Sebelum nie kita ada lah baca kat murai.com ,....
Apa Fasha Dan Jejai Berpisah?
KL, 21 JAN 2011: Terkejut ada, tak percaya pun ada bila Murai Batu dikhabarkan dengan cerita panas yang satu ini. Terima kasihlah kepada teman Murai Batu yang kecil molek yang sudi menyampai cerita yang agak panas ini.
Khabarnya, aktres kontroversi Malaya, siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha telah pun putus cinta dengan buah hatinya, Jejai. Memang sukar untuk Murai Batu percaya, tapi informer Murai Batu bersungguh-sungguh mengatakan berita tersebut benar.
Mari kita dengar penjelasannya.
Jelasnya, hubungan antara mereka putus disebabkan kerana Jejai sudah tidak tahan dengan perangai Fasha yang dikatakan agak suka 'meroyan' tak tentu pasal. Dek kerana itu, Jejai yang juga merupakan bekas suami Nora Danish ini dikatakan angkat kaki kerana tak mahu pening-pening lalat memikirkan sikap aktres jelita itu.
Sukar untuk Murai Batu mempercayai cerita tersebut, namun kata teman Murai Batu kisah berkenaan memang benar.
Tak dinafikan, Murai Batu sebenarnya pernah mendengar kisah panas ini, tapi Murai Batu enggan mempercayainya. Namun apabila teman terdekat ini datang berjumpa dan bercerita kepada Murai Batu, ia sedikit sebanyak telah membuatkan Murai Batu berfikir dua kali, sama ada betul atau tidak cerita ini.
Malah dalam satu pertemuan baru-baru ini, Fasha mengakui yang mereka masih lagi pasangan kekasih. Jadi yang mana satu betul, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa.
Murai Batu tak mahu menyokong mana-mana pihak, tapi jika betul seperti yang dikatakan Murai Batu harap Fasha mahupun Jejai, buat banyak-banyaklah bersabar.
Tapi kalau cerita yang Murai Batu dengar ini salah, Murai Batu amat gembira dan mendoakan agar mereka berdua cepat-cepatlah menamatkan hubungan cinta tersebut dengan ikatan yang sah. Lagi cepat lagi bagus kerana tidak akan ada lagi kisah-kisah kurang enak boleh dijaja.
* Sumber Dari Murai.com
erm... cmne ek nk cakap.. aku pon bukan knal dorang.. tp dorang kenal aku kot.. Hehehe
ReplyDeletebercinta bagai nak rak . last2 putus jugak . huhuhu . adatla kan . hurm jdoh pertemuan ditgan tuhan :)
ReplyDeleteyana minat kat fasha ye? hehe.. concern tul yana pada fasha..
ReplyDeletexlah minat,.. sajer letak entri camginie,.. hehehehe
ReplyDelete