Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Berkongsi ILMU 5 - Petua Hidup Rumahtangga ::

5 PETUA MEMULAKAN HIDUP BERUMAHTANGGA


1. OPTIMIS
Tahun pertama perkahwinan dianggap sebagai bulan madu untuk pasangan suami isteri. Ini adalah tahun indah bagi sebuah perkahwinan. Namun jangan berhenti menganggap tahun seterusnya di alam perkahwinan sesuatu yang indah juga. Anda harus bersikap optimis biarpun ketika itu anda kan berhadapan dengan sikap sebenar pasangan yang mungkin tidak disangka serta masalah demi masalah dalam perkahwinan.
Sikap optmis inilah yang akan membantu pasangan menghadapi cabaran - cabaran yang mendatang sama ada besar atau pun kecil. Sememangnya hakikat hidup berumah tangga tiada yang dapat lari daripada menghadapi masalah.


2. TANGANI MASALAH DENGAN BIJAK
Ada dua masalah yang selalu dihadapi oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Pertama, kewangan, keduanya urusan rumahtangga. Sebelum berkahwin masing - masing bebas mengatur dan membelanjakan kewangan mengikut cara mereka sendiri tapi setelah hidup bersama tentu cara ini tidak boleh digunakan lagi.
Seawal melangkah ke alam perkahwinan pasangan harus berbincang tentang bagaimana sistem pengurusan kewangan mereka agar tidak timbul rasa tidak puas hati pada masa akan datang.
Hal pembahagian kerja rumah tangga jangan dipandang remeh kerana ia juga selalu mencetus konflik buat suami isteri baru. Mungkin tidak menjadi masalah kalau si isteri suri rumah sepenuh masa namun jika sama - sama bekerja maka, kerja dirumah perlu dibahagi sama rata agar tiada pihak yang berasa terlalu penat dan tertekan.



3. HATI - HATI DENGAN PRINSIP
Walau sikap optimis boleh membantu menghadapi masalah yang dihadapi oleh suami isteri baru namun masalah akan jadi sukar diselesaikan jika masing - masing berpegang teguh pada satu - satu prinsip tentang perkahwinan.
Prinsip ini mungkin datang nya dari didikan keluarga atau berpandukan kepada perkahwinan orang tua mereka. Misalnya pendirian seorang isteri harus sentiasa mengalah pada suami, pasangan suami isteri harus sama kedudukan, isteri perlu mengawal suami dan sebagainya.
Pandangan atau prinsip seperti ini sebenarnya berbahaya kerana boleh mengganggu keintiman dan kemesraan pasangan. Hubungan pasangan suami isteri seakan dipaksa supaya menjadi sesuai dengan prinsip yang dipegang.
Contohnya, jika isteri menganggap suami-isteri ideal adalah yang mempunyai hak dan kedudukan yang sama dia akan cuba mewujudkannya. Akan timbul masalah sekiranya suami berasa ingin "dinombor satukan" kerana menurut si suami, lelaki harus lebih "berkuasa" daripada isteri.
Bila ini terjadi, masalah - masalah kecil boleh menjadi serius, terutama ketika masa bulan madu telah berlalu dan sikap optimis makin surut. Bahkan, masalah kecil seperti memilih program televisyen yang hendak ditonton juga akan jadi pertengkaran besar.


4. LUAHKAN MASALAH.
Jangan pandang remeh tentang perihal komunikasi antara suami isteri. Ia perlu jadi perkara pertama yang harus dilakukan sebaik hidup bersama sebagai suami isteri. Kongsi dan luahkan semua masalah yang terbuku dihati secara terbuka. Jangan biar ada yang tersimpan di hati walau sekecil mana pun. Bimbang masalah kecil akan membesar menjadi dendam yang tidak berkesudahan.
JIka ada sikap yang tidak disukai tentang pasangan berterus terang lah tentangnya. Jangan berfikir pasangan akan berubah suatu hari nanti. Sekiranya tiada perubahan anda juga yang akan makan hati nanti.
Ia juga sebaiknya dilakukan dalam tempoh awal perkahwinan kerana inilah masa asas rumahtangga yang baik biasanya terbentuk. Selain itu, pada masa ini pertengkaran selalunya lebih cepat reda. Maklumlah, masih dalam bulan madu.


5. ELAK BEREBUT KUASA.
Tempoh awal hidup sebagai suami isteri ramai pasangan yang berebut kuasa dalam rumahtangga. Pemenangnya adalah pihak yang paling banyak mengawal semua masalah rumahtangga. Dalam hal ini, pasangan suami isteri baru sangat disarankan untk membuang segala keinginan mendominasi rumahtangga. Sebaliknya, bersikap lebih fleksibel iaitu semua keputusan dalam rumahtangga diputuskan secara demokrasi dan disesuaikan dengan keperluan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah