Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Perayaan Chen Beng ??? ::

Rajin pulak hupdate hari ini, setelah mengalami kesibukan terlampau. Sampai nak BerblogWalking pun x sempat. Kali nie saje nak story pasal Perayaan Chen Beng yang di sambut oleh masyarakat Cina.Hurrmmm !!! mesti pelik kan mana kita tau pasal perayaan nie, suma gara2 seorang abg di opis,nama nyer LOH KOK HOONG Dia sorang je Cina kat opis kita tau. Kitaorg mmg suka borak2 ngan dia sebab dia sangat faham dengan budaya melayu, dan sangat marah kala ada bahasa yg x betul digunakan dalam perbualan seharian atau pembacaan di surat khabar.

So, minggu lepas dia duk citer pasal nak g sambut perayaan CHEN BENG, Dia dah beli 'brg' untuk bapak dia. Memula x faham gak, 'brg' apa eh. Nguper nyer perayaan nie cara nyer, diowg akan beli replika barang yang nak di beri pada org yg dah mati tue. Abg Loh sibuk citer yg dia beli ASTRO untuk bapak dia. huhuhuu, tetiba sangat kagum sebab astro yg dia beli tue siap ada remote control tau. wow !!!! teringin nyer nak tgk tapi bila suh snap picture, kata nyer hp xde camera maaa,.. haiyakkk !!! lugi lah kami x dapat tgk Decoder astro dengan remote itu. Brg2 yg diowng beli nie, akan di bakar kat tempat abu bapak nyer diletakkan.

Then, semalam Abg Loh nie duk citer yang abg dia belikan Kete Merc untuk bapak nyerr harga RM28. So, Abg Loh x puas hati sebab kata nyer mahal. Dia usha kat kedai dia beli Astro tue baru RM23. Tau x apa abg dia balas ketidak puashatian abg Loh tue,...

'u tgk lah, i beli ada driver maaa,.... sebab tue mahal. ' ( di aleh bahasa ), hihihi

Kitorg bila dengar gelak terbahak2, x sangka tul. Unik perayaan diowng nie. Sangat tertanya2, camner lah nguper benda2 yang diowg nak bakar tue kan, so tadi kat pasar malam kita ternampak ada yang jual 'benda2' tue. Sempat lah kita curi2 snap picture,.... so layann picture berikut :

Kerusi Urut Siap ada remote tueee
Kete aPe nie eh !!!
Nampak real, padahal replika jer

Camner, nampak real kan. Menarik kalau kita dapat tau pasal budaya bangsa lain. Baru betul nama 1 Malaysia. Jadi kita rajin lah meng google dan terjumpa pasal PERAYAAN CHEN BENG nie,... sila lah baca kalau mahu tahu lanjut eh.

PERAYAAN CHEN BENG

Setiap tanggal 4 atau 5 April, menurut tradisi Tionghoa,
adalah hari Cheng Beng (Mandarin: Qingming). Di mana menurut
tradisi Tionghoa, orang akan beramai-ramai pergi ke tempat
pemakaman orang tua atau para leluhurnya untuk melakukan upacara
penghormatan. Biasanya upacara penghormatan ini dilakukan dengan
berbagai jenis, misalnya saja membersihkan kuburan, menebarkan
kertas sampai dengan membakar kertas yang sering dikenal dengan
Gincua (mandarin: Yinzhi=kertas perak).

Cheng beng adalah salah satu dari 24 Jieqi yang ditentukan
berdasarkan posisi bumi terhadap matahari. Pada Kalender Gregorian
AWAL (bukan akhir!) Cheng beng jatuh pada tanggal 5 April atau 4
April. Bila kita artikan kata Cheng beng, maka Cheng berarti cerah
dan Beng artinya terang sehingga bila digabungkan maka Chengbeng
berarti terang dan cerah.
Hari Qingming berkaitan dengan 2 hal yaitu Hanshi jie dan jieqi.

Saat Chengbeng ideal untuk berziarah dan membersihkan makam
karena cuaca yang bagus (cuaca cerah, langit terang). Apalagi pada
jaman dahulu lokasi pemakaman cukup jauh dari tempat
pemukiman.
Bahkan bila ada orang yang tinggal jauh dari kampung halamannya,
mereka akan berusaha untuk pulang ke kampung halamannya, khusus
untuk melakukan upacara penghormatan para luluhur.

sumber dari mail-archive


:: Kebizian Melanda ::

Huh !!!, nak hupdate pun x sempat. Nak ngadap PC lagi lah x sempat. Nie suma gara2 "PERTANDINGAN BOWLING " yang akan diadakan pada ahad nie. Payah nyer jadi AJK. Banyak hal nak uruskan. Mana nak settle kan keje lagikkk. Memula nak buat bowling nie macam xde sambutan jerk. Bila tanya suma macam x minat ja. Tapi smlm bila buat undian kumpulan, halamaaakkkk ramai nyer join. Suma ada 14 group, dan hari nie di tambah lagi 1 group ,.. so dah jadi 15 group. Meriah,.. !!! meriah.

masa nie bowling anjuran PERKEP
My Team
A.Aida The Produser
p/s : sajer tepek picture nie main bowling anjuran PERKEP @Wangsa Walk, ada Zed Zaidi dan A.Aida sebagai artis jemputan.

Hadiah yang menanti,.. Banyak woooo
Pandai nyer AJK hadiah cari Sponsor


Bab hadiah paling x sangka, banyak sponsor tue, memula g tgk pun dah terkejut ( dlm hati hope dapat lah sangkut 1 hadiah), hihihihihihi. Partner pulak MC, haiyoooo perlukan bantuan lah. Hope semua nyer berjalan lancar ahad nie. Mari lah kita bersukan bagi merapatkan hubungan diantara kakitangan dan keluarga sebab pertandingan bowling nie untuk kakitangan dan keluarga tau. Apa-apa pun tunggu cerita selanjut nyer nanti.


SEGMEN : DECO DECO BENG BENG BOONG


Huiyoo,..  BEN ASHAARI buat segmen lagik. Mau join lah. Kali nie dengan tajuk DECO DECO BENG BENG BOONG. Hapa lagi, mari kita mula kan. Hope semua dapat memberi komen dengan seikhlas hati.


Santai Bersama BEN ASHAARI

 Maklumat lanjut boleh ke SINI ,.. Mari memeriah kan segmen DECO DECO BENG BENG BOONG !!!!!!

Blogger itu Adalah Designer

Tadikan ada lah sorang teman kat opis iaitu dudah melakukan aktiviti blogwalking. Then tersesat lah dia ke sebuah blog yang sangat comel. Pemilik nyer adalah seorang designer. So, kita dengan tidak sabar nyer turut menerjah dan ingin memfollow sebab tgk betapa best nyer hubungan Designer ini bersama anak nyer. Pasti tertanya kan sapa kah Designer itu. Mari ke sini kalau mau tahu,....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Jom uolsss, kita terjah ini designer. Bukan setakat pandai design tau. Deco rumah pun chantek jugak !!!! rasa sangat kagum sebab kita yang pompan pun x sekreatif dia tau.


:: IsNiN Lagi ,.. arggghhh Nak Bercuti ::

Morning uolsss, Isnin datang lagi. Banyak yang perlu dilakukan. Keja boleh tahan banyak nyer. Hari nie pun mau jadi ceti sebab nak collect duit Ahad nie ada tournament Bowling, So sebagai AJK kena lah bekerja kan. Dalam hati rasa x sabor nak tunggu bulan 4 sebab nak pergi tempat yang dah plan setahun nak pergi. Sayang nyer plan pergi berenam dah jadi 4orang. Nie semua gara2 salah faham.

Di Bukit Bendera ,.. alang, achik, kite, angah, ateh
Sebelum nie kita pernah citer pasal adik-beradik PRS kan,... kat SINI kisah nyerrr. So lepas aktiviti percutian ke Penang >> SINI . Kitaorang plan tahun nie mau ke Langkawi. Walaupun dah pernah pergi, Feel x sama tau pergi dengan family dan pergi dengan kengkawan. Memula plan nak g semua along ( kita ), angah, alang, achik, ateh & adek. Tapi last min ateh & adek x jadi mau menjoinkan diri. Rasa x best nyer sebab x cukup korum. Memula tue cam hilang mood gak arr, sebab semua nie berlaku sebab salah faham, tapi kita fikir positif jerk,... maybe ada hikmah kan.

Tunggu,... Kedatangan KAMI


p/s : ateh : jgn majuk lelama, along sayang ateh,
       adek : Apa2 pun jadi kita tetap adik beradik.
       andak : sebelum pergi langkawi, kami akan melawat mu. Xsabar nak tggu anak buah lahir.






:: Follower ke- 200 ::

Punyer lah asik mau tunggu follower ke 200 ( padahal org lain dah beribu, x heran pun ),.. tetiba tgk dah terlajak. Sudah ada 202 follower. Thanks bangat lah pada yang sudi memfollow ke blog yang x seberapa nie kan. So,... nak bagi tau follower yang ke-200 jatuh kepada,...


*
*
*
*
*
*
*


Menarik kan Header Cik Ika

Jom reramai kita serang cik ika nie,.. memula terjah tadikk mmg rasa tertarik dengan entri tentang tunang2 tue,... then x sangka cik ika follow kita,... Thanks lah sebab sudi jenguk2 kita kat sini. Hope Hubungan antara bloggers berpanjangan bukan setakat follow memfollow jer eh. Jom2,.. singgah BLOG CIK IKA, sebab ada lagu2 lagi tueee,.. lallalallala !!!!

:: Header punyer pasal ::

yuhuuuu, hari ini rasa happy giler, sebab dapat buat header sendirik guna photoshop. Semua nie bantuan si kembar Iza bg download sofeware Photohope ( walaupun x ler chantek mana tapi atas usaha sendirik rasa bangga gak arrr ). Padahal sebelum nie lama dah cuba download tapi x sampai hajat. asik failed ja. Kebetulan Iza sorang ja kat umah gara2 amy ke melaka ada wedding mau attend.

Iza & Amy 'si kembar'
Aktiviti sebenar nyer nak lepak jap kat umah iza, sbb nak bljar cara download file guna torrent. Dari pagi sampai ke petang berjaya lah dapat satu citer iaitu SALT. Lama jugak nak tunggu satu cite habis di download. huhuhuhu!!!,.. sampai pale poning jap.


Citer nie kita berkenan sangat walaupun dah tgk kat wayang. Mmg layan wooo, Skg dah petang terasa nak makan McD, so ...... IZA cepat siap kita pergi serang McD berhampiran,... NYUM3x.




Banyak nyer ilmu dapat hari ini berkenaan aplikasi dlm komputer. Thanksss to Iza sebab jadi sifu hari ini. Lepas nie mmg asik ngadap lappy lah jawab nyer,.. huhuhuhuhu !!!!



:: Sambutan Hari Polis ke -204 ::

Morning uolss, nak story pasal hari polis semalam lah. 2hr sebelum tue dapat call nama naik kena g PULAPOL untuk sambutan hari polis. Memulakan igt kena g Maktab KL, yer lor, gara2 serangan virus kat PULAPOL,... mana tau kot xleh masuk . Tapii bila kat PULAPOL mmg chantek sangat lah sebab dari umah mmg 5 minit ja.

Me & Anis 
Hari Jumaat pagi bangun cam biasa, maklum ler kena ada kat PULAPOL kul 7pg. Disebabkan 5minit jadi kita kuar rumah dalam kul 6.45pg, tapi x tau mana silap nyer amik masa sejam baru sampai gara2 kejeman terlampau. Nie sebab abg2 trafik rajin sgt sampai 1 tempat 3org jaga. dari 5minit boleh sampai, dah jd sejam hokey. Sangat tension. Bila masuk PULAPOL parking pulak xde, sebab dah ramai yang sampai. Bila kat khemah pulak penuh xde tempat duduk. HUH !!!! sangat tertekan. Kita ngan anis terpaksa berdiri sampai acara habis tau, Dalam 3jam lebih gak arrrrr. Bila VVIP, cam Tim. KPN, KPN & Menteri KDN HIshamuddin sampai acara pun di mulakan.
Menteri KDN $ KPN tgh pusing2 perbarisan



Memula acara Pemeriksaan Perbarisan oleh Menteri KDN & KPN. Then persembahan perbarisan. Masa nie tetiba kagum tgk Polis nyer kawad. Sangat teratur dan kemas. Kalau kita sendiri yang buat, mau nyer bersepah2. Paling best bila kawad dari K9 pasukan anjing pengesan dan dari unit berkuda. Nampak macam susah jerk nak kawal binatang kan. Lepas upacara ucapan then perasamian buku apa ntah. Ada persembahan dari komando 69. Masa nie terkejut tau sebab tetiba ada bunyi letup cam bob. then Komando conteng2 muka kuar dari 4 pencuru padang kawad. aiyooo !!! meremang bulu roma tengok persembahan diorg. Walaupun muka conteng2 tapi rasa cam smart jerk, tetiba jatuh cinta dengan abg Komando, hahahahaha !!!!! Selain tue ada persembahan dari helikopter, dan payung terjun. Best jugak sekali-sekala tgk persembahan camginie.





Me & Fizah, & anak Fizah
Balik tue terus cari makan sebab dah lapor giler, yer lah shabat baik semua x bg makan dalam PULAPOL tue sebab takut kena virus. hehehehe, x sangka pulak ramai yang sayang kan !. Kat sini pun kita jumpa Fizah kawan masa sekolah Teknik dulu. X sangka pulak ada kawan keje sama jabatan. Tapi Fizah nie mmg keje kat PULAPOL. kita pulak kat BA. Fizah best sebab keje nyer jadi PA kepada Komandan PULAPOL. Keja ngan Dato' lagikkk !!!. Sempat lah lepak2 , borak2 jap dengan Fizah depan Opis dia, Huhuhuhuhu !!! ada orang kata kitaorg macam adik beradik, Ye Ke????? ada rupa ke????


p/s : Bila tgk Sambutan hari polis, Bangga pulak rasanyer koje ngan polis tapiiii,.... !!!!!!!

:: Lepak lagi - SRJK (1) Di HATI ::

Lama sudah x buat aktiviti melepak dengan kengkwan nie. Mybe perubahan hormon menuntut untuk duduk rumah buat sementara ( eceehhh, ayat x leh blah ). So kengkawan zaman sekolah rendah dolu>>SRJK (1) -Sek. Ren. Jln. Kuantan (1) - alah sekolah kat sebelah tasik titiwangsa tuee telah membuat perancangan unutk ketemuan kerana salah seorang kawan iaitu TINA akan berangkat pulang ke Jeddah. Untuk makluman TINA bekerja sebagai Pramugari di SAUDI ARABIAN AIRLINES. Best kan dapat kerja di negara orang. Mengutip banyak pengalaman. Bercuti selama sebulan pulang ke Malaysia tapi baru nie dapat jumpa. Kunun2 sibuk sangat lah kan.

nampak meriah kan,.. mmg pun !!!
Linda, Elfe, Yana, Fizah
Elfe & Tina

Tempat pertemuan adalah tempat biasa di Platinum Walk - MaMa's Recipe. Janji kul 9mlm tapi biasa lah , janji melayu kan. Comfirm lah lambat suma eh. Ramai gak yang dapat menghadirkan diri. Riuh jadi nyer bila masing2 nak bagi cadangan untuk berkumpul dan bersukaria. Ada yang nak ke Langkawi lah, ada yang nak g PD lah, ada nak g Pulau lah, ada jugak yang bagi cadangan sampai ke Luar Negara. So, decide nak buat bulan 9 sebab masa tue TINA mungkin balik Malaysia lagi.

Elfe & Hubby
KamaL & Iela
Iela , Ajlan , Tina , Azlan
Azlan & Izaq
Azlan & Tina
Izaq & Julia
Ajlan

Borak punyer borak, Gelak punyer gelak. Kul 12 gak arr baru gerak balik. Tue pun sebab memikirkan esok pagi nyer adalah bekerja hokey !!! jgn berangan x tido sebab nanti keje x jalan bila mengantok tahap gaban. Yang penting pertalian yang terjalin sejak dari sekolah rendah masih diteruskan gara2 bertemu semula di atas bantuan Facebook. Hope kita kawan sampai bila-bila eh. Makner nyer kan, kami telah berkawan dari umor 7tahun dan sekarang masing2 dah masuk 3 series. Sangat lama kan, paling kagum bila semua masih ingat kenangan manis pahit masa sekolah rendah. Nama cikgu pun boleh ingat lagi. Ada jugak cikgu yang jumpa balik dalam facebook tau. Zaman sekolah dulu x sama dengan zaman budak2 sekarang bersekolah. Dulu lagi dah amal 1 Malaysia tau. Semua bangsa campur. Xder pun gado2 macam budak2 sekarang.


:: Yeaahhh, Result SPM Dah Keluar ::

Perasaan menunggu keputusan peperiksaan adalah sangat mendebarkan hokey. Kita dulu sampai xleh tido malam bila memikirkan esok keputusan peksa nak kuar dah. Maklum arr, sekolah duduk asrama jadi macam belajar dan main itu adalah sama banyak. Kita mana lah reti duduk diam, masuk persatuan lah, join kebudayaan lah. Jadi bab belajar masa prep jer.

Amik keputusan peperiksaan nie 13 tahun dulu. Rasa macam dah tua sangat pulak. Pagi-pagi lagi dah bangun sebab amik masa 3 jam jugak naik bus ke sekolah sebab dulu sekolah teknik di Negeri Sembilan. Dari KL amik bus kat Puduraya, masa tue pergi dengan my BFF ANDAK ZARINAH , kami pergi berdua ja. Sampai sekolah, dah amik result kitaorang gerak balik KL, sebab plan keesokan hari nyer nak ke teknik Langkawi. Maklum ler, BFF kita nie sekolah teknik Langkawi. Lagi jauh dari sekolah kita. Kami plan nak ke teknik yang sama tapi apakandaya , course yang kita amik xde kat teknik langkawi tue.

LiNDa dan ANDAK ZARINAH
Masa nie jumpa balik lepas terpisah lama sejak masing2 dah sambung blajar
Andak yang Baju Biru tueee

Sampai kl, terus beli tiket ke kedah, so sebab kan nak ikut BFF amik result, itu adalah kali pertama kita jalan jauh berdua dengan BFF sampai ke langkawi. Pengalaman tue sangat tidak boleh dilupakan.1st time pergi langkawi masa tue lah. For info kita dah berkawan dengan BFF ANDAK ZARINAH sejak dari sekolah rendah lagi. Sudah 23 tahun berkawan dan sekarang dah macam adik-beradik pun. Andak sekarang pun tengah mengandung anak pertama. Sama-sama belajar dari sekolah Rendah, Menengah rendah, Menengah Teknik, then sambung ke Politeknik. Hope Perhubungan ini berkekalan.

p/s : korunk ada x kawan macam nie.

adalagi entri menarik kat SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah