi kul 6ptg alah dah kena cabut. Angah ngan achik laks sampai lambat dalam kul 5.30 cam tue. So, ada setengah jam jer lagi masa tue tgk gambar dan sessi gelak. Mmg memasing gelak x igt punyer. Sib baik lah McD tue x ramai org kan.



eleh,.. manja suap2 laeeeiii

double cheesee burger
Thanks achik belanja McD
mmg fv achik take pict camnie,.. hihihihi
webcam kita, jeles kan alang,.. hahhaaha !!!
Bila alang balik, tinggal kitaorg bertiga ja. Bermula lah sessi mengedit gambar kasi kechik saiz nyer supaya senang nak load kat fb dan blog. Next plan, maybe luar dari Malaysia. Insya'ALLAH moga menjadi kenyataan.

Kisah Ke Langkawi :

@Trip To Langkawi Part 1
@Trip To Langkawi Part 2
@Trip To Langkawi Part 3


* masih sempat sesape nak join YaNa YassiN | 1st Giveaway. Tarikh tutup 30 April 2011. Jom memeriah kan sasana.


:: Trip To Langkawi Part 3 ::

Assalammualaikum uolsss *____* ,..

Hokey, diwaktu hujan yang lebat ini, Nak sambung citer pasal Langkawi part 3 ( hari terakhir ). Huaww, macam x puas tau. Rasa nak sambung coti lagi hokeyyy !!!. Sebelum nie dah citer kat Trip To Langkawi Part 1 - Day 1 dan Trip To Langkawi Part 2 - Day 2 . Nie dengan ikhlas hati nak sambung Day 3 plak.

Pepagi bangun udah siap2 sebab destinasi pertama ada lah IDAMAN SURI. Tempat jual Pinggang Mangkuk, Sourvenier, Sudu Garfu, dan macam2 lagi perkakas rumah. Tujuan nyer, alang nak beli barang2 yang telah di pesan oleh 'yang tersyang' ( mak ). Kesana lah kami tanpa bfast, sebab dah blasah roti dengan sambal ikan bilis(bekal dari mak alang) bersama bancuhan air milo ( along bancuh guna 3 in 1 ja ).






Selepas membeli belah di Idaman Suri, Kami terus ke Beras Terbakar kerna ada barangan yg semalam nak beli tapi x terbeli. Tapi sebab kan pandai sangat jalan, tetiba kami ternampak WILD LIFE PARK. Apa lagi, menyinggah kan diri lah. Kat sini kita boleh bagi makanan pada binatang2 yg di pamer kan. Yang paling excited angah ngan alang lah. Kita ngan achik follow camtue2 ja. Mata laks masih ngantuks kan. So, layan lah pict kat WILD LIFE PARK nie eh.













Dari situ kami ke Beras Terbakar membeli barangan seperti minyak gamat dan sourvenier. Masa nie dah tengahari, perut agak2 bekeroncong. Terus lah teringat akan kedai Nasi Ayam yg Zati cakap mmg sedap giler. Kesana lah kami untuk menikmati Makan tengahari di dalam keadaan cuaca yang renyai2. Mmg terbaeik lah Nasi ayam Nyer. Sampai sekarang duk terbayang2 lagi. Rasa nyer kat KL masih blum jumpa lagi Nasi Ayam yang sedap giler cam ginie. NASI AYAM PAK YA mmg KELASSSS.

sedang menunggu hidangan Nasi Ayam


senang hati dah kenyang

Terus menuju ke IK untuk bersiap2 pulang ke Kuala Lumpur. Agak lewat kami keluar dalam kul 2.30ptg. Padahal patut nyer checkout kul 12.30tgh kan. Nasib kami baik sebab x di charge atas kelewatan keluar dari IK. Menuju ke Dataran Lang untukk bergambar. Lepas tue tinggal kan achik ngan alang kat Jeti Point Langkawi sebab nak kena amik Zati tuk pulangkan kete. Bukan  xleh nak g amik Zati terus, tapi brg2 terlampau banyak sampai x muat kete. Alang sampai kena duk atas beg. Sib baik lah kechik kan.

Bersedia tuk Pulang ke Kuala Lumpur




Feri tuk ke Kuala Perlis kul 5.30ptg. Sampai2 ja, Pak Tam dah tggu. Sempat lagi Mak Tam bawak kami jejalan kat Kuala Perlis sampai ke Pulau Ketam. Akhirnya, Pukul 9mlm baru kami gerak ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, semua nyer berjalan lancar dan kami selamat sampai ke rumah masing2 keesokkan hari nyer ( sebab sampai umah alang kul 4pg, tido dulu lah ). Percutian yang sangat best, x kan lupa sampai bila2.



@ Jeti Point Langkawi

bersama cucu Mak Tam

Hokey,.. TAMAT lah sudah kisah di Langkawi. Next Plan ke,... ok2 , xmo citer dulu. Bila dah mula berjalan kan, asik nak berjalan ja. Haii, sib baik memasing bujang. Plan Last minit pun kekadang leh jadi kenyataan. Tapi macam Langkawi nie setahun plan tau.

Ok, Byeee !!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah